Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 17 November 2015

Pengalaman Pertama Ke Klinik Pergigian


Assalamualaikum,

Ini kisah beberapa minggu yang lepas. Mengandung kali ke enam aku diuji dengan sakit gigi yang berulang-ulang. Dari awal mengandung lagi sakit gigi berdenyut-denyut sampai ke telinga. Tak pernah lagi aku sakit sampai macam tu sekali. Masa tak tahu diri tu mengandung adalah telah pil tahan sakit sampai berbiji-biji tapi bila dapat tahu aje diri disahkan mengandung, aku tak berani dahlah nak telan pil sebarangan. Aku hanya teruskan mengambil pil kalsium Nutrilite sahaja. Kebetulan aku sudah menjadi pengedar sah Amway jadi memang haruslah guna semua produk mereka kan?

Pil kalsium memang aku akan ambil setiapkali mengandung. Kalau tak beli jenama S aku akan beli di farmasi atau beli dengan hospital swasta tempat aku check up. Bagus amalkan pil kalsium ni sebabnya menghalang dari "simpul biawak" atau kejang otot kaki sewaktu tidur. Percayalah kalau terkena waktu malam memang sakit sampai tak tahu nak buat apa T____T". Sejak amalkan pil kalsium memang semua tu tak kena dah cuma kali ini agaknya faktor usia dan keperluan kalsium yang tak mencukupi kerana aku juga menyusukan Aaliyah sebelum disahkan mengandung menyebabkan gigi aku reput dan berlubang. Bila berlubang ni faham-faham jelah, nak makan pun seksa dan ditambah pula gigi menjadi terlampau sensitif hinggakan tak boleh makan makanan sejuk dan manis-manis.

En suami dah lama nasihatkan aku untuk ke klinik gigi untuk pemeriksaan tapi biasalah aku ni jenis penakut sedikit (eh bukan sikitlah tapi banyak!) tapi setelah mengalami beberapa malam yang tak boleh tidur, tak boleh nak makan, aku nekad untuk pergi ke klinik pergigian yang terletak di Bandar Botanik, Klang. Untuk pengetahuan, sebenarnya ada jadual yang telah ditetapkan untuk pesakit dewasa mengikut bahagian tapi aku telefon dan bertanyakan siap-siap boleh ke nak pergi sebab dah tak tahan sakit.

Alhamdulillah dapat buat temujanji pada pukul 2 petang. Dalam pukul 1.30 petang aku dah sampai ditemankan oleh budak-budak cilik Azzam & Ashraf. Bila dah ada kereta sendiri ni mana dah en suami nak hantarkan, huhu lagipun dia pun sibuk dengan kerja (memang selalu sibuk pun) jadi terpaksalah beranikan diri pergi sendiri bersama anak-anak. Dipendekkan cerita, oleh kerana aku mengandung, doktor tak boleh buat apa lah cuma dia boleh buat tampalan sementara di gigi yang rosak tu hinggalah aku melahirkan dan kena datang semula untuk buat tampalan kekal.

Leeeeeegaaaa sangat bila dah siap semua tu, eh tak sangka pula takde lah sakit mana segala prosedurnya kan cuma biasalah rasa nyilu-nyilu sket, ha ha sakit beranak lagi sakit tau >___<
Pendek kata, kalau sakit gigi silakan ke klinik pergigian berdekatan, tak kisahlah kerajaan mahupun swasta. Kalau ada banyak duit silakan ke swasta tapi kalau nak jimat duit sila ke kerajaan. Hari tu aku tak perlu bayar pun sebab aku mengandung, kalau tak hanya perlu bayar RM1 (kalau tak silap aku lah). Bagus kan? Ada juga kebaikan menjadi rakyat Malaysia selain dari dibebani GST. Opssss hashtag haritu adalah syukurselalu :))

Pada sesiapa yang mahu dapatkan pil kalsium Magnesium Nutrilite boleh WA aku di 012-970 6828 ya. Sangat sesuai diambil semasa mengandung dan selepas melahirkan anak :)

Sehingga bertemu lagi. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^