Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 8 Jun 2010

Sejauh Mana Keselamatan Rumah Anda Terjamin??

Assalamu'alaikum semua..Semoga kawan-kawan berada di bawah lindungan ALLAH selalu;)

Sejak berpindah ke rumah sendiri ni, Zaila selalu terfikir tentang keselamatan kami bila berada di rumah sendiri. Baik berada di dalam rumah mahupon di luar rumah, Zaila sendiri tidak pasti akan bahaya yang akan mendatang / berlaku. Sudah tentu kita tidak mahu perkara yang tidak baik berlaku, tetapi sejauh manakah langkah keselamatan yang telah kita ambil bagi memastikan kediaman kita selamat??

Di sini Zaila ada terfikir beberapa langkah atau cara yang boleh diambil demi memastikan rumah kediaman kita sentiasa selamat dari ancaman pencuri mahupon kebakaran.

1. Sistem Alarm
Kalau tak silap Zaila, cara ini adalah yang paling berkesan sekali tapi menelan kos yang agak tinggi. Maklumlah setiap bulan kena bayar kepada syarikat keselamatan yang kita pilih tu. Jumlahnya Zaila tak pasti berapa tapi Insya ALLAH rumah kita akan sentiasa berada di dalam lindungan alat tersebut;)

2. Mangga

Cara ini pon berkesan juga. Pastikan setiap pintu depan & belakang sentiasa di mangga & pastikan juga mangga yang berkualiti tinggi digunakan iaitu mangga yang tahan karat, Stainless steel, anti dupliket & bermutu tinggi so jangan takut untuk melabur sedikit duit bagi memastikan mangga yang anda beli terbaik untuk melindungi anda sekeluarga;)

3. Kejiranan Sekuriti
Lately ni perasan tak dah makin banyak taman perumahan yang ada pak guard jaga kan??*maklumlah rumah bukan jenis gated community kan* Kat area rumah Zaila pon ada juga;) Bagi mereka yang bersetuju untuk membayar, kami hanya dikenakan bayaran sebanyak RM30 sahaja sebulan. Bagi Zaila jumlah tu agak rendah so memang kami bercadang untuk membayarnya *lagipon kesian kat pak guard tu kalau takde orang bayar, takdelah gaji dia kan* Tapi apa yang Zaila perhatikan, walaupon pak guard tu bagi lepas je semua kenderaan masuk *perumahan Zaila cuma ada satu je jalan untuk keluar & masuk* tapi bila malam / awal pagi, diorang buat rondaan juga. Pernah sekali tu Zaila sampai dari kampung pukul 5 pagi, memanglah masa nak masuk tu macam tak ada guard yang jaga tapi tak lama lepas tu, datang sorang pak guard ronda naik motor so dari situ Zaila rasa terjamin sedikit. *and of courslah kita jangan terlalu percayakan pak guard tu 100% kan, kekadang diorang ronda sebab nak mencuri ke kita tak tahu kan* Tapi so far, Zaila berpuas hati juga dengan servis diorang ni. Owh, pernah juga ada satu rumah tu alarm dia berbunyi, terus datang pak guard yang jaga kat pintu masuk ni untuk check keadaan semua..So tepuk dada, tanya kehendak masing-masing!! Kalau bayaran yang dikenakan berpatutan dengan servis, apa salahnya kan;)

4. Berbaik dengan jiran

Jiran juga memainkan peranan yang penting. Tapi setakat ni, Zaila masih tak dapat berbaik-baik dengan semua jiran Zaila. Maklumlah, kami ni bekerja so bila sampai rumah tu, semua jiran-jiran dah ada di dalam rumah masing-masing dah. Lagi satu, kawasan rumah Zaila ni cukup susah untuk berjumpa dengan jiran Melayu, yang ada kebanyakannya adalah dari kaum Cina & India *1Malaysia lah katakan* so masih belum berkesempatan lagi untuk beramas mesra..hehehe
Tapi Zaila cukup sukakan jiran Zaila semasa menetap di rumah sewa dahulu. Memang tersangat baik. Kak Kamariah namanya. Sampaikan bila hari hujan, anak Kak Kamariah akan datang ke rumah Zaila untuk mengangkat semua kain yang ada di sidaian Zaila. Baik kan?? Kuih muih toksah ceritalah, kalau petang-petang mesti ada habuan kami *sampaikan Zaila buat koleksi pinggan mangkuk Kak Kamariah kat dapur tu* haahaahaa teruknya Zaila ni..Maklumlah, sudahlah jarang masak, bila masak tak sedap pula..tu pasal malu nak hantar balik pinggan akak tu;D *habislaaah, mesti tak ada dah orang yang nak berjiran dengan Zaila*

