Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 23 Jun 2014

Beli Baju Baby Murah


Assalamualaikum,

Lega rasa hati mak buyong apabila sudah dapat setelkan barangan si kecil dalam perut ini :) Maklumlah setiap hari sibuk, bukan setakat aku sahaja sibuk tapi en suami juga sama. Risau juga kalau tiba-tiba mahu terberanak kan, jadi minggu yang lepas memang WAJIBkan diri ke pasaraya juga setelkan barangan baby baru yang akan datang ni. Lagi best bila shopping sekali baju raya anak-anak yang lain. Mak buyong suka je, waaupun penat tapi perasaan gembira tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terima kasih buat en suami yang memberikan terapi terbaik buat mak buyong ini :)

Kami pergi ke Subang Parade sahaja memandangkan niat di hati mahu shopping di Parkson sahaja, sekarang ini malas dah nak pergi Jusco sebabnya harga barangan sangat mahal sekiranya pergi pada musim bukan ada jualan. Iklan : Jusco Bukit Tinggi buat Jcard Day pada 25 & 26hb ni tapi buat hari kerja, siapa minta maaflah ya, sudah tentu tak boleh pergi :( Jadi baiklah beralih arah pada Parkson, ada kad Bonuslink ke takde kad ke memang sentiasa ada jualan (dari 50%-70% pun ada).

Kalau nak tahu semua baju baby aku beli tu adalah yang nak habiskan stok (clearance sale), harga semua RM12 je, comel-comel pula tu, naik meroyan mak buyong pilih dari saiz 3 bulan beli sampai ke setahun. Hi hi hi Siap belikan kasut sekali tu, kira kasut raya lah ni ya. Tak sabar rasanya nak jumpa dengan ahli baru keluarga kami, semoga dipermudahkan segala urusan. Anak-anak yang lain pun dah tak sabar, siap cium perut mama dan cakap dengan baby lagi. Alhamdulillah :)

Aku takderlah beli beria sangat barang baby ni, kebanyakannya guna semula apa yang abang dia punya dulu cuma saja nak ambil "feel" beli baju anak perempuan :)

Oklah, nanti sambung lagi. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^