Assalamualaikum,
Masak apa tengahari nanti? Kalau masih belum ada idea, meh cuba buat daging goreng kunyit untuk santapan tengahari nanti.
Bahan-bahan :
- daging (kalau tak nak bagi keras sangat sila potong nipis-nipis ya)
- garam & kunyit untuk dilumurkan pada daging
- cili merah (dihiris halus)
- 1 inci halia muda (dihiris tapi aku main ketuk-ketuk je)
- 1 biji bawang besar (tapi kat rumah aku ni aa bawang merah yang besar sahaja, huhu)
- 1 biji lada benggala hijau (potong dan hiris serong)
- sos tiram, garam & gula sebagai perasa
Cara-caranya :
- Masukkan daging yang telah dilumur dengan garam kunyit ke dalam kuali. Masukkan air sedikit supaya daging lembut dan tidak keras.
- Apabila air sudah kering, masukkan minyak masak
- Goreng sehingga daging masak / keperangan dan masukkan sedikit sos tiram & gula.
- Masukkan cili, halia, bawang dan lada benggala.
- Siap untuk dihidangkan.
Sangat-sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Biasalah aku, kalau hari bekerja harus sediakan menu pantas aje sebab banyak perkara yang mahu diselesaikan. Nasib baik anak-anak jenis tidak berkira untuk makan. Ashraf suka makan daging tapi dia tak telan, dia hanya kunyah-kunyah hisap jus sahaja. Selebihnya mama lah tukang habiskan. Tak baik membazir tau!
Oklah selamat mencuba :)
Laluan iklan :
Sesiapa yang mahu bertemu dengan penulis novel Kabus Rindu iaitu Pn Monalita Mansor, bolehlah ke majlis yang disenaraikan di atas.
Untuk beriklan di blog ini, sila hubungi aku melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad
Bye!
1 ulasan:
BOLEH TRY RESEPI RINGKAS NIE
kuazue.blogspot.com
Catat Ulasan