Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 27 Oktober 2015

Aktiviti Melawat Zoo Negara Bersama Anak-Anak

Assalamualaikum,

Sebenarnya aktiviti ni dah lama tapi baru nak masukkan dalam blog. Cuti Awal Muharam yang lepas en suami layankan permintaan anak-anak untuk ke Zoo Negara. Ikutkan hati mama memang malas nak pergi sebab mama malas nak berjalan tapi bila tengok muka anak-anak yang teruja tu mama terpaksa layankan aje. Kami sampai di Zoo Negara dalam pukul 12 tengahari dan cuaca waktu tu agak mendung. Ramai juga yang ambil peluang bawa anak-anak ke Zoo Negara, ingatkan takde manusia tapi rupa-rupanya penuh. Rata-rata adalah ibubapa yang bawa anak-anak ke sini. Memang bagus sangat untuk aktiviti riadah bersama keluarga, keluar peluh keluar duit juga. Eh!

Harga tiket untuk dewasa adalah RM32 dan jika mahu melihat panda harga tiket adalah RM52. Minta maaflah, kami hanya beli tiket tanpa akses ke dunia panda sahaja, itupun sudah habis dalam RM100 lebih untuk keluarga besar kami :)



Bergambar kenangan depan Zoo Negara. Kalau tak silap Haziq dah 3 kali masuk Zoo Negara, pertama waktu umur 5 tahun dan kedua waktu aktiviti sekolah tadika Genius Aulad yang anjurkan. En suami cakap bertauh anak-anak sebab kecil-kecil dah boleh masuk zoo T___T"

Oklah, banyak gambar aku nak kongsi di sini. Semua ini kenangan yang indah buat kami. Waktu sebegini bila tengok muka anak-anak yang teruja bercerita dan melihat binatang memang rasa tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Anak-anak ni senang aje mahu melihat mereka gembira, kena rajinkan bawa mereka melihat binatang :)


Aaliyah ralit tengok kuda melintas sebelah dia, sebenarnya ada pekerja zoo yang bawa ular sawa juga tapi tak sempat nak ambil gambar. Isy geli betul bila tengok ular berbelit di badan budak tu


Bila kami masuk sekejap hujan dah mula turun, lama juga terkandas kat dalam kandang "keluangman". He he he Atas tu gambar buaya sedang bersenang lenang dalam air. Binatang dalam Zoo Negara ni gemuk-gemuk. Cukup makan agaknya :)

Gambar dalam keadaan bukan susunan ya.


En suami memang rajin melayan anak-anak, mama aje yang tak berapa nak rajin. He he he *kantoi*


Husna dan orang utan. Dulu masa ke Sabah perlu ke Sandakan untuk melihat orang utan, takde rezeki nak tengok orang utan kat situ tapi ada rezeki lihat di Zoo Negara


Hai sang kancil :) Eh ke rusa ya?


Gemuk-gemuk arnabnya


Boleh tahan besar juga Zoo Negara ni, rasa nak tercabut kaki nak habiskan keliling zoo ni


Masa ni tengok gajah, ada 2 ekor kalau tak silap. Gajah nampak macam kurus je


Yang ni harimau apa dah namanya, masa kami kat sini harimau tu mengaum sikit punya kuat. Bertabahlah sesiapa yang tinggal sebelah Zoo Negara. Malam-malam pasti dah lali kan bunyi harimau ni mengaum. Kuat kaauu. Rupa-rupanya dia marahkan harimau yang seekor lagi (dalam air tu). Ni kes berebut kawasanlah ni


Ni kat dalam sangkar burung. Masuk kejap sebab nak ambil gambar. Kena berhati-hati silap haribulan nanti burung tu bagi tahi free-free aje kat atas kepala. He he


Ok gajah lagi. Tak tahulah berapa usia gajah ni tapi nampak macam kurus aje


Yang ni kalau tak silap burung unta


Ini kuda padi. Jinak juga tapi kena hati-hati sebab dia suka menggigit apa sahaja yang ada depan mata dia.


