Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label GC Tea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GC Tea. Papar semua catatan

Khamis, 2 Julai 2015

Tips Jimat Cermat Hari Raya

Assalamualaikum,

Sekejap sahaja sudah memasuki separuh bulan puasa. Hari ini sudah 15 hari puasa, macamana KPI puasa kita? Adakah semakin bertambah amalannya atau semakin sedikit? Aku nak kata makin banyak tu takde lah tapi makin lama makin malas pula, ni mesti terlebih tidur siang hari ni. Opsss

Tapi niat di hati nak teruskan beramal, kena kuatkan semangat sikitlah. Tambah-tambah bulan puasa ni dengan berniaganya dengan jaga anak-anaknya. Kadang-kadang mencabar keimanan juga :( Macam-macam karenah nak kena layan, baik yang sudah besar mahupun yang kecil. Mencabar betul!

Semalam aku ada terbaca di dalam facebook Tuan Shamsuddin Kadir yang memberikan tips berjimat khasnya untuk kakitangan kerajaan yang sedang menunggu 45 hari sebelum gaji. Mak aih lama juga tu ya, kalau yang jenis ada bisnes bolehlah ada pendapatan sampingan tapi kalau yang harapkan gaji semata? Memanglah kena "ikat" perut sedikit. Aku kongsikan di sini antara tips yang diberikan oleh Tuan Shamsuddin Kadir.

1. Bayar hutang wajib, sebaik sahaja mendapat gaji untuk bulan Julai,
2. Beli keperluan rumah (termasuk beras, sos cili, lada, kicap,
3. Jangan bawa ATM yang ada duit gaji balik kampung
4. Bawa balik duit bonus RM 500 itu sahaja.
5. Kurangkan bagi duit raya, kerana malu nanti apa orang kata, jika tidak bagi kepada anaknya, dia bagi duit raya kepada anak kita.
6. Tidak perlu beli emas palsu untuk hari raya ini,
7. Tidak perlulah beli tudung beratus-ratus, kerana orang bukan nampak tudung kita, orang nampak otak kita, sama ada otak itu hidup ataupun beku.
8. Balik kampung bukan untuk menunjuk baju baru satu keluarga.
9. Zakat fitrah jangan lupa ya.

Selain itu aku nak tambah lagi :

10. Beli baju-baju raya anak semasa jualan gudang sebab harga jauh lebih murah tapi nak kena rancang masa lah iaitu pergi awal-awal pagi dan kalau boleh jangan bawa anak-anak tapi ambil ukuran siap-siap.
11. Abaikan jenama kerana waktu raya tak ada orang akan belek dan tengok anak-anak kita pakai jenama apa dan kita tak akan merasa satu kepuasan pun jika anak-anak kita pakai pakaian berjenama jika kita sendiri pakai biasa-biasa sahaja (Faham tak?).
12. Bab duit raya tu sebenarnya adalah tradisi, aku rasa macam nak ubah sedikit iaitu bagi duit kepada ibu bapa dan saudara mara terdekat. Walau tak banyak tapi mereka akan rasa lebih dihargai. Sebagai contoh untuk kanak-kanak bagi duit raya antara RM2 - RM5 tapi untuk mak saudara apa kata bagi RM10 - RM30 seorang. Bergantung kepada budget masing-masing.
13. Beli siap perkakas dapur atau barang yang ingin dibawa pulang ke kampung. Bukan apa, nak raya selalunya memang akan penuh mana-mana tempat pun jadi jika kita beli awal-awal bolehlah berehat-rehat di rumah sahaja :) Kalau di kampung harga di kedai juga akan melambung sekali ganda kerana biasalah waktu cuti ramai anak-anak yang pulang beraya, masa ini lah peniaga nak kaut keuntungan (tapi tak semua juga). Yang penting barang-barang runcit seperti susu anak, lampin, makanan kering seperti bihun, makaroni, air kotak atau kordial beli siap-siap.
14. Kalau nak lagi bagi bagus belia siap-siap juadah hidangan hari raya nanti. Apa lagi kalau bukan nasi arab. He he Mehler order dengan aku. Ada 4 perisa iaitu Mandy ayam, mandy kambing, maqlubah ayam dan kabsah ayam. Semua pun sedap :)


Oklah itu sahaja sesi tips jimat cermat bersama aku. Oh ada satu lagi, pada yang berminat sangat nak beli GC Tea tapi takut membazir kalau beli satu kotak, kini dah ada pek percubaan iaitu RM30 (tak termasuk kos pos). Cepat PM / Wa laju-laju ke 012-970 6828 untuk pembelian.


Musim raya ni kena jaga kesihatan juga, amalkan meminum GC Tea setiap hari suaya dapat detoks balik apa yang telah kita makan. Kalau boleh, jaga pemakanan dan tambah dengan bersenam baru akan menghasilkan kesan yang mantop!

Oklah, itu sahaja tips yang dapat aku kongsikan hari ini. Sebenarnya ada banyak lagi tapi tak terfikir lagi buat masa ini. Semoga kita sentiasa merancang dan menggunakan duit kita dengan sebaiknya. Duit raya anak-anak jangan lupa simpan elok-elok, jangan diajar anak-anak habiskan duit dengan membeli benda-benda yang tak berfaedah pula. Haa boleh buat tips lain ni, nanti kan ya :P

Hingga bertemu lagi dan selamat berbuka (nanti petangler). Bye!

Jumaat, 26 Jun 2015

Tips Kurus Di Bulan Puasa

Assalamualaikum,

Orang kata bulan puasa ni adalah bulan yang paling sesuai untuk kuruskan badan TAPI dengan syarat korang memang betul nak kuruskan badan lah kan. Pendek kata dah nekad sangat-sangat nak kurus sebab sudah tersalah beli baju raya saiz S sedangkan selama ini pakai saiz XXL. He he Kalau kes ni memang kena puasa siang malam tak payah berbuka terus lah sebabnya memang sah-sah lah uols tak boleh nak kuruskan badan dalam masa sebulan. Jadi, apabila ingin menurunkan berat badan tu, berpada-pada lah dalam meletakkan sasaran. Tambah-tambah pula bagi kita kaum Hawa atau surirumah yang kerjanya 24 jam memasak sahaja. Godaan tu memang tinggi lah kan? Tak mengata sesiapa kerana aku pun sama!

Jadi, sempena bulan puasa ini boleh amalkan cara-cara di bawah agar dapat menurunkan sedikit berat badan atau mengecilkan sedikit ukur lilit peha atau pinggang yang sudah semakin melebar itu.

TIPS 1 :

Berpada-pada apabila berbuka puasa. Seeloknya lah kan, jangan makan makanan yang kandungan karbohidratnya tinggi. Kalau nak makan pun cuma segenggam sahaja. Kalau boleh amalkan berbuka dengan kurma dan segelas air suam. Lepas itu terus solat maghrib dan selepas maghrib baru makan. Seeloknya penyediaan menu juga haruslah yang mengandungi lebih kandungan air seperti sup dan sayur air. Kalau penyediaan lauk pula lebih elok jika dibakar dan dikukus.


Menu berbuka 7 Ramadhan : Ikan Siakap Steam Berlimau (resepi menyusul nanti)

TIPS 2 :

Amalkan meminum teh hijau sewaktu berbuka kerana umumnya diketahui bahawa teh hijau ini sangat bagus untuk diamalkan untuk membantu mengeluarkan toksin dalam badan dan sangat bagus untuk sistem perkumuhan. Kalau boleh sediakan teh hijau yang masih panas-panas lagi ya, kalau masa makan tu dan minum teh hijau, pasti akan berpeluh-peluh lagi bagus. Teh hijau juga dapat mengurangkan tekanan jadi memang terbaiklah untuk diamalkan.


Boleh cuba amalkan minum GC Tea sewaktu berbuka, selepas solat terawih atau sebelum tidur. Insya Allah dalam masa sebulan berpuasa akan lebih cepat proses untuk kurus. Tak percaya? Cuba dulu, jika mahukan sampel percuma boleh Whats App ke 012-970 6828 (Pn Zaila). Bulan puasa ni saya nak buat pahala bagi sampel percuma pada yang mahu betul-betul mencuba sahaja. Kalau sewaktu minum badan berpeluh-peluh dan kerap kencing, itu maknanya produk ini memang terbukti berkesan.


Sesiapa yang ingin menjadi ejen stokis boleh Whats App aku juga ya :)

TIPS 3 :

Ambil makanan yang berkhasiat pada waktu sahur. Sekarang ini sedang viral tentang "overnight oat", sebenarnya sudah lama dah aku buat tapi untuk bulan puasa ini boleh lah amalkan makan overnight oat ya sebab ianya tak seberat nasi. Lagipun selepas sahur kebarangkalian untuk terlelap adalah tinggi jika makan nasi, jadi bertukarlah kepada menu yang lebih ringan. Bagi sesiapa yang tidak menyukai oat boleh cuba amalkan Nano Centa ni, yang penting ianya pembekal tenaga kerana mengandungi
marine kolagen, acai beri, habbatussauda, gam arabik, vitamin C, delima & banyak lagi kandungan yang boleh menyumbangkan tenaga. Selain daripada itu dapat mencantikkan kulit dan menguatkan sistem antibodi tubuh badan juga. Best kan? Pagi tadi aku pun amalkan 1 sachet Nano centa dan diminum bersama air yang sejuk. Nyaaaman gitu.


TIPS 4 :

Amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki, mengayuh basikal ke bazar juadah atau melakukan aktiviti harian seperti menyapu dan mengemop rumah. Puasa tidak bermakna kita hanya perlu tidur sahaja ya. Jika diamalkan semua tips di atas dan diikuti pula dengan senaman atau aktiviti ringan seperti ini insya Allah proses penurunan berat badan akan menjadi lebih cepat.

Sekian sahaja perkongsian tips yang boleh diamalkan ketika berpuasa. Selamat menahan nafsu dari membazir dan memakan makanan yang tidak sihat :) Jangan niat kurus kerana mahu memakai baju kebaya ketat di hari raya tetapi niat lah untuk kesihatan diri ya.

Nantikan resepi siakap stim berlimau di entri seterusnya. Assalamualaikum.

Iklan :


Dapatkan juga rempah nasi arab al bayt. Boleh Whats App ke 012-970 6828. Bye!


Selasa, 19 Mei 2015

Kurus Dengan GC Tea?

 Assalamualaikum,

Maaf semalam seharian tidur kepenatan. Salah satu sebab kerana aku puasa ganti (melepek je lebih) dan satu sebab lagi hujung minggu yang lepas sibuk menghadiri seminar bisnes jadi memang takde masa langsung untuk berehat. Memang hujung minggu selalunya digunakan sepenuhnya untuk menghadiri majlis ilmu dan mengambil stok barang jualan. Aaarghh kadang-kadang rasa rindunya nak duduk rumah tanpa buat apa-apa tapi selalunya memang tak boleh nak duduk juga sebab nanti anak-anak akan menggeletis mahu keluar rumah juga :)

Ok hari ini aku nak kongsikan sedikit testimoni diri sendiri setelah mencuba sekotak GC Tea. Dalam sekotak ada 60 uncang dan selalunya setiap hari aku akan meminum 1 uncang (ulang-ulang minum sampai teh rasa tawar). Memang menjimatkan lah sebabnya 1 uncang 1 hari guna, kalau teh biasa mana boleh ulang-ulang minum dah, mesti tawar terus  daah. Jadinya setelah hampir 2 bulan juga konsisten minum, kadang minum kadang terlupa tapi yang aku perasan bila dah minum teh ni tak mahu dah minum air manis. Lagipun teh ni rasa pudina dan ada pemanis semulajadi iaitu stevia. Jangan risaulah semuanya semulajadi takde pewarna atau perisa tiruan!

Ok nak tunjuk gambar di bawah ni dah lama, masa ni kalau tak silap bulan 12 tahun lepas di rumah rakan blogger merangkap jiran sebelah taman perumahan aku iaitu di rumah Wati. Boleh nampak kan ketembamam pipiku yang mongel itu *padahal macam roti burger Malaysia* Boolatlah juga kan?


Masa ni Wati buat makan-makan di rumahnya. Haruslah aku pergi sebab aku kan suka makan ;)

Apabila geng Estima bertemu geng Velfire maka inilah hasilnya :-


Alhamdulillah semuanya meriah dengan anak-anak. Masa ni Aaliyah pun masih kecil lagi, alahai rindunya dengan bau baby rasa macam nak beranak pula. Eh!

Ok di bawah adalah gambar terkini tuan blog. Macam biasa lah aku ni bukan artis jadi segan nak selalu menonjolkan diri tapi sesekali kenalah tunjukkan bukti ya tak? Ramai juga yang tegur dah nampak kurus, kurus ni tak bermakna kembali ramping macam anak dara tapi kurang sedikit tahap kegempalannya tu. Untuk pengetahuan aku tak ada amalkan bersenam cuma mungkin sekarang ini aku ganti puasa jadi mempercepatkan sikit proses kurus tu. Tapi jangan tak tahu, masa berbuka boleh tahan juga aku makan nasi. He he he Jadinya memang aku rasa teh GC Tea ada sedikit sebanyak membantu aku untuk mendapatkan badan yang lebih "kecil" dan perut yang tidak membuncit sangat :P

