Assalamualaikum,
Sabtu yang lepas (4hb Mac) genap setahun usia anak bongsu aku (Eh!) Alhamdulillah, dalam kesulitan pasti ada kesenangan. Mencabar juga mempunyai anak-anak kecil berderet di kala diri kita juga punyai impian untuk berjaya dalam perniagaan (alah, bisnes kecil-kecilan je pun). Namun, sudah tentulah dalam apa jua pilihan sudah tentu aku akan utamakan keperluan keluarga dan anak-anak. Rasanya tidak pernah menyesal dengan keputusan untuk berada di rumah menjaga mereka cuma ada juga waktu-waktu merasa badan "pancit" dan waktu ini mulalah emosi marah menguasai diri.
Syukur dalam dok marah anak-anak, mereka membesar bagai juara. Sekejap aje masa berlalu. Masih teringat lagi dugaan berpantangkan Arman. Ya Allah, betapa kasihnya Allah pada aku hingga setiap doa yang aku panjatkan Dia kurniakan dengan cara yang banyak mengajar aku erti kesabaran. Betul orang tua cakap "susah-susah dulu senang-senang kemudian".
Aduh, pepagi sudah emo ketika menulis :P
Oklah, kita kongsikan sedikit alkisah bagaimana majlis ini terjadi. Sebenarnya sudah agak lama aku tidak mengadakan majlis harijadi anak-anak. Kalau ada pun sekadar sambutan bersama suami dan anak-anak. Itupun kalau ingatlah tapi tahun ini aku nekad untuk meraikan walau sedikit sebab kadang-kadang dalam hidup kita harus juga menzahirkan kasih sayang pada mereka. Bukan niat untuk mengajar mereka membazir tapi bagi meraikan kasih sayang dan semoga anak-anak aku nanti bila besar saling berkasih sayang dan menghargai hubungan kekeluargaan yang terjalin.
Kebetulan juga 4hb jatuh pada hari cuti, terus cakap dekat en suami yang aku mahu mengadakan majlis harijadi buat anak-anak. Maklumlah, sudah lama tidak buat majlis tapi memandangkan kali ini aku sudah tidak ada pembantu (kalau dulu-dulu boleh aje ajak adik-adik ipar yang bujang datang menolong tapi sekarang semua dah berkahwin dan ada anak, jadi memang susahlah sedikit). Tapi dek kerana semangat yang ada, aku gagahkan juga buat majlis sekadar yang mampu. Memang perlukan perancangan dan kerahan tenaga juga. Anak-anak aku toksah cakaplah, mereka memang suka bila diberitahu akan ada majlis tapi bab mengemas ya Allah boleh tahan pemalas tapi aku ni kan "mama garam" (Azzam sebut garang tu garam) jadi alhamdulillah kemas rumah sekadar yang mampu ajelah.
Kek ni tempah dengan "home baker" yang tinggal dekat Jalan Kebun. Kek Choc Indulgence 2 kg bertemakan Superheroes Avengers. Memang sedap dan sangat-sangat direkemenkan. Harga kek RM70 untuk 2kg tapi kerana tambah hiasa gambar tu kena bayar RM20 lagi. Ini nombor pembuat kek tu ya (Facebook : Juhaidah Zaabar Whats App 013-685 3800). Semua tetamu puji kesedapan kek ni, kita sokong produk muslim ya, dari dok beli di kedai SR boleh tukar beli dengan orang kita ;) Kebetulan Juhaidah ini biras kepada sepupu en suami, alahai kecilnya dunia kan? Syukur dikelilingi orang-orang hebat. Alhamdulillah.
Bab dekorasi majlis, memandangkan aku ni ehem ehem dok menjual barangan parti bertahun-tahun, maka adalah sikit barangan yang aku ambil dari stok yang ada. Untuk anak lelaki sudah tentunya tema ala-ala superheroes sket jadi pilihlah tema Avengers!
Background tu sebenarnya alas meja Avengers, tampal aje kat dinding. Punyalah suka anak-anak bila mama suruh buat dekorasi majlis ;)
Haziq dan HUsna yang banyak membantu. Anak-anak hak lain banyak menyebok aje ;)
Gambar hari kejadian, alahai macam biasalah gambar-gambar memang tak banyak sebab kami ni jenis "camera freak" bukan hantu selfie. Ha ha Poyo je padahal sibuk melayan tetamu. Maaflah pada tetamu yang datang ada yang sampai duduk atas tangga sebab takde tempat nak duduk..huhu
Birthday bos aka budak penyebok. Suka betul Arman bila tengok gambar kat dinding tu. Sibuk nak tarik kasi koyak T_____T"
Hajat sebenar nak letak lilin bunga api kat atas kek tu tapi en suami cakap nanti ahbislah habuk (serdak) abu jatuh atas kek jadi aku pun kansel lah. Lagipun seorang pun dari tteamu kami tak hisap rokok (bagus depa ni) jadi tak dapatlah nak nyalakan lilin. Ha ha ha
Hasil dekorasi anak-anak. Sebenarnya malam sebelum majlis aku sakit kepala sebab cuaca tengahari tu panas sangat. Asalnya nak buat cupcake dengan anak-anak pun terpaksa kansel. Kesian mereka sebab dah eksaited sangat nak buat kapkek dengan mama. (walaupun mama memang seorang chef amatur sahaja)
Ashraf bersama dengan teacher-teacher dari tadika nya. Tak sangka juga mereka akan datang. Tengoklah muka anak jantan aku tu, malulah tewww..Asalnya dia tak sangka teacher akan datang, bila dah datang terus jadi keras kejung. Ikut perangai siapa ni nak?
Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun bersesak-sesak sikit di waktu puncak. Huhu Terima kasih buat keluarga terdekat yang datang. Malam tu kami sambung dengan acara bbq dan makan-makan lagi. Anak-anak sedara yang dah besar rajin menolong buatkan air detoks (sedap nanti aku kongsikan bagaimana nak buat ya).
Rasanya sampai sini aje boleh menulis momen-momen majlis harijadi anak-anak. Insya Allah akan datang kalau ada rezeki duit, masa dan tenaga boleh adakan pula untuk anak-anak perempuan (tema sang puteri lah pula). Bagi sesiapa yang mencari barangan parti harijadi tema Avengers boleh Whats App aku di 012-970 6828 ya atau like sahaja fanpage Barangan Parti Harijadi :)
Bye!
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan