Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 29 Oktober 2015

Resepi Home-Made Pizza Yang Mudah


Assalamualaikum,

Sejak dua menjak blog ini dah jadi tempat rujukan resepi pula kan? He he he biasalah kan zaman sekarang ni memang mudah untuk dapatkan resepi, nak membuatnya aje perlukan sedikit usaha :)
Haritu aku ternampak resepi doh pizza mudah dalam facebook, apalagi terus cuba tapi macam biasalah aku suka ubah ikut selera dan bahan-bahan yang ada di dapur aku aje tapi resepi doh tetap sama ya. Meh tengok bahan-bahan yang digunakan :

Resepi doh pizza :

- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil yis segera mauripan
- 2 sudu besar susu tepung
- 1 sudu besar gula halus
- 1/2 sudu kecil garam
- 10gm minyak
- 1/2 cawan air untuk menguli

Cara-cara :

- Rendamkan yis bersama air suam selama 10 minit.
- Dalam bekas berasingan, campurkan kesemua bahan dan gaul dengan tangan. Kemudian buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga doh menjadi elastik. Air tu bubuh sikit-sikit je sebab tak nak lembik sangat, kalau lembik kena tambah tepung dan nanti roti kita akan jadi keras. Rehatkan selama 45-50 minit untuk bagi doh kembang (gunakan besak yang besar). Tutup dengan tuala lembab.

Bahan-bahan sos pizza :

Kebetulan hari tu aku buat ikan sardin menggunakan Noxxa Pressure Cooker. Kalau nak resepi boleh tengok di sini : Resepi Home-made sardin jadi aku hanya pecah-pecahkan isi ikan dan terus letak atas doh pizza tu. Lepas tu tambah cendawan, sos cili sos tomato dan mayonis. Masa nak bakar taburkan keju mozarella dan bakar pada suhu 180 degree selama 25 minit atau lebih bergantung pada oven masing-masing. Masa nak letak sos tu canai-canaikan doh menggunakan kayu penggelek (kalau takde belasah aje dengan botol apa janji  bersih) hingga nipis ya. Doh yang elok akan mengembang dan ringan sahaja.

Selamat mencuba ya! Kalau ada breadmaker lagi lah mudah. Tak payah nak canai-canai lagi tapi kalau pakai tangan sesuai untuk latihan otot-otot tangan. Haaa gittew, nak marah kat sape-sape silalah buat roti terapi terbaik untuk menumbuk orang. Eh! silap menumbuk doh roti. he he

Hingga bertemu lagi ya. Nantikan resepi kek lobak merah pula. Maklumlah aku kan chef sekarang ni :P




Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^