Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 15 Januari 2017

Selamat Datang 2017

Assalamualaikum,

Diharap masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2017 kepada semua pembaca blog Mekla (masih ada ke?). Walaupun sudah melepasi 2 minggu pertama tahun baru, syukur sebab setakat ini segala-galanya baik-baik aje bagi Mekla, diharapkan kawan-kawan semua pun macam tu juga. Tahun ini macam biasalah nak selesaikan segala azam-azam tertunggak. Ha ha ha Mesti ramai yang boleh agak kan? Azam nak kurus tu memang selamanya masuk dalam senarai azam tahun baru tapi itulah, tak pernah-pernah tercapai berat yang diidamkan :P

Hermm tahun ini Mekla harapkan kebahagiaan dan moga tahun ini Mekla lebih berdisiplin dalam menabung (pun sama azam yang sentiasa bawa dari tahun-tahun lepas tapi tak pernah dapat hasil). Semoga anak-anak dan en suami diberikan kesihatan yang baik. Permulaan tahun baru terjumpa gambar lukisan anak dara Mekla si Una; memang dia banyak kali minta mahu adik perempuan lagi tapi maaflah nak, mama nak rehat dah dari "tambah anak!".


Penghujung tahun lepas anak bujang sulung juga sudah berkhatan. Tak sangka anak yang selalu "buat perangai" dan menduga kesabaran mama sudah besar. Fuuh mencabar juga ya menjaga anak yang berkhatan ni tapi alhamdulillah mama dan Haziq berjaya harunginya. Siap balik kampung lagi dalam tempoh berpantang tu. Ha ha ha Comel aje Haziq turun kereta pakai kain pelikat, macam Tok Ayah nak pergi tambat lembu pun ada ;)


Tahun ini Mekla masih menjadi pengedar Amway. Jomlah uols kita jana pendapatan sampingan atau buat betul-betul bisnes ini. Alhamdulillah setakat ini memang ada bagi duit poket setiap pertengahan bulan, tak banyak tapi syukur alhamdulillah. Kalau tak buat apa-apa lagilah tak dapat kan?
Iklan sekejap : jom sesiapa yang nak beli periuk Noxxa terus Whats App ke 012-970 6828 tau

Tak dinafikan Noxxa Pressure Cooker banyak membantu Mekla dalam menyediakan masakan buat keluarga. Ada masa datang angin rajin Mekla buat ikan sardin. Wah lembut sampai ke tulang ikan tau!

Kalau ada masa malas buat lamb chop aje dengan Noxxa Pressure Cooker, sekejap aje daging lembut. Nak makan daging bukan satu masalah lagi tau :)


Oklah salah satu azam tahun baru nak rajin update blog tapi dah melepasi 2 minggu tahun baru tu macam dah boleh tahu kan tahap kerajinan paras mana :P Better late than never bak kata omputehnya. Oh setakat persekolahan anak-anak, sehari aje mama ponteng dari masak bekalan pagi. Alhamdulillah seronok bila dapat bekalkan mereka dengan air tangan masakan sendiri. Semoga mama konsisten dalam memasak bekal anak-anak.

Bye!

1 ulasan:

Unknown berkata...

saya pon ada noxxa kat rumah. bestttttt :D

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^