Gambar kejadian semasa hari Ahad di seminar RTS (Road To Success) anjuran geng jual GC Tea. Bersebelahan dengan aku adalah pemberi ceramah iaitu Tuan Aky yang berpengalaman dalam bidang jualan MLM. Sebelah kanan pula toksah nak perkenalkan lagilah, Pn Wan Rokiah iaitu salah seorang pelajar aku juga. Pn Wan Rokiah juga telah mengamalkan meminum GC Tea untuk kesihatan diri dan katanya sekarang ini memang ada perubahan dari segi inch loss badannya itu. Tak percaya sila ke blog beliau dan tanya sendiri empunya diri :)

Oklah, cakap banyak pun tak guna kan? Bagi yang mahu mencuba boleh like fanpage ini (Gedung Muslimah Online Anda) atau PM / WA ke 012-970 6828. Sekarang ini aku sedang mencari stokis yang mahu menjual GC Tea ini dan kebetulan kompeni sedang membuat promosi pada harga yang murah berbanding harga biasa. Lebih dari seribu tu penjimatan. Jadi rebut peluang dan jom berbisnes bersama dengan GC Tea. Boleh google aje kompeni yang mengeluarkan teh ini ada Rashwealth Group Sdn Bhd.

Iklan sat :

=======================================
PERHATIAN KEPADA PENGUSAHA HOMESTAY
========================================

BAGI MEREKA YANG INGIN MENGIKLANKAN HOMESTAY MEREKA DI JARINGAN NETWORKING ABDR YANG TELAH DISERTAI OLEH LEBIH 1000 BLOGGER, SILA HUBUNGI :

EMAIL : zailamohamad@yahoo.com
SMS/WA : 012-970 6828
FACEBOOK : Zaila Mohamad

IKLAN AKAN DISIARKAN DI DALAM 2 BLOG IKLAN DIREKTORI DAN SEWA TAPAK ADALAH KEKAL!!



JUMPA LAGI. BYE!

Ahad, 12 April 2015

Kenapa GC Tea Terbaik Bagi Mereka Yang Mahu Turunkan Berat Badan


Assalamualaikum,

Hari Sabtu yang lepas sekali lagi aku berjaya keluar kepompong (tepuk tangan pada Kak La) untuk keluar jauh sedikit dari rumah. Seawal pagi lagi ke Lembaga Getah Malaysia yang berhadapan dengan KLCC tu, eh teringat pula kenangan pernah pergi lawatan ke sana sewaktu belajar di UPM dulu tapi kali ini pergi atas urusan untuk menimba ilmu bisnes.

Bisnes apa lagi kalau bukan bisnes jual teh laku keras untuk orang ada diabitis (kencing manis) dan mahu diet santai ni. Kalau tak percaya cuba google sahaja tentang GC Tea (jangan tekan GST pula ya) sudah tentu banyak maklumat tentang kebaikan produk ini yang rata-rata digegar-gegarkan di facebook mahupun blog. Hermm, sebagai seorang yang mata duitan suka berbisnes, sudah tentulah aku mencubanya dahulu dan memang yakin produk ini akan laris di pasaran, maka aku pun kenalah mengambil langkah-langkah untuk belajar pula ilmu pemasaran dan tentang produk mereka.

Sekarang ini fahamlah aku kenapa teh ini agak bernilai berbanding teh biasa yang dijual di pasaraya. Sudah tentulah kerana kelebihan kandungannya iaitu :

- Teh hijau : yang ni kita memang tahulah kan kenapa orang Cina & Jepun suka minum teh hijau. Selain dari kandungan anti oksida yang tinggi, ianya juga sangat bagus untuk proses membuang (perkumuhan) dan bertindak sebagai anti stress kepada mereka yang mengamalkannya.

- Daun Gymnema : memang pertama kali aku dengar akan daun ni tapi rupa-rupanya memang banyak khasiatnya. Antaranya ialah menjadi penghalang kepada gula kompleks untuk masuk ke dalam darah. Bagaimana? Dengan menyelaputi reseptor rasa terhadap gula dan menghalang penyerapan molekul gula melalui intestine.

- Daun stevia : seperti yang kita semua ketahui stevia merupakan pemanis semulajadi dan merupakan gula yang terbaik diambil bagi pesakit kencing manis (diabetic). Aku pernah juga buat eksperimen di mana air teh GC aku biarkan aje kat atas meja tu, selalunya sekejap sahaja semut dah hurung tapi terbukti GC Tea ni semut memang tak nak hurung sebab tak ada kandungan gula. Tapi rasanya takdelah kelat, manis-manis gula gittew. Kalau dah biasa minum gula stevia ni lepas ni mesti tak nak dah minum manis-manis lagi :)

- Daun pudina : salah satu sebab mengapa semut tak dekat dengan teh ini adalah kerana ianya mengandungi daun pudina. Aku pernah terbaca salah satu petua untuk menghalau semut secara semulajadi adalah dengan meletakkan tanaman pudina di sekitar dapur atau tempat yang kita mahu halau semut tu. Jadinya di dalam GC Tea pun dimasukkan pudina juga,sebab tu rasa teh ni berangin sedikit tapi sedap.

- Daun mulberi : daun ini memang banyak khasiatnya, korang tahu tak kalau di Vietnam daun mulberi ini diberikan kepada ulat sutera sebagai makanan untuk ulat-ulat tu makan bagi menghasilkan sutera yang berkualiti tinggi. Bayangkan khasiat yang ada di dalam daun itu dan digabungkan bersama daun-daun yang lain. Bertambah-tambah khasiatnya bukan?

- Daun rooibos : Fungsinya adalah untuk menukarkan gula kepada tenaga semulajadi. Jadi, takde lah bila minum teh ni uols melepek aje sepanjang masa. Sebaliknya akan makin cergas tau.

Oklah, aku rasa memang banyak sangat kebaikan GC Tea ni kepada si peminumnya. Bagi yang mempunyai kencing manis boleh rendam teh selama 5 minit dalam air panas, jangan tambah gula atau madu, minum 30 minit sebelum makan atau semasa makan untuk kesan yang effective. Sila monitor kadar gula. Insya Allah bacaan akan berkurangan dengan syarat harus ambilnya secara konsisten. Dapatkan nasihat doktor juga dan jangan skip makan ubat ya!

Aku ambil GC Tea ni sebab nak diet santai, amboi siap bagitahu awal-awal nak santai. Yerlah tak naklah berlapar sangat semata-mata nak kurus ya. Yang penting selepas minum pasti akan berpeluh-peluh dan angin juga keluar. Tidur malam pun lena aje.

Jika berminat untuk mencubanya, boleh PM / WA ke 012-970 6828 untuk proses pembelian. Bagi aku tak rugi untuk mencubanya kerana ianya memang terbukti berkesan (pada yang istikomah melakukannya).

Oklah hingga berjumpa lagi. BYE!

Selasa, 7 April 2015

Resepi Mudah Sotong Goreng Telur Masin


Assalamualaikum,

Seperti dijanjikan malam tadi di facebook Kak Ila, ini dia resepi sotong goreng telur masin yang Kak Ila buat malam tadi. Dah sapa entah yang kongsi resepi artis mana ntah (lupa dah namanya) di facebook, jadi kebetulan bahan-bahan dah ada, apa lagi mohler kita memasak :)

Bahan-bahan :

- sotong dipotong bulat (macam cincin tu)
- tepung beras
- putih telur dari sebiji telur (bergantung pada sotong, kalau banyak maka lebihkan telur tu)
- bawang putih
- cili merah
- daun kari
- mentega untuk tumis
- kuning telur dari telur masin (aku guna 2 biji telur masin)
- susu pekat (resepi tu cadangkan susu pekat tapi kalau boleh guna sedikit sahaja sebab nanti manis)
- garam

Cara-caranya :

Mula-mula celupkan sotong ke dalam putih telur dan gaul dalam tepung beras. Kemudian goreng dan toskan (hati-hati meletop-letop pula sotong ni ya). Kemudian dalam kuali yang lain panaskan mentega, kemudian tumiskan bawang putih (yang dipotong dadu/halus), cili merah dan daun kari. Masukkan kuning telur masin, kacau-kacau dan masukkan sedikit susu pekat. Masa ni perisakan dengan garam ya, semalam telur masin aku guna tu tak masin sangat jadi rasa macam terlebih manis pula. Sepatutnya akan rasa manis, masin dan pedaslah kan.

Apa-apa pun memang sedap sangat. Sepinggan tu aku dan en suami je yang hadap. Anak-anak tak suka sangat sotong, kalau udang mungkin akan berebutlah juga. Selepas makan, terus minum GC Tea, malam tadi berpeluh-peluh macam lepas lari marathon. Ramai yang bertanyakan aku dah kurus ke lepas amalkan minum GC Tea ni. Jawapan ikhlas masih belum kurus lagi ya :P

Produk apa pun yang kita ambil kena lah ambil secara konsisten baru nampak hasil. Untuk sekotak GC Tea ada 60 uncang bersamaan 60 hari (jika diminum secara konsisten) kalau tak, faham-fahamlah mesti lambat juga akan nampak hasilnya kan?

Bagi mereka yang mahu mencuba dan mahu cari peluang untuk menjual / menambah pendapatan. Boleh hubungi aku di 012-970 6828 atau emelkan pertanyaan ke zailamohamad@gmail.com

Iklan sat :
Jom jana pendapatan dengan menjual produk bumiputera. Yang penting ianya memang memberikan kebaikan dan banyak khasiat. Sambil minum sambil jana pendapatan juga. Bagi sesiapa yang berminat untuk jual, boleh PM 012-970 6828 dengan segera ya :)

Isnin, 30 Mac 2015

GC Tea GS Tea GST EH!

Assalamualaikum,

Esok lusa sudah masuk bulan April 2015. Hadoi, bulan yang paling ditakuti oleh semua rakyat Malaysia kerana bermula 1 April semua barang akan dikenakan GST sebanyak 6%. Hermm, tak semua juga ya tapi rata-rata memang akan ada kenaikan barang dan penurunan harga barang. Kita tengok ajelah mana yang turun dan mana yang naik *sambil gigit jari*

Sebenarnya aku tak suka sangat berbual (sebenarnya menulis) tentang GST sebab malas nak serabutkan kepala otak dengan sesuatu benda yang aku sendiri masih tidak faham. Bukan tak faham, tapi malas nak faham-fahamkan. En suami bukan tak membebel pasal GST malah sepanjang masa ada sahaja input yang dia berikan tapi aku hanya dengar dan layankan sahaja dengan mengiyakan semua apa yang dia cerita. Aku faham, mesti en suami pun akan merasa sedikit tertekan memandangkan dia seorang yang menyara kami sekeluarga. Mana tak marah weh, bayangkan untuk cukai pendapatan sahaja en suami sudah membayar 2 bulan dari gaji nya untuk setahun. Cukai lain zakat lain. Eh! tercerita pula di sini. Bukan merungut tapi macam inilah bila dah banyak sangat kena potong terasa lah juga bahangnya kan?

Jadi, aku sebagai seorang isteri yang prihatin dan tak nak membebankan suami dengan nafsu serakah aku yang suka membeli online ni, maka gigihlah kak la menjual. Semua barang pun nak jual. Tapi prinsip aku, tak nak jual jika bukan aku yang cuba sendiri atau tak nak jual jika ianya bukan produk yang aku tahu / tengok sendiri testimoninya. Pendek kata bukan mudah untuk aku menjual produk kesihatan ni. Seingat aku awal tahun 2009 dahulu aku pernah jual produk Intra tapi lepas tu tak sambung dah kesnya masa tu tak cukup ilmu dan malas nak teruskan. Kali ini gigih aku mencuba produk terbaru di pasaran keluaran syarikat bumiputera kita iaitu Rashwealth Group Sdn Bhd yang diberi nama GC Tea. Aku pernah ceritakan tentang Kak Na yang ada kencing manis juga mengamalkan minum teh ini dan alhamdulillah sekarang bacaannya terkawal. Bukan nak kata produk ini bagus tapi dia juga sudah berubah dengan mengamalkan gaya hidup sihat; banyak minum air masak, makan tak jaga sangat tapi banyak bergerak. Sedar tak sedar berat badan juga turun sekali.

Oh sungguh saya jeles, sebab itu aku bertekad untuk mengamalkan juga teh ni. Bukan susah pun hanya panaskan seuncang teh dalam satu teko dengan air panas dan ulang minum sampai uncang tu rasa tawar. Sekotak boleh bertahan 2 bulan. Hermm, setakat ini baru minum dalam 6 hari atau lebih (tak ingatlah) dan apa yang aku perasan selepas aje minum badan mesti berpeluh-peluh dan akan membuang angin atau buang air besar. Sesuai sangatlah pada mereka yang ada masalah sembelit ya.


Antara kandungan yang terdapat di dalam GC Tea, semuanya bahan-bahan semulajadi dan tiada pewarna atau perisa tiruan. Semua guna yang segar-segar aje, terbaik dari ladang tau!

Sesiapa yang ada tanam pokok mulberi di rumah tu bolehlah buat amalkan minum, bagus sangat untuk kesihatan tapi tanya diri mampu ke nak minum teh yang kita proses sendiri? Baik minum GC Tea sebab dah siap proses dan diletakkan di dalam uncang.


Setakat ini aku tak boleh nak bagi testimoni lagi yang aku dah kurus. Nak kena konsisten minum dan amalkan lagi. Nanti kalau kurus pun bukan boleh suka-suka hati nak tayang gambar sebelum dan selepas, biarlah orang yang mengenali aku sahaja yang tahu (ayat poyo) dan nampak akan perubahan ini. Di sini aku kongsikan dulu testimoni mereka yang sudah berjaya turun berat badan dengan mengamalkan GC Tea


Bagi yang berminat untuk mencubanya sila laju-laju PM / WA di 012-970 6828. Bagi pesakit kencing manis, sampel percuma akan diberikan bagi yang betu-betul mahu mencubanya sahaja.

