Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 4 Ogos 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

 Assalamualaikum

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014" buat semua pembaca blog ini. Alhamdulillah tahun ini masih diberikan kesempatan oleh Nya untuk menyambut hari raya walau dalam keadaan serba tak kena. Maklumlah, sehari sebelum raya rumah mak aku di kampung telah dipecah masuk dan boleh dikatakan habis barang-barang berharga kepunyaan kami diambil oleh pencuri.
Raya tahun ini juga kebanyakan keluarga belah mertua juga diuji dengan sakit mata dan adik ipar aku terlantar di hospital pada hari raya kedua lagi kerana denggi.

Ya Allah, begitulah ujian yang Allah berikan kepada kami insan-insan terpilih. Pada mulanya memang rasa sedih juga tetapi pada masa yang sama kami bersyukur kerana masih ada hikmah yang berlaku di sebalik segala musibah. Nasib baik kami dan anak-anak masih terselamat dari musibah yang lain. Takpelah, kita tabahkan hati dan hidup mesti diteruskan. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik lagi untuk kami dan semoga kami juga akan perbaiki segala kelemahan yang ada pada diri kami. Insya Allah.

Pagi raya pertama macam biasa kami beraya di rumah en suami. Pagi tu menu nasi tomato berlaukkan kari kambing yang dimasak oleh abang sulung en suami. Memang sedap dan tak sangka pagi tu ramai sedara mara datang berkunjung ke rumah MIL. Jadi, gambar raya tahun ini tiada yang berkumpul ramai-ramai memandangkan masing-masing sibuk melayan tetamu.

Raya kedua adik aku yang bongsu berkahwin jadi semua keluarga aku ke Machang untuk menghadiri majlis pernikahan. Hanya aku dan abang sulung sahaja yang duduk rumah menunggu kepulangan mereka. Majlis bertandang pula diadakan pada hari raya ke 4 iaitu di rumah kami. Jom layan serba sedikit gambar yang sempat aku ambil sebelum sibuk melayan tetamu. Sebenarnya aku, Kak Na dan emak dah bangun dari pukul 5 pagi lagi untuk menyediakan segala persiapan. Pagi itu kami ada buat majlis cukur baby Aaliyah dan aku sempat masak nasi arab mandy ayam untuk disediakan kepada tetamu. Terima kasih buat kakak iparku kak Asy yang banyak membantu. He he he Aku ni tukang masak nasi dan goreng ayam je :P

Tapi memang bestlah nasi arab al-Bayt ni, 4 kotak tu boleh jamu lebih dari 20 orang tetamu dan rata-rata semuanya cakap sedap :)


Sebelum rombongan pengantin perempuan datang, kita bergambar dulu. Yang tudung pink adalah Kak Na yang dulunya tinggal di Labuan. Alhamdulillah, tahun ini Kak Na sekeluarga dah balik menetap di kampung :)
Kak Na satu-satunya kakak yang aku ada, memang kami selalu berhubung dan aku cukup-cukup bersyukur ada seorang kakak yang penyayang. Ashraf ni ibarat anak kepada Kak Na lah sebab Kak Na suka manjakan anak-anak aku :)


Ini semua anak-anak Kak Na. Yang paling devogue sudah tentulah Adibah! Melaram sakan di majlis perkahwinan orang lain. Nasib baik orang tak tertukar antara dia dan pengantin perempuan. kihkihkih


Ini pula Kak Asy isteri abang aku yang merupakan orang kuat majlis juga. Kalau Kak Asy tidak ada hari tu mesti kelam kabut majlisnya memandangkan tiada siapa yang datang menolong kami. Menu hari itu semua dimasak oleh emak aku, ada gulai kambing, gulai daging, kurma daging, gulai serati, acar timun dan ikan masin. Alhamdulillah, sampai ke malam tetamu datang dan habis belaka. Adalah yang datang petang-petang tu lauk dah banyak juga yang dah habis.


Ini Hana, anak kepada sepupu aku. Comel kan? Sebijik macam sepupu aku (bapa dia) bila tengok Hana mesti teringat kenangan masa kami kecil-kecil dulu, berkumpul rumah nenek main sama-sama :)


Ini Husna bersama sepupu-sepupu (anak Abang Lan dan Kak Asy). Mereka jarang berjumpa sebab itu macam malu-malu kucing. Kalau sepupu belah en suami memang boleh dikatakan selalu aje jumpa dan Husna pun dah ada geng main sama-sama. Malam raya haritu pukul 3 pagi baru diorang tidur sebab dok main bersama. Yang bestnya sepupu-sepupu main bersama kemudian tidur pun sama dalam satu kelambu :))


Ini Adibah pengasuh kepada Ashraf dan Azzam. Memang Azzam manja dengan Adibah. Kalau nampak aje along mesti nak berdukung!


Ashraf pun sama, suka ambil kesempatan dengan along. Buat-buat manja melentoklah sebab kalau dengan mama kompem mama tak layan :P


Cuaca hari itu sangat-sangat panas tapi petang tu hujan lebat juga turun membasahi bumi. Alhamdulillah, nasib baik ada abang Lan dan en suami merangkap orang penting majlis. Keluarga kami tak ramai jadi memang kerahan tenaga betul. Sampaikan aku dalam pantang pun tak boleh duduk diam. Semoga pengantin menghargai jasa kami adik beradik ni. Demi keluarga, apalah sangat nilai keringat kami ni ye tak?


Sayang gambar ini sedikit blur, suka tengok anak-anak yang pelbagai ragam dan watak. Kalau lelaki suka bergomol kalau perempuan malu-malu pula. Semoga ikatan persaudaraan antara mereka kekal baik hingga akhir hayat kami. Kena sentiasa bersangka baik dan bersedia untuk menerima teguran.

Alhamdulillah Ramadan kali ini banyak mengajar aku erti kesabaran dan memaafkan. Kalau boleh tak nak dah melukakan hati mak ayah. Kadang-kadang kita ni biasalah darah muda, selalu aje terkasar bahasa dengan orang tua. Kadang-kadang tidak bermaksud pun cuma terlanjur kata membuatkan mereka terasa. Insya Allah, semoga lepas ini aku akan lebih menjaga hati mereka, bukan setakat hati mak ayah sendiri tapi hati mak mertua juga.

Oklah, tak reti lah nak cerita panjang-panjang. Sejak dah beranak 5 ni masa untuk berblog sudah tidak ada. Inipun curi-curi menulis semasa anak-anak tidur. Masih belum dapat lagi menyesuaikan jadual harian tapi Insya Allah akan cuba sedikit demi sedikit.

Jumpa lagi di next entri. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^