Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 22 Oktober 2015

Resepi Kari Kepala Ikan Tenggiri Mudah & Sedap Menggunakan Noxxa


Assalamualaikum,

Cak! Mekla nak kongsi resepi kesukaan aku dan en suami. Apa lagi kalau bukan kari kepala ikan. Sejak dua menjak kami suka pula beli kepala ikan tenggiri. Kadang-kadang Econsave dekat rumah ada jual murah-murah terus beli buat stok. Sellaunya harga dalam RM20 sahaja untuk satu kepala. Puas hati kalau buat kari ikan sebab kalau pergi makan di kedai mamak sudah tentu lebih dari RM40 satu kan? Tak tahu lah sebab tak pernah makan :)

Ok di sini aku kongsikan resepi mudah. Aku masak dengan bantuan acik Noxxa lah sebab kepala ikan ni besar, kebetulan Noxxa juga besar jadi apa salahnya masak kari dalam tu kan :)

Bahan-bahan :

- 5 atau 6 ulas bawang merah *
- 5 ulas bawang putih *
- 3 sudu campuran halba & jintan manis
- 2 tangkai daun kari
- 2 biji tomato
- 5 biji bendi
- 2 biji cili hijau
- 1 mangkuk rempah kari ikan jenama Faiza
- 1 mangkuk kecil air asam jawa
- 1 mangkuk santan (kalau nak pekat gunakan santan pekat kalau tak cairkan sedikit)
- minyak untuk menumis
- kepala ikan yang telah dibersihkan. pastikan bersih dari darah celah-celah insang tau. Nak bubuh garam siap-siap pada kepala ikan pun boleh

*mayang siap-siap

Cara-cara :

- Buka plug Noxxa dan tekan mod stir fry
- Masukkan minyak untuk menumis. Masukkan bawang yang telah dimayang, rempah halba, jintan manis serta daun kari. Kacau hingga kekuningan atau layu.
- Masukkan bancuhan rempah kari dan air asam jawa
- Tekan butang OFF
- Masukkan kepala ikan dan santan
- Masukkan tomato yang dibelah 4, bendi dan cili hijau
- Perisakan siap-siap dengan garam dan gula
- Tutup periuk Noxxa dan halakan tombol ke steam dan tekan butang steam selama 5 kali
- Tekan butang START dan tunggu hingaa selesai
- Setelah siap jika mahu teruskan panas biarkan WARM tapi kalau tak nak boleh OFF kan.
- Cuba rasa dan sekiranya kepala ikan masih keras boleh tambah 2 minit lagi. Tapi selalunya 5 minit bagi ikan sudah memadai. lembik sangat nanti tak sedap

Selamat mencuba ya!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^