Berbalik kepada cerita GST ni, pandangan aku lah kan ; kita sebagai rakyat marhaen ni apalah sangat kuasa kita untuk menentang pihak kerajaan. Bercakap pung pang pung pang (menulis status di facebook) atau berbual di kedai kopi tidak akan mengubah apa-apa pun. Bukan aku menyokong kerajaan tapi aku malas nak bazirkan tenaga kudrat yang Allah bagi untuk membuat sesuatu yang bukan bidang kuasa kita. Iyalah, aku kan surirumah kalau dok bising barang naik harga pun bukan akan ada pusat zakat dan datang sedekah barang.

Jadi pilihlah untuk BERUBAH. Aku sebenarnya terkesan sangat dengan kata-kata kakak aku sendiri yang mengatakan aku ni EGO. Bukan tak tahu nak buat tapi EGO untuk berubah. #sentap mak nyah! Betul juga, aku ni bukan seorang surirumah yang tak ada pendidikan, bukan yang jenis tak reti membaca atau mengaji jadi mengapa nak ego sangat untuk tidak mencuba sesuatu yang baru? Paling tidak pun jika tak berjaya kurang-kurang aku boleh cakap "OOO aku dah cuba buat ni, tapi tak menjadi" BUKAN dapat dosa pun kan? Selagi di bawah restu suami, insya Allah pandai-pandailah jaga diri. Sentiasa bersyukur adalah satu kunci paling utama untuk bahagia.

Seperti penulisan aku di sini : Sahaja Aku Berniaga Kerana Allah Taala, maka niat untuk berniaga itu harus diperbetulkan juga. Bukan kekayaan yang mahu dicari tapi mahukan perubahan dan keselesaan untuk kebaikan keluarga. Bayangkan musim barang naik serba naik harga, mampukah kita bertahan hanya dengan makan gaji sahaja? Awal bulan dapat gaji tolak perbelanjaan dah tinggal berapa dah? Kalau yang surirumah pula, kalau dapat suami kaya tak apa, tapi kalau suami yang gajinya cukup-cukup makan macamana? Mahu tak bergaduh masam muka bila segala keperluan kita tidak dipenuhi.

Eh terpanjang pula celoteh pasal GST ni ya? Pendek kata ayuhlah BERUBAH. Sebenarnya ada banyak cara untuk berjimat-cermat dan pelbagaikan sumber pendapatan untuk kita lalui musim kenaikan barang dengan bergaya. Tak payah nak stress bagai. Kena rajinkan diri sahaja, buang EGO buang MALAS dan buang MALU. Kalau tak cuba tak tahu dan sekarang pun walaupun aku sudah lama berniaga online tapi masih belum putus asa untuk mencuba. Kita tidak tahu di mana rezeki kita akan berada kan? Haaa kan dah kena "brain wash" dengan Kak La.

Oklah supaya tidak dibenci oleh pembaca blog ini, Kak La undur diri dulu. Petang ini nak masak apa ya untuk berbuka? Ada cadangan tak? Sudah semestinya minum GC Tea untuk buang angin dalam badan ni.

Iklan :


BERITA BAIK! Pes nasi arab tak naik harga sempena GST ni, jadi masih kekal pada harga RM15 sekotak. Jadi jika berminat boleh dapatkannya dengan WA ke 012-970 6828. Stok dalam tangan ada mandy ayam dan mandy kambing sahaja :)

Khamis, 26 Mac 2015

Minum Teh Untuk Kurus? Betul ke?

Assalamualaikum,

Ingat tak semalam aku bagitahu nak kongsikan kisah Kak Na lagi? ehem ehem ambil peluang glamourkan kakak sendiri sebab kalau bukan aku yang buat nak harapkan siapa? Dia bukan retis pun, dia hanya manusia biasa sahaja tapi cukup menjadi kesayangan anak-anak aku (dan mamanya juga).

