Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 22 April 2014

Johnson Baby of the Year 2014 : Setiap Bayi Adalah Bintang Johnson's Baby of the Year 2014!


Johnson's BOTY 2014 Pic 1: (From L-R) Dr Anna Padmavathy Soosai, Consultant Paediatrician and Neonatologist; Dynas Mokhtar, Johnson's Baby brand ambassador & celebrity judge; Rabitah Hani, Committee Member of OrphanCARE; and Vaibhav Saran, Managing Director of Johnson and Johnson Malaysia.


7th from left) Dr Anna Padmavathy Soosai, Consultant Paediatrician and Neonatologist; Dynas Mokhtar, Johnson's Baby brand ambassador & celebrity judge; Rabitah Hani, Committee Member of OrphanCARE; and Vaibhav Saran, Managing Director of Johnson and Johnson Malaysia, with past winners of Johnson's Baby of the Year. 

Terima kasih buat Miss Jean dari IN.Deed Communications yang emailkan aku maklumat tentang majlis ini. Maaf kerana tidak dapat menghadirinya kerana ada perkara yang berlaku di saat-saat akhir. Jom baca apa yang menarik tentang majlis ini :

Kuala Lumpur, 19 April 2014: Lebih baik dan lebih menarik tahun ini, edisi ke-22 pertandingan Johnson’s Baby of the Year (BOTY) merupakan landasan yang sempurna untuk si manja yang comel dan keletah, sihat dan pintar menawan hati orang ramai di seluruh Malaysia! Dari 1 Mei – 30 Jun, Johnson’s Baby menjemput ibu bapa (dan ‘bintang’ kecil kesayangan mereka) menyertai salah satu pertandingan bayi comel yang paling dinanti-nantikan di Malaysia. Ketahui lebih lanjut di www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.
“Bayi adalah satu anugerah dan rahmat, dan Johnson’s Baby percaya bahawa setiap anak adalah istimewa,” kata Encik Vaibhav Saran, Pengarah Urusan Johnson & Johnson Malaysia. “Ternyata, bukan kami sahaja yang berfikiran begitu kerana ini merupakan tahun ke-22 berturut-turut pertandingan Johnson’s Baby of the Year diadakan. Ia merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa kerana ia membolehkan mereka meraikan keriangan sebagai ibu bapa bersama ibu bapa lain di seluruh Malaysia.”

Johnson’s Baby of the Year 2014 Lebih Baik dan Lebih Menarik!
Tahun ini, Johnson’s Baby bekerjasama dengan panel pakar paediatrik dan neonatologi yang diketuai oleh Dr Anna Padmavathy Soosai, dan juri selebriti Johnson’s BOTY yang pertama, Dynas Mokhtar, dalam pencarian bintang termuda paling comel dan menawan hati di Malaysia! Pertandingan Johnson’s BOTY 2014 mengambil pendekatan yang lebih holistik kepada perkembangan kanak-kanak, di mana penilaian bukan sekadar berdasarkan sifat-sifat fizikal, bahkan melibatkan aspek perkembangan kognitif dan sosio-emosi juga.

“Tiada yang lebih bahagia berbanding kebanggaan menjadi ibu bapa, dan sebagai duta Johnson’s Baby dan juga juri pertandingan bagi tahun 2014, saya berharap ibu dan bapa menganggap pertandingan ini sebagai satu peluang untuk meraikan segala yang istimewa pada si manja mereka,” kata Dynas Mokhtar, seorang pelakon, usahawan tempatan dan ibu kepada dua orang anak.

“Kesihatan mental dan sosial kanak-kanak sama pentingnya dengan kesihatan fizikal mereka kerana semua unsur ini menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran kanak-kanak yang holistik dan sempurna,” jelas Dr Anna Padmavathy Soosai. “Memasukkan proses penilaian ini dalam pertandingan ini merupakan cara yang bernilai untuk mencari ‘bintang’ yang paling comel dan menawan hati.”

Selain menawarkan kategori baru berdasarkan umur tertentu – 0-12 bulan, 13-24 bulan dan 25-36 bulan, pertandingan Johnson’s BOTY 2014 dianjurkan lebih besar dan lebih baik dengan unsur baru dan menarik, termasuk tawaran lebih banyak hadiah bernilai sehingga RM 100,000 untuk dimenangi. Selain itu, semua bayi akan dijadikan bintang Johnson’s Baby dan diberikan liputan dalam media.

Pada tahun 2014, pertandingan ini juga menonjolkan unsur kemasyarakatan melalui Yayasan OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menolong bayi yang ditinggalkan dan anak yatim mencari rumah perlindungan dan penjagaan – bagi setiap penyertaan dalam pertandingan ini, sebanyak RM1 akan didermakan kepada program anak angkat OrphanCARE.

“Johnson’s Baby ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa di Malaysia di atas sokongan mereka sepanjang dua dekad yang lepas, dan dalam kami mengalu-alukan edisi ke-22 tahun ini, kami ingin membalas jasa dan menolong masyarakat setempat kami. Kami membuat keputusan untuk bekerjasama dengan OrphanCARE kerana kami menyedari bahawa, bagi setiap kanak-kanak yang sihat dan gembira, ada kanak-kanak lain yang bernasib malang dan hidup terbiar. Kami berusaha untuk memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat rumah perlindungan yang sempurna, dan ini merupakan satu peranan yang amat penting dan yang kami sokong sepenuh hati,” tambah Encik Vaibhav Saran.

