Ada kawan bertanya "Macamana eh kau buat majlis, sudahlah masak sendiri lepastu ada anak kecil lagi?". Maka, aku pun terfikir untuk kongsikan tips untuk menganjurkan majlis harijadi versi budget. Biasalah, buat sekadar untuk suka-suka gembirakan anak-anak. Buat majlis budget ni jangan ada protokol sangat dan sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang ada seperti makanan tidak cukup atau makanan terlebih (yang ni takpe, boleh simpan dalam peti dan esoknya makan sampai lebam) :P
Ok pertama sekali kena pilih tarikh yang sesuai. Bila dah pilih tarikh tu dah boleh mula merancang menu, deko-deko sikit dan tempahan kek. Check it out ya :
1) Budget :
Kalau sudah namanya majlis budget maka janganlah berangan nak lantik "party planner" untuk majlis ini. Semuanya perlu disiapkan sendiri. Kalau tak nak rasa duit habis sedebuk, apakata barangan seperti goodies anak-anak, barang untuk deko-deko tu beli awal-awal. Boleh beli di fanpage Barangan Parti Harijadi (klik dekat link) sebab kat situ harga boleh tahan murah-murah dan kebanyakan tema kartun seperti Avengers, Frozen, Pokemon, Ultraman, Cars dan macam-macam lagi pun ada. Lepas tu sediakan budget untuk kek juga sebab kalau majlis harijadi takde kek tak bestlah kan. Kalau nak jimat boleh buat sendiri tapi kes aku ni Husna nasihatkan "mama beli aje sebab mama tak pandai buat kek" Ha ha ha
Untuk majlis ini aku tempah sebiji kek seberat 2kg, kalau beli kek kecil pastikan beli 2 biji atau lebih. Nanti tak cukup kesian pula tetamu. Untuk beli bahan-bahan mentah tu peruntukan dalam RM200 dan RM100 untuk beli barangan seperti pinggan mangkuk plastik, cawan, sudu garfu dan plastik sampah. Sebenarnya tak sampai pun kalau tahu beli di tempat yang murah.
Maaf gambar blurlah pula
2) Menu : Selalunya majlis harijadi orang akan buat waktu petang jadi boleh sediakan pasta seperti makaroni goreng atau bihun goreng atau mee goreng tapi aku derhaka haritu sediakan menu nasi kerabu dan kue teow goreng. Maklumlah nasi kerabu ni "all time faveret" bila buat makan-makan mesti ada menu ini. Sihat lagi mudah! Caranya aku siapkan bahan-bahan kering seperti sambal nyior tu pada malam sebelum majlis lagi. Pada hari kejadian hanya sediakan nasi (masak dengan Noxxa Pressure Cooker 8 min sahaja uols) dan ulaman hiris banyak-banyak terus. Untuk lauk aku beli 2 ekor ayam untuk goreng sahaja. Kata versi budget kan :P Untuk anak-anak pula siapkan keropok goreng dan nuget serta air koktel. Budak-budak main je lebih :) Tapi untungnya haritu kakak ipar datang bawakan kuih, ada yang bawa buah-buahan, sosej dan anak-anak buah pula siapkan air minuman detoks, maklumlah kami buat majlis sampai ke malam disusuli dengan bbq bersama keluarga :)
Kalau nak bagi mudah, sila buat senarai bahan-bahan mentah dan kering untuk dibeli siap-siap. Jadi bila keluar membeli barangan tu takdelah terambil benda yang tak diperlukan. Ingat, versi budget kena ikut budget betul-betul :)
Menu nasi kerabu
3) Lokasi tu sudah semestinya rumah sendiri lah kan, jangan berangan pula nak buat di hotel atau kolam renang atau dewan (kecuali kalau ada orang yang sponsor). Jadi, pastikan kerusi dirapatkan dan ada ruang kosong untuk anak-anak duduk bersila. Meja untuk letak kek pun jangan letak sekali dengan meja makanan nanti serabut. Maklumlah zaman sekarang orang ada buat "candy buffetlah apa" tapi aku tak buat pun. Hanya sekadar buat dekorasi belakang tabir bertemakan Avengers dengan belon dan ada kek sahaja. Kan versi budget, bukan versi artis :P
Kek indulgence dibuat oleh "home bakers". Boleh tengok entri sebelum ini aku ada letak nombor telefon untuk tempahan.
4) Persediaan : Mental dan fizikal kena bersedia. Kalau majlis harijadi ni sudah tentulah kita nak bahagiakan anak-anak jadi sediakan goodies untuk mereka. Kalau boleh kurangkan bagi gula-gula tapi pilihlah makanan yang sihat. Aku bagi keropok TAM-TAM (hehe takdelah sihat mana tapi teringat kenangan waktu sekolah dulu mesti beli keropok ini). Oh pastikan plastik sampah beli yang besar dan letak di mana-mana aje kerana mesti akan terdapat sampah merata-rata T______T"
5) Kebersihan : Kalau buat majlis di rumah sudah tentunya kebersihan memang perlu dititiberatkan juga. Bagi aku, selepas siap masak tu pastikan basuh terus periuk atau kuali dan jangan tinggalkan di dalam sinki. Nanti bila tetamu mula datang dan percayalah sinki kita akan penuh dengan pinggan mangkuk yang ditinggalkan oleh tetamu. Lagi satu pastikan juga kain lap yang bersih disediakan, ini penting apabila terjadinya air tumpah atau sisa kuah tumpah atas lantai atau meja. Kalau boleh sisa makanan kering dibuang dalam plastik sampah dan sisa makanan basah tu kena asingkan dan cepat-cepat buang bagi mengelakkan dari berbau.
Apabila tetamu dah pulang, mula-mula tarik nafas dulu dan perlahan-lahan kemaskan dapur, basuh bekas-bekas makanan dan mop lantai. Kalau tak larat, tidur dulu baru kemas esoknya ;) hihihi
goodies bag untuk anak-anak :)
Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan