Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Rabu, 29 Mac 2017
Resepi Mee Kari Seafood Sedap
Assalamualaikum,
Lama tak kongsi resepi di sini, maklumlah nak luangkan masa untuk menulis pun agak "bercinta". Jadi dikesempatan waktu yang ada ni, sempatlah aku taip resepi mudah mee kari seafood yang sedap. Ha ha ha Mekla kalau masak selalu puji sedap padahal kalau orang lain makan biasa-biasa aje tapi pujian sedap tu datang dari suami dan anak-anak, si penghuni setia cafe mama Zaila ;)
Tempohari aku pernah makan mee kari seafood di Restoran Mohd Chan, biasalah apabila balik teringat-ingat dan kebetulan terbeli isi kerang yang sudah dikopek di Pasaraya Segi Fresh, terus berhajat untuk buat mee kari. Oh! Sebelum itu kena tunggu angin rajin datang dulu sebab mee kuning tu aku buat sendiri dengan menggunakan #NoxxaNoodleMaker, garam, serbuk kunyit (untuk warna), minyak dan air sahaja. Mudah kan? Berminat untuk beli NNM boleh terus Whats App aku di 012-970 6828. Nak beli secara bayaran bulanan pun boleh :) *wah! Sempat lagi kau iklan ya noks!
Ok sambung kepada resepi mee kari mudah :
Bahan-bahan tiada sukatan tepat, sekadar anggaran sahaja :)
- 7 ulas bawang merah yang kecil *
- 3 atau 4 ulas bawang putih *
- 2 inci halia * mayang halus bahan bertanda *
- Rempah 4 sekawan (bunga cegkih, bunga lawang, kayu manis dan pelaga) tapi aku bubuh mana yang ada kat dapur je
- segenggam daun kari (sedih sebab belakang rumah takde pokok kari jadi gunalah daun kari kering yang ada kat dalam peti sejuk tu)
- 3 sudu serbuk kari ikan (serbuk kari ni aku beli di Kelantan cap jam) Kalau nak pekat mungkin boleh lebihkan tapi sebab keluarga Mekla semua tak suka pedas maka berpada-pada dalam memasukkan serbuk kari ;)
- Santan pekat dalam 2 cawan dan air dalam 2 cawan (kalau nak kuah banyak lebihkan air tapi tengok juga, jangan sampai cair sangat nanti orang kata kedekut santan pula)
- Isi ayam potong kecil, kalau nak best ambil yang bahagian bertulang
- 1 peket kepingan kek ikan (potong pendek)
- 1 peket tauhu kering (apa ke namanya tauhu pok ya?)
- 1 peket bebola ikan
- 1 mangkuk udang saiz besar
- isi kerang yang telah direbus (aku tak rebus pun cuma lepas masukkan tu pastikan sudah masak baru tutup api)
- 1 keping asam keping
- garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan sampingan :
- telur direbus dan belah dua
- bersihkan sawi dan celur sekejap
- mayang halus cili merah
- bawang goreng
Cara-Cara untuk membuatnya :
- Panaskan minyak di dalam periuk (kalau ada periuk belanga tanah liat lagi best), kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan dan daun kari dahulu sehingga layu.
- Masukkan pes serbuk kari ikan yang telah digaul dengan air
- Masukkan isi ayam, dan santan pekat, asam keping dan air
- Masukkan isi udang, bebola ikan, kek ikan, tauhu pok dan kerang
- Perisakan dengan garam & gula
- Apabila sudah mendidih dan yakin dengan rasanya, tutup api
- Masukkan mee kuning yang telah dicelur ke dalam mangkuk dan masukkan sawi, cili merah dan telur rebus ke atas mee tersebut
- Curahkan kuah yang mengandungi isi ayam, bebola ikan dan isi udang yang segar
Wallah selamat mencuba :)
Iklan sebentar
Bulan ini ada promosi gadget best yang bantu cepatkan kerja menggosok tau.Tak percaya? Baca pengakuan ini >> MUDAHNYA GOSOK BAJU. Yang bagusnya beli seterika dapat tempat menggosok sekali dengan hadiah juga. Siapa nak beli boleh terus Whats App ke 012-970 6828 sekarang. BULAN APRIL SAHAJA tawaran yang ada tau!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan