Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 5 Disember 2013

Bagaimana Mahu Membuat Pasport Malaysia

Assalamualaikum,

Semalam hampir seharian juga kami berada di PKNS Shah Alam untuk menyiapkan passport anak-anak. Pheeewww, selesai satu perkara, tak dinafikan memang mencabar bila membawa anak-anak untuk membuat passport ni, terutamanya yang ada lebih dari 3 orang anak-anak dan ada bayi lagi. Tapi jangan risau, di sini aku kongsikan pengalaman aku sendiri supaya boleh dijadikan panduan buat korang semua yang akan keluar bercuti ke luar negara nanti. Eh! ke situ pula!!

1) Pastikan semua benda yang diminta telah tersedia. Contohnya gambar berukuran pasport 2 keping bagi setiap orang. Bawa sijil kelahiran anak-anak dan juga IC ibubapa, jangan jadi macam aku ni, nasib baik perasan sebelum keluar rumah yang IC aku en suami terbawa sampai ke KLCC. Terpaksalah tunggu en suami habis meeting dan menghantarnya dahulu. Bila semua dah ada, boleh ke kaunter untuk mengisi borang putih dan pegawai bertugas akan memberikan nombor giliran.

2) Dinasihatkan untuk datang awal ke Pejabat Imigresen untuk mendapatkan nombor giliran. Jangan jadi macam aku yang buat kerja dua kali. Ahad lepas kami dah pergi tapi masa tu gambar passport tak ada lagi jadi pergi ambil gambar dahulu, kemudian bila dah sampai di kaunter pegawai yang bertugas cakap nombor giliran dah habis. Aaarghhhh rasa nak marah juga sebab silap sendiri yang tidak buat persiapan awal. Kemudian aku ambil siap-siap borang putih untuk ditulis maklumat diri, semalam pergi tunjukkan kertas putih tu dan Alhamdulillah kali ini mendapat layanan di kaunter khas kerana ada bayi. Kalau tak memang berjanggutlah menunggu giliran untuk dipanggil. Jadi bagi mereka yang mempunyai bayi dan anak-anak yang kecil, jangan risau kerana anda akan mendapat layan di kaunter khas :)

3) Makan dahulu sebelum ke sana. Semalam adik ipar aku yang bawa kami semua. Alhamdulillah keluar rumah dalam pukul 10.30 pagi terus makan brunch (sarapan & lunch) siap-siap. Bila anak-anak kenyang, mereka takde lah nak buat perangai sangat. Ashraf siap buat persembahan nyanyi lagu ABC berulang-ulang kali tanpa jemu (atau malu) depan orang ramai lagi. Iyalah, bukan sekejap nak tunggu di situ. Mula-mula kita akan dipanggil untuk diambil cap jari & tandantangan penjaga, kemudian akan dipanggil untuk membuat bayaran. Kemudian bermulalah penantian selama 2 jam sebelum passport siap.

4) Sila bawa duit yang mencukupi. Bagi yang tertanya-tanya jumlah yang dikenakan untuk bayaran passport Malaysia, ini harganya :

Dewasa

2 tahun - RM100.00
5 tahun - RM300.00

Kanak-Kanak & Warga Emas

2 tahun - RM80.00
5 tahun - RM150.00

5) Pastikan bawa stroller atau baby carrier. Bayangkan mahu menunggu selama 2 jam pula. Sudahler tempat pejabat imigresen tu penuh dengan manusia. Jadinya, untuk membunuh masa (kill the time) kami turun ke bawah melihat barangan yang ada di gerai jualan. Nasib baik ada Pesta Buku Kanak-Kanak anjuran PTS, jadi tidaklah merasa bosan sangat menunggu. Anak-anak aku siap baring depan TV yang disediakan lagi sambil menonton Boboiboy! Bayangkan kalau tak bawa stroller, mahu tercabut lengan mendukung sikecil tu! Tapi dalam kes aku, Ashraf yang mahu duduk dalam stroller manakala Azzam aku gilir-gilir dukung dengan adik ipar. Memang terasa juga macam nak tercabut lengan ni:)

6) Akhirnya setelah penantian selama 2 jam, aku terus ke kaunter 1 (kaunter kutipan passport) dan serahkan resit berwarna pink yang diberi semasa membuat bayaran. Tak lama selepas itu nama kita akan dipanggil dan pegawai bertugas akan mengambil cap jari setiap anak-anak (kecuali bayi) dan menyerahkan kepada kita. Syukur Alhamdulillah, akhirnya dapat juga siapkan passport. Phewwwwww!

Meh tengok gambar budak comel meh!


Abang Ashraf Hariz yang gantang matanya!


Adik baby Azzam hanya nampak 2 putung gigi sahaja:)

Haritu belanja anak-anak makan KFC sebab semuanya berperangai elok. Walaupun pada pengakhiran masing-masing dah macam lapar dan tak nak bagi kerjasama dah. Satu hari yang memenatkan sungguh!

Oklah, Krabi kami datang!

Akhir kata, kelas asas blog masih lagi berjalan seperti biasa. Jom daftar untuk belajar berniaga online. Kalau tak mahu bayar boleh cuba nasib untuk menyertai peraduan Giveaway SEJUTA Viewers Blog Zaila di sini

http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/11/giveaway-sejuta-viewers-blog-2013.html

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wow..tak sabar nk baca cerita pengalaman pg krabi dgn anak2 kecil..

Eliss berkata...

wah nak gi jalan2 krabi yer :)syoknya...

NrlAidaHml berkata...

wowowiee nak pergi Krabi!syoknyaaa..Happy Holiday kak..Aida pon hari tu buat Passport Medina,perjalanan tu smooth je..Alhamdulillah sebab diorang bagi fast lane for Baby..so takdelah menunggu terlalu lama..buat kat Shah Alam jugak,,tp in between kitorang pg jugak kat bawah tu makan!hihih

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^