5. First Aid
Kotak first aid ni pon penting juga *tapi kat rumah Zaila ni tak ada lagi*. Bukan apa, kalau berlaku kemalangan kecil seperti luka ke, kena gigit binatang berbisa ke, kta bolehlah terus terjah mencari ubat yang sepatutnya di dalam kotak ini. Tapi jangan pula kotak aje cantik tapi isinya hampeh!! so tak semestinya kita perlukan kotak first aid yang macam budak saint John Ambulan selalu kelek tu, tapi make sure ada fokus point / place untuk simpan segala jenis ubatan supaya kita tidak tercari-cari seandainya berlaku kemalangan / kecemasan;)

6. Alat Pencegah Kebakaran

Mungkin sesetengah orang fikir tidak perlu tapi bagi Zaila ianya merupakan sebuah keperluan juga bagi memastikan keselamatan rumah kita. Tapi honestly Zaila pun masih belum beli benda alah ni, tengoklah nanti bila dah ada duit lebih sket..Maklumlah, orang kata malang tidak berbau kan..Tapi minta jauhlah kan dari segala benda yang tidak baik ni..

7. Berdoa & Tawakal kepada Yang Maha Kuasa


Setelah bermacam-macam cara yang telah kita lakukan untuk melindungi kediaman kita, pastikan kita sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya sentiasa melindungi kediaman kita dari pandangan orang jahat mahupon perkara yang tidak baik. Sentiasa "pagari" rumah kita dengan ayat-ayat suci Al-Quran & sinari rumah kita dengan kasih sayang supaya kediaman kita sentiasa diberkati olehNYA;)

Agak-agak ada tak langkah lain yang boleh diambil untuk melindungi kediaman kita?? Kawan-kawan semua ada cara yang lebih baik tak?? care to share??

*all pics are goggled*

8 ulasan:

N A N I E berkata...

Zaila..my house memang gated community and ada alarm..kekadang quite irritating gak sebab ada my neighbour nyer alarm tu sensitive sgt and kerap la trigger dush..

Ape ape pun sebagai langkah keselamatan kan..memang la kalau pencuri nak masuk tuh masuk gak..tapi sebagai langkah kire kita do sumtin la..at least menyukarkan pencuri tuh sket hehe..

*Thanx for sharing* :)

mrs shaifull berkata...

zaila, sama la kita, RM30 sebulan, tp mmg alhamdulillah setakat ni, security pun ronda dr belakang ke depan, sampai pukul 2 3 pg pun dia still buat rondaan. :) yg selebihnya, tawakal je lah..

~Eila @ Along~ berkata...

zaila,
umah baru nanti eila dah cadang nak buh cctv..pak guard mmg ade cuma nak tambah gegelung elektrik tu sbb umah eila umah tepi kan.. pencuri skang nak masuk macam2 cara kan..

umah skang ni so far alhamdulillah la.. apartment kan.. pak guard, cleaning, sampah sumer mmg management handle..no problem..

zailamohamad berkata...

Nanie, rumah Sime Darby memang semua dah gated community kan??

betul, kalau dah nak kena nak buat macamana kan..tapi at least sebelum terkena we do something dulu as a prevention;)

zailamohamad berkata...

Kak Ct, betul tu setakat ni masih berpuas hati dengan servis yang diorang bg..tapi masih ramai juga yang xnak bayar, tapi apa2 pilihan di tangan masing-masing kan

zailamohamad berkata...

Eila, a'a Zaila terlupa satu benda yang penting iaitu cctv..bagus juga kalau ada cctv ni kan, bila ada sesuatu kejadian, kita boleh trace balik kan

fabulous.farah berkata...

huhuhu..kalu apartment rase selamat sikit. tapi banyak kes dengar management hok buat hal die pon ade pegang kunci key. so kene lah guna mangga berkuasa besar

Lady of Leisure berkata...

agree ngan zaila... kita kene berbaik ngan jiran kan, kalau jadi apa2 jiran lah yg terdekat dengan kitakan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^