Bergambar depan zirafah. Rasanya dulu masa aku tingkatan 1 pernah masuk Zoo Negara sebab Kak Na bawa. Tak tahu mana simpan gambar tu kalau tak bolehlah tunjuk kat anak-anak yang mama juga dulu pernah masuk Zoo Negara. He he he


Gajah lagi. Sebenarnya kami terlepas pandang untuk melawat gajah. Gara-gara tak reti baca peta lah ni. Ha ha ha Beria en suami beli peta RM1 di muka pintu masuk Zoo Negara. Lepas solat patah balik cari tempat gajah sebab anak-anak nak tengok gajah :)


Tapir ada banyak juga kat dalam ni tapi kalau dalam kartun warna tapir ni hitam putih kan tapi kat sini warna kelabu hitam. Ha ha banyak yang kotor sebab bergelumang dalam pasir


Burung lagi


Kat tempat orang utan bersebelahan cimpanzi memang menakutkan sebab cimpanzi tu tersangat aktif. Melompat-melompat siap dengan bunyian lagi


Kalau bergambar boleh tengok macam-macam ragam anak dan kebanyakan mesti tak bersedia


Comel binatang tu tapi lupa dah namanya


Itu Haziq dan dibelakangnya adalah singa


Sorang kedepan sorang kebelakang, sorang sengih sorang masam, pelbagai karenah anak-anak yang mencuit hati


Kat sini ada seladang. Masa ni dah nak keluar dah, rasa bagaikan nak tercabut kaki mama ni


Singa Malaya, jangan main-main ya


Kat sini ada unta tapi kesianlah tengok unta tu, macam sakit je aku tengok


Iya, bapak-bapak pun teruja juga sebenarnya apabila melihat binatang. Buktinya dalam gambar di atas :) *i love you b*


Anak-anak teruja tengok kura-kura gergasi ni


Harimau yang garam (garang). Ashraf selalu cakap garam sebenarnya nak bagitahu garang!


Gambar bergegar pun letak, layankan aje


Budak yang paling suka pergi Zoo adalah Azzam Haneef sebab dia tak payah berjalan. Duduk aje dalam stroller. Sama juga masa pergi Zoo Melaka, sikit pun tak berjalan. Kesian abang dan kakak yang tukang tolak. Ha ha ha


Aaliyah kejap aje tahan duduk dalam stroller lepas tu nak berdukung. Nasib baik en suami rajin melayan :)


Peta yang dibeli tu tahan sekejap aje lepas tu relai sebab terkena hujan. ha ha ha


Sama tak muncung anak dengan bapak tu? Rasanya Aaliyah ikut muncung mama lagi :)



Masa ni dah mula hujan, rintik-rintik pastu lebat. Kami berlindung kat dalam sangkar keluang. Lama juga menanti tapi akhirnya ambil keputusan redah hujan ke cafe berdekatan untuk makan. Alhamdulillah dapat makan ayam goreng ala-ala KFC dan yang penting murah berbanding KFC. he he


Kat sini dunia serangga tapi tak masuk pun sebab dah penat berjalan. Lagipun bukan serangga hidup semuanya yang sudah diawet



Beruang kat Malaysia ni kecil-kecil tak macam yang dekat luar negara. He he he


Nilah cimpanzi tu, kalau uols tengok mereka melompat-lompat naik takkut tau











Banyak gambar tapi tak dapat padam memori yang terpahat dalam hati kami. Cewah! Memang penat berjalan tapi kepuasan dapat melihat riak gembira anak-anak tak dapat dibeli dengan wang ringgit yang habis. Semoga en suami dimurahkan rezeki lagi untuk boleh bawa kami berjalan-jalan melihat binatang. Eh! Kalau Azzam tu hari-hari bangun je tidur nak pergi zoo, ewah awak ingat zoo tu masuk percuma ke nak oi?

Tapi teringat juga kenangan masa kecil, masa tu aku main-main zoo sendiri, jumpa labah-labah simpan dalam bekas, bela lah konon, mas apergi ikut ayah aku tanam tembakau ayah jumpa tikus pun bubuh dalam bekas tapi tak lama lepas tu tikus tu mati, menangis-nangis aku. Hermm, ayah juga bela anak lembu dan petang-petang aku mesti pergi main dengan lembu tu, ala pegang-pegang usap-usap kepala lembu tu je. Patutlah anak-anak aku suka binatang sebab rupa-rupanya mama mereka pun sama. Sekarang ni je tak sempat nak bela binatang sebab sibuk bela anak-anak T____T".

Semoga bertemu lagi. Bye!

2 ulasan:

Rizziela berkata...

bestnya kalau dpt bawa anak2 g... takat ni g ker Zoo Melaka ajer

Nadiah Hanum berkata...

syok kannn bawak anak2 jalan2 ke zoo..Nad dah plan lepas budak2 ni exam nak gi lagi..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^