Blog ni dah jadi macam biskut Chipsmore, sekejap berupdate sekejap senyap. Maafkanlah tuan blog yang sekarang ini semangatnya seperti angin kus-kus. Tapi bila baca blog kawan-kawan, eh bagusnya mereka update setiap hari dan aku pun nak jadi macam mereka lah *sambil tanam azam baru untuk tahun 2015 dan tahun-tahun seterusnya!*
Oklah, sebelum daku merepek lagi jauh ke pulau pandan, baiklah tulis aktiviti hujung minggu kami yang tak seberapa ni. Baru je nak mulakan cerita di belakang tabir sudah bunyi Azzam menangis, dahtu macamana daku nak jadi blogger yang tegar??
Hari kedua cabaran menyambung entri semalam. Maaflah sebabnya tengah taip-taip kemudian en suami balik kerja, dah kena layan dia sampai malam daku dah kroooh krooohhh..herm, faham ke tak faham ni? Selalunya blogger akan fahamlah yang kadang-kadang bila kita mahu menaip satu entri tu tak akan boleh siaplah dan-dan tu juga melainkan anda memang seorang blogger yang komited dengan masa;)
Cukuplah merapu, mari kita sambung cerita perkahwinan adik bongsu en suami yang kami panggil Mokla. Alhamdulillah, sudah selamat menjadi isteri kepada En Fazri pada malam Jumaat 5hb 12 2014. Kalau diikutkan nikah sepatutnya pagi 6hb tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat mereka, jadinya terpaksa dipercepatkan ke malam atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Kami bertolak balik ke kampung pun lepas en suami selesai solat Jumaat dan memang tak sempatlah nak hadirkan diri ke acara akad nikah ini. Apa-apa pun, alhamdulillah semuanya sudah selamat belaka:)
Untuk perkahwinan Mokla, mak mertua gunakan khidmat catering aje memandangkan adik beradik ramai yang sibuk dan dapat balik hanya untuk majlis sahaja. En suami lagilah, memang tak dapat sambung cuti kerana minggu ini jadual kerjanya yang agak sibuk. Sebab itu kami tak dapat meluangkan masa untuk berada di kampung dengan lebih lama sedikit. Kesian anak-anak, masih belum puas bermain dengan Mok Na;( Tapi tak apalah, insya Allah ada rezeki, kita balik lagi. Sekarang ini bukan tak biasa balik kampung pada waktu hujung minggu sahaja. Tahun ini dah 2, 3 kali juga balik hari Jumaat dan datang kembali ke Shah Alam pada hari Ahad. Mujurlah en suami jenis boleh memandu tahan selama 8 jam lebih, kalau nak harapkan bini dia bawa kereta memang taklah kan :P
Sedikit gambar kenangan untuk ditepek ke dalam blog ini tapi hanya pada hari majlis iaitu Sabtu 6hb 12 2014. Gambar akad nikah tiada gambar aku maka malas nak tepek sini. HAHA *kejam*
Gambar kesukaan aku. Gambar sekeluarga bersama pengantin. Memang susah sangat nak kumpulkan anak-anak semua, sorang nak main dengan sepupu sorang nak makan aiskrim sorang nak lari entah ke mana. Terima kasih pada mak-mak saudara yang panggilkan mereka, akhirnya ada juga gambar kami bersama semua. Bila dah balik Shah Alam ni, eh rugi pula tak ambil gambar bersama en suami di atas pelamin. Pengantin lama pun mahu feeling-feeling "pengantin baru" juga :)
Tahun ini tema purple menjadi pilihan dan macam biasalah jubah tema semua dibelikan oleh Kak Rah di Vietnam. Tuan punya blog pakai saiz *dirahsiakan* demi mahu menjaga air muka tuan blog. HAHA!
Bergambar bersama ipar dan biras dan anak-anak saudara. Cuba teka yang mana ibu yang mana anak. Semuanya awet-awet muda sahaja. Malu je ada orang tu baru umur 32 tahun tapi dah nampak tua lebih dari ibu yang punya anak remaja. Apa rahsia uolssssss kekal remaja wei????
Kami ini ada group dalam Telegram yang berbunyi KMK (Kami Mesti Kurus) rentetan mahu kurus sempena majlis Mokra (majlis kahwin sebelum ini) tapi sampai sudah tak kurus-kurus *akulah tu* dan biasalah kaum-kaum suami pula lantas mencadangkan kami masuk ke group mereka iaitu KMG (Kami Masih Gemuk) :P
Pelamin dan mak andam rasanya diambil dari Tanah Merah. Cantik juga hasil sentuhan mereka.
Comel-comel aje bila sepupu-sepupu pakai sedondon. Baju raya Husna tahun depan sah-sah lah warna purple :P
Gambar Aaliyah bersama dengan kakak Nini (anak Kak Rah) yang kini bersekolah di Vietnam. Sekejap aje masa berlalu, anak-anak buah yang dulu masih kecil semua dah besar-besar remaja dah Oh! Sudah tua rupanya daku ni T______T
Gambar mak-mak budak yang teringin merasai naik pelamin. Yang 2 orang ini semua beras eh biras-birasku. Yang tengah isteri kepada adik en suami dan sekarang sedang mengandung anak ke 3. Yang belah kanan sekali tu isteri kepada abang en suami dan merupakan ibu kepada 4 orang anak. Badan "maintain" remaja gittew. Yang belah kiri malas nak perkenalkan lagi dah!
Husna dan sepupu-sepupu yang sebaya. Bukanlah sebaya tapi Husna di sini ibarat kakak mereka. Husna lahir tahun 2008 Lala (tengah) lahir tahun 2009 dan Aisyah (kanan) lahir pada tahun 2010. Jadi mereka sangat rapat. Banyak sangat gambar mereka sedang bermain bersama-sama dalam telefon aku ni. Moga sampai besar pun mereka kamcenglah ya!
Hari tu pengantin pakai banyak 2 pasang baju. Awal-awal je aku ada ambil gambar lepas tu dah malas. HAHA Tunggu gambar dari pengantinlah nanti. Mesti lawa-lawa!
Gambar puteri Anna & Elsa di atas pelamin. Eh!
Oklah, Aaliyah pun dah merengek nangis tu. Memang ada banyak nak tulis tapi masa memang selalu cemburu. Inipun gagahkan juga masukkan gambar sebagai kenangan. Mana tahu, nanti bila dah besar HAziq, Husna, Ashraf, Azzam & Aaliyah nak tengok gambar-gambar mereka di majlis Mokla.
Buat Mokla & pasangan Fazri, selamat melayari alam rumahtangga. Belajar untuk menerima kekurangan dan kelebihan pasangan. Yang penting dalam apa juga keputusan, jangan terburu-buru dan seeloknya bertanya dahulu pada yang sudah berpengalaman. Herm, apa lagi ya?? Aku memang tak pandai nak bagi ucapan panjang-panjang ni. Apa-apa pun selamat melayari alam rumahtangga yang penuh rasa masam manis pahit semuanya ada belaka! Cepat-cepat mengandung, nanti anak boleh saing dengan anak Mokra tahun depan :) *jangan yang menulis ini mengandung sudahlah*
Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan