Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 5 Februari 2015

Azam Baru : Rajin Membaca Buku

Assalamualaikum,

Masih dalam awal tahun 2015 lagi kan? Azam tahun baru pun masih panas ala suam-suam kuku lagi. Salah satu azam tahun baru aku adalah mahu lebih rajin membaca buku dan bukannya rajin membeli buku. He he he

Alhamdulillah beberapa hari yang lepas mendapat hadiah buku daripada adik manis tokei bakeri tat. Perkenalan alam maya yang diharapkan kekal hingga ke alam nyata. Syukur, aku sentiasa dikelilingi orang-orang yang positif dan sentiasa menggerakkan diri aku :)

Haritu pernah terlihat di Tanyalah Ustaz di TV9 tentang tajuk "Pahala Di Mana-Mana". Jika mahukan pahala yang berterusan kena menulis buku kerana ilmu yang kita bagi itu jika dibaca dan diamalkan oleh mereka yang membacanya, insya Allah kita akan sentiasa mendapat pahala daripada situ. Tapi jika tidak mampu untuk menulis sebuah buku, maka boleh sedekahkan buku atau menyumbangkan duit kepada penulis-penulis yang boleh menulis dan menyebarkan ilmu dari buku yang kita bagi itu. Wallahu'alam.


Buku Peter Rabbit ni antara salah satu buku yang aku NAAAAk sangat semasa melihat iklan di dalam laman facebook BBW (Big Bad Wolf). Alhamdulillah, adik manis Nor Amirah telah sudi menghadiahkan kepada aku dan kini buku ini menjadi teman "bed time story" anak-anak :)

Bulan lepas macam biasa lah sesi membeli buku lagi di MPH.


Ini buku en suami yang beli. Daku baca sedikit aje dah rasa sakit kepala. HA HA HA Memang jenis tak suka baca buku yang penulisannya "berat" (bagi aku lah) Nak memahami ayat tu satu hal. Tapi mungkin boleh dicuba baca untuk jadikan ubat tidur yang berkesan :)


Buku ini juga salah satu yang dibeli di MPH. Harga RM39.00. Masih belum berusik lagi. Ayyoooooo


Sedang gigih menghabiskan novel ini The Seafront Tea Rooms yang mengisahkan 3 sahabat di Scarborough England yang mencari kedai-kedai teh dan masing-masing mempunyai cerita dan masalah masing-masing. Hermm, aku sukalah novel macam ni. He he

Tiba-tiba terus rasa macam berada di UK :)


"The more that you read, the more things you will know. The more you learn, the more places you'll go" {Dr Seuss}

Oklah, bulan ini kena puasa dari membeli buku. Kena habiskan dahulu buku-buku yang lepas. Ada sesiapa boleh kongsikan tips untuk cepat habis baca buku tak?

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^