“Kerjasama dengan Johnson’s Baby merupakan cara yang amat baik untuk meningkatkan kesedaran tentang ramainya kanak-kanak yang memerlukan rumah penjagaan yang sempurna di mana mereka dilimpahi kasih sayang dan dipupuk,” kata Pn Rabitah Hani, Ahli Jawatankuasa OrphanCARE. “Setiap kanak-kanak memerlukan keluarga dan terdapat juga ramai pasangan yang mencari anak untuk melengkapi hidup mereka, maka misi kami ialah untuk mengurangkan bilangan kanak-kanak di rumah anak-anak yatim dengan memendekkan proses pemadanan dan pengambilan anak angkat. Sokongan dan kesedaran daripada penyertaan dalam pertandingan Johnson’s BOTY akan membantu kami menolong lebih ramai kanak-kanak.”

Cara Penyertaan Pertandingan Johnson’s Baby of the Year
Jadi, berilah anak anda peluang untuk menjadi bintang dari 1 Mei hingga 30 Jun! Untuk penyertaan, cuma lampirkan dua keping gambar terbaik si manja anda. Kemudian, beli produk Johnson’s Baby bernilai sekurang-kurangnya RM15 untuk melayakkan penyertaan, dan simpan resit sebagai bukti pembelian.

Ingat, bayi mesti berumur di antara 0-36 bulan, dan setiap bayi yang menyertai pertandingan ini akan disiarkan dalam majalah!

Lengkapkan borang penyertaan dan kepilkan gambar berserta resit. Penyertaan boleh diserahkan di kedai-kedai yang mengambil bahagian di mana khidmat fotografi percuma juga disediakan; melalui pos ke alamat Johnson’s Baby of The Year 2014 Contest, PO Box 3186 Subang Jaya, Selangor; atau secara dalam talian melalui Johnson’s Baby Facebook Page: www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.

Sementara itu, ibu bapa boleh mengunjungi acara Johnson’s BOTY sehingga 20 April di ruang legar 1Utama (Old Wing, Concourse Level), dan mendapat peluang awal untuk menyertai pertandingan serta menikmati promosi menarik sepanjang acara ini!

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan Johnson’s Baby of the Year contest, sila layari www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com. Hashtag rasmi untuk kempen Johnson's Baby of the Year tahun ini ialah #BOTY2014. Marilah menyertai perbualan ini!

*********************************************************************************

Mengenai Johnson’s Baby
Selama lebih 100 tahun, Johnson’s Baby telah mengabadikan dirinya untuk memahami bayi dan belaian istimewa yang diperlukan untuk mata, kulit dan rambut mereka. Johnson’s Baby menggunakan pengetahuan itu untuk menyediakan ibu-ibu produk yang selamat, ringan dan lembut yang terbukti secara klinikal. Rangkaian produknya melibatkan deria dan apabila digunakan bersama rutin bayi, boleh membantu membangkitkan emosi positif dan akhirnya mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi. Dipercayai oleh ibu-ibu dan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia, Johnson’s Baby terus menggunakan pengetahuan dan penyelidikan untuk menghasilkan produk pengguna yang selamat dan inovatif serta murni, ringan dan lembut sebagaimana yang dijanjikannya.

Mengenai Johnson & Johnson
Prihatin terhadap dunia, seorang insan pada suatu masa telah memberi inspirasi dan menyatukan kakitangan Johnson & Johnson. Syarikat ini merangkumkan penyelidikan dan sains – membawakan idea, produk dan perkhidmatan yang inovatif untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan insan. Johnson & Johnson mempunyai lebih daripada 275 syarikat operasi di lebih daripada 60 negara dengan pekerja seramai kira-kira 128,700 orang. Pekerja Keluarga Syarikat Johnson & Johnson bekerja dengan rakan kongsi dalam penjagaan kesihatan untuk menyentuh kehidupan lebih satu bilion orang setiap hari di seluruh dunia.

Wow! Memang menarik bukan? Jadi, bagi ibubapa yang ada anak kecil tu, seeloknya cuba sertai pertandingan ini. Mana tahu, tuah ayam nampak di kaki, tuah anak yang comel, boleh menang pertandingan :)

Hadiah pun memang menarik bangat!

Prize per Category
Category 1
(0 – 12 months old)
Category 2
(13 – 24 months)
Category 3
(25 – 36 months)
Grand Prize x 1
RM 10,000 Cash, Magazine Cover Shot and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 10,000 Cash, Magazine Cover Shot and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 10,000 Cash, Magazine Cover Shot and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
Second Prize x 1
RM 5,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 5,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 5,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
Third Prize x 1
RM 3,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 3,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 3,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
Consolation Prize x 7
RM 500 Cash, Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 500 Cash, Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 500 Cash, Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000

Jangan lupa ya untuk menyertainya! Baca syarat di atas dan bertindak sekarang!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^