Tahun ini bila berjumpa eh terkejut juga sebab nampak Kak Na dah makin kurus, takdelah kurus slim macam Fasha Sandha tapi of courselah sebagai adiknya yang selalu jumpa Kak Na 2, 3 kali setahun dah boleh perasan yang Kak Na dah makin kurus. Setahu aku Kak Na memang ada sejarah kencing manis yang serius (sewaktu di Labuan). Aku rasa dia keep on struggle dengan penyakit ini sehinggalah baru-baru ini kencing manisnya sudah terkawal dan alhamdulillah Kak Na dah makin sihat. Katanya mahu jaga pemakanan demi untuk menjaga anak-anak perempuannya dan juga mak ayah aku. Aku memang tabik spring dengan kekuatan dalaman Kak Na. Kalau nak cerita kat sini, 10 muka surat pun tak akan habis:P Bagi aku, dia seorang ibu yang penyayang dan walaupun telah menghadapi pelbagai rintangan dan cemuhan dalam hidup, akhirnya Kak Na berjaya juga.

Ok, ni nak kongsikan gambar Kak Na semasa aku ke Labuan 2 tahun lepas. Masa ni Ashraf masih lagi anak bongsu, tengoklah sekali pandang macam Aaliyah pun ada kan?


Masa ni makan di Anjung Ketam, Labuan. Wah kau tengok lengan Kak Na, macam hulk hogan youuuu *ya ampun kakak jangan marah :P


Masa ni di tapak kaki gunung Kinabalu. Rindunya zaman berjalan-jalan dengan Kak Na di Labuan dulu. Anak-anak memang enjoy habislah walaupun pelbagai rintangan dan dugaan datang melanda tapi akhirnya kami bertemu juga :)

Rahsia Kak Na turun berat badan adalah setelah mengamalkan GC Tea. Lama juga dia minum dan hasilnya memang kandungan gula di dalam darah Kak Na terkawal dan badan Kak Na juga sudah kurus. Yang bagusnya teh ini adalah campuran teh hijau, gymnema sylvestre, daun pudina, daun mulberi, rooibos dan daun stevia. Ianya bebas bahan kimia yang berbahaya, tiada gula tambahan dan tiada perisa tambahan juga.



Sebagai kakak yang baik hati, Kak Na bagi ler sampel GC Tea ni untuk aku cuba dan masih awal lagi untuk dikatakan yang aku telah berjaya kurus. Hermm, ramai pula yang dok sibuk suruh aku buktikan yang dengan minum teh boleh kurus. Tapi aku kan malu-malu kucing, kalau kurus pun tak naklah tayang body pada umum. Auuuuwww biar en suami aje lah yang menilainya. Ok, berbalik pada Kak Na, katanya berat dia dulu 87 kg sekarang sudah turun pada 76kg, ambil masa berbulan-bulan juga dan sesiapa yang mengenali Kak Na memang akan tahu yang Kak Na ni memang kuat makan :P

Sekarang ni bila tubuh dah makin ringan, senanglah nak melakukan ibadah dan berbakti pada mak ayah. Jangan tak tahu pada usia menginjak 50 tahun, Kak Na masih bertenaga memandu dari Kuala Krai ke rumah mak dan menguruskan keperluan mak ayah. Pantang ayah cakap nak apa Kak Na mesti akan tunaikan. Waah ni kira puji melambung ni, tapi jujurnya memang aku pun akui yang sampai sekarang aku masih tak pandai nak ambil hati mak ayah. Balik pun sesekali, inikan nak jaga mereka. Tapi jauh dalam sudut hati memang bersyukur sangat sebab bila Kak Na dah ada di kampung, mak ayah pun dah makin sihat dan terjaga sekarang ni.

Gambar tahun lepas bulan 9 sewaktu cuti sekolah. Masa ni kami bercuti di Sudara Beach Resort.



Dan di bawah ini gambar sewaktu aku balik cuti sekolah yang lepas. Memang nampak perbezaan sedikit cumanya maklumlah Kak Na ni tak reti nak bergaya jadi takde lah nak dijadikan model produk ya. HAHA


Sebagai kakak yang baik Kak Na juga menjadi pendorong dan pemangkin aku untuk terus berniaga. Banyak juga jasa Kak Na terutamanya dalam menjodohkan kami dengan Aini. Panjang kisahnya dan sudah semestinya aku tidak akan bercerita di sini. Kak Na pernah cakap dekat aku jangan terlalu ego untuk tidak berniaga. Iyalah, aku ni semua reti tapi malas nak mencuba. Hamboi, terkena seketul atas muka ni. Jadinya, kali ini aku nak tolong Kak Na jual produk Kak Na ni. Sudi-sudikan beli ya sebab ini perkongsian ikhlas dan testimoni kakak aku sendiri.

Jika berminat boleh dapatkan dan hubungi aku melalui WA 012-970 6828 (WA sahaja). Oklah, nanti aku cerita pengalaman sendiri meminum GC Tea ni. Bukan kerana kencing manis tapi untuk kesihatan. Maklumlah lemak ai kan banyak :P

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^