Lama sangat tak buat siri jalan-jalan cari makan, maklumlah sejak dah beranak ramai ni kalau dapat pergi makan kat luar tu memang susah sangat nak keluarkan henset dan ambil gambar, melainkan kalau pergi ramai-ramai (ada orang yang pegangkan Arman boleh lah). Takpe, Mekla update mana yang sempat aje, yang lain tu simpan dalam memori jadikan histori ajelah! Cewah :)
Malam Sabtu yang lepas, kami sebenarnya merancang untuk makan di restoran makan barat (kalau tak silap namanya Peporo ke apa) tapi masa sampai tu penuh dengan manusia. Apabila baca review memang murah dan sedap, agaknya sebab itulah ramai orang. Malam tu sebenarnya kami berjanji dengan abang en suami untuk makan sekali, mula-mula mereka telah ke satu kedai nasi arab berhampiran (kalau tak silap namanya Ali Baba ke apa) Aduh maafkan Mekla atas ingatan yang tak berapa nak bagus dan sebenarnya malas nak karang panjang-panjang. Ikutkan memanglah banyak benda nak tulis kan tapi masa itu emas.
Dipendekkan cerita kami keluar dari restoran Ali Baba tu sebab nak pergi ke Restoran Al-Rawsha ni. Waktu malam memang kelihatan seperti istana lah! Sampai-sampai tu kawasan restoran sudah dipenuhi kereta, risau juga tidak ada tempat tapi alhamdulillah servisnya boleh tahan cepat walaupun ramai pelanggan. Serius ramai! Maklumlah malam cuti kan, semua orang pun nak datang bawa keluarga makan ;)
Hiasan dalaman restoran ini memang cantik bak istana di padang pasir. Ewah! Kebanyakan pekerja mereka orang Arab. Layan gambar aje, tak banyak pun sempat diambil memandangkan masing-masing kelaparan dah.
Ni kat depan pintu masuk, pintu restoran ni besar (macam istana) siap ada patung penjaga lagi. Alahai abaikan gambar bergegar tu. Masuk je ada tangga ke bahagian atas (mungkin dewan sebab nampak macam ada majlis perkahwinan kat atas tu)
Bergambar sebelum balik. Kami memang pelik, awal-awal semua macam segan nak ambil gambar. Maklumlah bukan fotogenik semuanya tapi kita ambil juga simpan sebagai kenangan :) Anak-anak memang susah nak tengok kamera (atau sebenarnya henset)
Suasana di dalam memang penuh. Kami pergi 2 keluarga aje, kalau semua adik beradik en suami datang, mungkin boleh sewa dewan kat atas tu (gurau aje lah) tapi mungkin penuhlah bahagian bawah tu. Tempohari kami pernah makan di Restoran nasi arab di Hadramawt Palace Wangsa Maju, semua datang dan penuh 2 meja panjang. Nanti Mekla review restoran tu juga ya.
Dalam gambar adalah biras Mekla iaitu Kak Mar dan tudung merah tu anak bongsunya si Iffah. Minat sungguh pada budak-budak, kalau ada Iffah memang bestlah sebab dia akan ambil baby tu dan jaga macam anak sendiri :P Seingat Mekla susah nak cari budak-budak yang gemarkan baby. Hermm, ada hint nak suruh umi dia hadiahkan baby baru tu. Choi!
Kejadian kelakar di restoran ini adalah Arman tarik kuah kari (ke dalca entahlah) dan tumpah atas mama dia dan dia sendiri. Dahlah koboi je pakai macam tu. Tapi takpe, anak-anak Mekla memang rilekslah kan. Ke mana-mana tiada etika pemakaian dah :P
Awal-awal memang Iffah yang jagakan Arman. Alahai bestnya kalau Husna ni macam Iffah. He he he Tapi alhamdulillah Husna pun kadang-kadang rajin juga melayan adik dia cuma jangan bagi Arman nangis aje, kalau dah start menangis tu memang tak boleh dah nak "entertain" melainkan bagi kepada mamanya aje.
Tapi yang paling puas hati adalah daging kambingnya. Tengoklah memang penuh. Mungkin kami pergi dewasa pun tak ramai, anak-anak je yang makan jadi banyak lebih daging kambing. Tapi, anak-anak kami makan bertambah juga. Budak-budak ni memang "hantu" nasi arab, maklumlah mama diorang kan jual rempah nasi arab Al-Bayt. Kalau mahu beli Whats App 012-970 6828 tau (sempat lagi iklan)
Bagi yang mahu mencuba ini alamat restoran tersebut :
AL-RAWSHA RESTAURANT
2 JLN PLATINUM G7/G SEC 7
40000 SHAH ALAM SELANGOR
Facebook : Al-Rawsha Restaurant
Harga bagi aku "standard" nasi arab. Kalau satu famili mungkin habis dalam RM100+ termasuk minuman. Kalau tak nak bil melambung cuba untuk kurangkan order minuman. He he he Kami haritu minum teh arab (Adani dan teh biasa) aje, nasib baik anak-anak pun jenis suka minum.
Iklan sekejap : Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan tilam jenama hotel 5 bintang, Mekla ada jual tau. Paling best ada tawaran percuma comforter lagi (seperti dalam gambar). Tawaran sehingga hujung bulan ini aje, kalau berminat cepat-cepat WA Mekla di 012-970 6828.
Oklah, hingga bertemu lagi. Semoga Mekla rajin uupdate blog lagi. Doa-doakanlah :)
2 ulasan:
Kakcik pernah pergi makan di Al Rawsha Kg Pandan. Semua adik beradik dan anak beranak pergi - 5 keluarga. Lamaaa dululah. Adik yang belanja. Lebih RM700 terbang...
Nasi arab Al Rawsha ni hasben aku penah tapau bawak balik. Nasi arab kambing, taktau la mandy ke kabsah. Boleh tahan la tapi hasben aku cakap sedap lagi yang aku masak a.k.a nasi arab Al Bayt. Kihkihkih.
Catat Ulasan