Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 18 Jun 2014

Dugaan Sebenarnya Menguatkan Kita

Assalamualaikum,

Wah! Agak lama juga tidak menulis di sini. Maklumlah sejak dua menjak ini memang bermacam-macam dugaan melanda. Tapi syukur alhamdulillah, masih boleh diterima oleh empunya badan. Kata orang, dugaan menguatkan kita, betul tak?

Kisahnya bermula apabila pulang bercuti ke kampung beberapa minggu yang lepas. Notebook baru nyawa kerja aku tiba-tiba tidak boleh dibuka (on), kiranya terus padam. Aduiii dugaan sangat-sangat kerana baru sahaja guna tak sampai 2 bulan pun:( Sudahlah masa tu sibuk dengan majlis pertunangan adik ipar aku, ditambah lagi semua rekod niaga dalam notebook hilang semuanya) Memang sedih sangat-sangat. Berbekalkan telefon Samsung S2 yang sudah hampir 2 tahun setia berkhidmat (hingga sekarang) yang skrin depannya pecah, setia bersabar menjawab pertanyaan pelanggan melalui sms, facebook, telegram da wasap. Email masuk tak payah cerita lah, setiap hari memang duduk bertempek sebelah plug aje kerana henset yang dah uzur ini memang cepat habis bateri. Satu hari aku suarakan yang aku sudah tidak boleh bersabar lagi, nasi baik en suami faham dan terus mengajak untuk membelikan notebook baru.

Jangan ingat ajak tu terus dapat, kena menunggu hampir seminggu juga untuk stok baru. Kali ini kami ke Sen Heng aje, lebih selesa kerana iainya berdekatan dengan rumah dan di sini jaminan juga boleh dilanjutkan. Oh ya! notebook ASUS yang aku beli hari itu masih lagi dalam jaminan cuma kena tunggu sebulan baru dapat semula. Jenuh nak menunggu sampai sebulan, terpaksa lah aku membeli satu lagi yang baru. Kali ini pilihan mestilah yang lebih mahal dan tahan untuk bekerja berat. Bukan sekadar untuk buat melayari internet sahaja.

Alhamdulillah, semalam terus ubah ruang SOHO aku. Nanti nak pergi Ikea untuk cari DIY rak untuk letak fail-fail dan barang niaga. Rimas aku bila anak-anak suka ambil main dengan pen dan kalkulator aku. Asal nak guna aje mesti hilang. Arghhh! Pastu Azzam & Ashraf pula bila malam diorang jenis burung hantu mulalah buka laci meja sepahkan apa yang ada. Hu hu hu


Inilah rupa baru SOHO aku, meja kerja aku alihkan supaya berada di sebelah rak buku. Ingat nanti nak belikan rak untuk letak mesin pencetak dan fail-fail kerja.

Bila notebook rosak, semua data yang ada dalam tu pun habis hilang juga. Yang sedihnya aku baru aje buat rekod kira-kira secara konsisten sejak tahun ini. Mula-mula notebook Toshiba yang rosak kemudian ASUS pula, memang hilang semua data dan paling sedih bila yang disimpan sebagai "back-up" juga tak dapat dibuka. Dua hari juga aku berduka, sehinggalah aku bangkit balik (cewah!) dan mula merekodkan cara lama pula iaitu dengan menulis kembali semua data pelanggan di dalam satu buku log. Kalau cara ini sudah tentu hati tidak akan sakit lagi kerana sah-sah semua data maklumat pelanggan ada di sini. Cuma tak tahan nak tulis satu-satu je, selama ini main "copy" & "paste" sahaja :)


Tapi inilah dugaan dan cabaran sebelum berjaya. Kadang-kadang Allah datangkan kita ujian supaya kita nampak jalan penyelesaian yang terbaik. Bukan sekali pernah kena tapi berkali-kali, jadi lebih baik mengambil langkah penyelesaian dengan menggunakan buku sebagai tempat untuk merekod segala maklumat. Kalau buku juga hilang, nampak gaya tak tahulah nak guna apa lagi :P


Dalam setiap kesusahan dan kesabaran ada kemanisan. Hari yang sama terus ambil telefon baru untuk memudahkan kerja. Tapi ingatkan terus boleh guna, rupa-rupanya dapat yang rosak. Sedih lagi cuma Alhamdulillah sedihnya tidak lama kerana kedai tersebut terus menggantikan dengan yang baru :)


Ini pula notebook baru aku. Kali ini pilih jenama Acer pula dan harga sudah tentulah sekali ganda yang ASUS. Nak buat macamana, pelaburan macam ini harap-harapnya akan menghasilkan pulangan yang berganda-ganda nanti. Insya Allah.

Oklah, nantikan entri seterusnya iiatu majlis pertunangan adik en suami yang bongsu. Alhamdulillah sudah selamat ditunangkan pada 8hb Jun yang lepas. Majlis perkahwinan insya Allah akan adiadakan pada penghujung tahun ini juga. Doakan semoaga dipermudahkan segala urusan mereka dalam membina sebuah ikatan perkahwinan yang halal.

Bye!

Iklan sekejap :

Bagi mereka yang berminat untuk belajar berniaga online boleh pilih untuk mengikuti pakej kelas online yang ditawarka oleh ABDR iaitu :
- pakej borong & jualan runcit telekung solat
- pakej makanan sunnah
- pakej projek duit raya

Jika berminat boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Facebook : Zaila Mohamad
Sms / Whats App : 012-3228651 / 012-9706828

1 ulasan:

kausar berkata...

seronoknya bekerja dari rumah. saya pun sedang berjinak2 beronline bisnes sejak beberapa bulan lepas dan teringin ada ofis di rumah. skrg niaga part time. masih ada 9to5 job.moga hasrat saya tercapai amiiin

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^