Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 28 Januari 2014

Hari-Hari Hebat Seorang Surirumah

Assalamualaikum,

Ya Allah, kiranya sudah lama aku tidak berceloteh di sini ya? Alhamdulillah, masih sihat walafiat bersama keluarga tercinta cuma beberapa hari lepas selsema melanda diri. Dengan keadaan diri sekarang, aku memang tidak mengambil sebarang ubat Panadol mahupun ubat dari klinik. Hanya banyakkan meminum air suam dan jus oren suam sebagai pembekal Vitamin C. Alhamdulillah, sehari sahaja virus selsema menyerang diri (masa tu kepala pusing dan asyik bersin sahaja) dan selepas itu sudah boleh membuat kerja seperti biasa.

Sejak beberapa minggu yang lepas memang aku tak ada masa untuk berada di hadapan komputer untuk update blog ini. Maklumlah bermula dari minggu yang mencabar iaitu apabila en suami keluar negara atas urusan kerja, dengan Ashraf yang demam panas, bersambung pula dengan adiknya Azzam, memang susah sangat untuk mencari kembali "mojo" untuk menulis blog :)

Nampaknya hari ini terpaksa memecahkan ruyung kerana lama-kelamaan tangan ini akan merasa gatal juga untuk menulis, sekadar berkongsikan cerita harian diari seorang surirumah yang biasa-biasa sahaja. Kalau dah namanya surirumah, tak sah kalau tak tunjuk gambar hasil masakan ya?


Sudah lama tidak membuat ayam panggang ala Kenny Rogers ini. Kali ini aku mencuba tektik baru pula iaitu membalut ayam tersebut dengan aluminium foil (tips dari Ina Garten pengacara Barefoot Contessa) dan ternyata ayam lebih lembut dan berjus di dalamnya!


Oh si bongsu tak jadi Azzam Haneef sudah setahun pada 6/1/2014 yang lepas. Maafkan mama kerana tiada sambutan mahupun kek untukmu nak. Tapi tidak mengapa kerana mama akan hadiahkan adik baru pada tahun ini:)) *wink*wink*


Ini masakan pula terhasil apabila kami sekeluarga makan di Restoran Village View, Bangi. Masa tu makan ikan siakap stim. Masya Allah! terlampau sedapnya, kerana anak-anak sampai bertambah makannya. Usahkan anak-anak, mama dan papa lagilah bertambah-tambah! Aku dapati dalam masakannya ada bawang putih keruk dan buah asam jeruk. Ting! Terus dapat idea untuk mencubanya di rumah.

Alhamdulillah, Haziq cakap sedap sama macam di kedai tapi sudah tentulah resepinya sudah di putar (twist) sedikit kerana tiada bahan mencukupi di rumah. Yang pasti apabila menambahkan bawang jeruk, memang sedap! Nanti aku kongsikan resepinya di sini ya :)


Kacang kegemaran kami, en suami belikan semasa berada di Erbil, Iraq. Rupa-rupanya ada banyak jenis juga kacang ini ya, ada rasa tawar, masin dan yang terbaru aku rasa adalah masam. Masam sangat sampai kenyit-kenyit mata bila memakannya (tapi hanya pada kulit luaran sahajalah, isi masih rasa seperti biasa)


Hujung minggu keluar menikmati nasi maklouba di Restoran Tarbush, Sunway Pyramid. Sedap juga ya rasanya! Kami ke Sunway Pyramid semata-mata untuk mencari kamus bergambar untuk Haziq. Isy penat betul, nasib baik ada! Beli di kedai buku Popular.


Sempat juga mama menyelit membeli buku, HAHA Murah sahaja, RM8 itu yang beli tu. Tapi masih belum terbaca-baca T__T"


Kasihnya papa terhadap anak. Azzam ni walaupun melekat dengan mama 24/7 tapi kalau nampak papa memang tak nak dah dengan mama!

Oklah, itu sahaja ringkasan update untuk hari ini. Nantikan entri seterusnya. Terima kasih kerana sentiasa mengikuti blog ini. ALhamdulillah, blog ini sudah capai sejuta viewers, nantikan pada yang menang giveaway itu ya!

Bagi mereka yang berminat untuk belajar kelas asas blog & fanpage, boleh mendaftar kelas di sini :

http://zailamohamad.blogspot.com/2013/12/kelas-online-akademi-bekerja-di-rumah.html

Sehingga bertemu kembali :)

2 ulasan:

Unknown berkata...

welcome back

WAN ROKIAH berkata...

Makan Vitamin C pahang Pharmacy weh..elak selsema dan mencantikkan kulit.wakaka
dan lg promo, promo adlh kemstian
caiyokk zaila

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^