Assalamualaikum
Lamanya tak kongsi resepi kat dalam blog ni. Alhamdulillah rupa-rupanya ada yang mencuba resepi-resepi dari Mekla. Walaupun hanya semudah atau resepi yang biasa-biasa sahaja. Semoga resepi ini menjadi saham akhirat aku nanti. Iyalah, nak mengajar memasak memang tak daya jadi kita kongsikan sahaja resepi, mudah-mudahan ramai ibu-ibu yang mencubanya nanti :)
Kali ni aku nak kongsikan resepi telur bistik. Teringat zaman belajar kat UPM dulu, pernahlah makan kat food court Sri Serdang dan ada kawan yang cuba menu telur bistik. Boleh tahan juga rasanya cuma waktu tu aku bukanlah seorang penggemar telur jadi takdelah suka sangat. Sekarang bila ada anak, mereka pula "hantu telur" maka teringat kembali menu ini. Alhamdulillah senang aje nak buat tapi versi aku lah, main campak-campak aje.
Bahan-bahan untuk telur :
- Telur 5 biji (bagi anak ramai kena banyak sket)
- 2 sudu Tepung jagung
- garam dan gula atau gantikan dengan 1 sudu serbuk cukup rasa
Masukkan semua bahan dan goreng macam kita buat telur dadar tu. Ketepikan dulu.
Bahan-bahan untuk kuah :
- 3 ulas bawang putih (selalunya aku ketuk je, nak mayang pun boleh)
- 1 ulas bawang Holland (saiz sederhana) mayang siap-siap
- 3 atau 4 biji cili padi diketuk
- 1 cawan daging kisar
- 2 sudu sos cili, sos tiram dan sos tomato
- Sedikit lobak merah dipotong dadu
- 1 cawan air bancuhan dengan 1 sudu tepung jagung)
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Masukkan daging kisar dan tumis hingga kering atau daging masak. Kemudian masukkan sos cili (kalau nak pedas lebihkan sikit), sos tiram dan sos tomato. Kacau lagi dan pastikan api perlahan sebab tak nak hangit. Masukkan lobak merah dan kalau ada sayur lain macam jagung sejukbeku tu ke, lada benggala ke boleh masukkan juga. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan perisakan garam serta gula. Garam tu tak masuk pun takpe sebab sos tiram dah masin. Kalau takde rasa baru tambah sikit. Sos cili pun dah manis jadi tak perlu gula banyak sangat. Pandai-pandailah ejas rasa ikut selera masing-masing. Dah siap, curahkan kuah atas telur dadar tadi dan nikmatinya bersama nasi panas, ayam goring kunyit dan tom yam. Masya Allah sedapnya :)
Selamat mencuba ya.
Hari-hari buat pun anak suka :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan