Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 23 Jun 2009

Perihal Rumah

Zaila nak cerita sket pasal rumah ni..kalau uols xtahu, meh nak bagitau..Zaila & hubby sekarang ni memang dok usya carik rumah untuk dibeli kat area umah kami sedang menyewa ni (Berjaya Park, Seksyen 32, Shah Alam)..dah banyak jugak r rumah yang kami g tengok & rata2 kami berkenan sebab of course dekat ngan tempat keje pastu rumah pon agak ok (double storey 20x70), walaupon rumah yang dah diduduki atau xder orang duduk, bagi kami yang masih xberkemampuan untuk beli rumah baru siap (yang rata2 harga mesti RM250k ke atas) so pilihan kami adalah rumah yang sudah siap & diduduki (tapi tengok keadaan juga)..

Rumah Pertama:
Kami g tengok umah ni last week, rumah ni xberpenghuni sejak dah siap lagi..semua kosong, api air xder, gril xder, pendek kate macam nak masuk rumah baru..keadaan rumah masih baik lagi kecuali dalam bilik atas lantainya agak rosak sebab bocor (tapi sudah dibaiki)..master bedroomnya agak luas..hubby & me sudah fall in love with this house..harga dia letak RM195k..hari ni Zaila mintak tawar RM185k since lantai rumah tu ade mengalami kerosakan..terus ejen tu cakap already sold last friday RM190k!!

Rumah Kedua:
Sehari selepas tengok rumah pertama, kami g tengok rumah kedua, lokasi agak kebelakang dari rumah tersebut..memandangakn lokasi agak dekat ngan office, kami g waktu lunch..rumah ni rumah kosong tapi pernah disewa so agak kotor sedikit..kipas, lampu, api, air & grill semua ader..Zaila raser ok tapi hubby xberkenan sangat sebab dia noticed beberapa rekahan kat atas rumah (ya, suamiku seorang yang particular person)..harga ditawarkan RM190k, tapi kami minta tawar RM185k terus ejen cakap that house already sold!!

Rumah Ketiga:
Kami g tengok keesokan harinya, juga berdekatan ngan rumah kedua..rumah ni ada penyewa (owner)..keadaan rumah memang in good condition, owner seorang bujang yang cermat dalam menjaga rumah..keadan rumah pon agak sejuk, ada air-cond kat bilik master bedroom, kipas, lampu, grill semua lengkap..belakang rumah pon sudah disimen supaya lalang2 tidak tumbuh merata..harga juga RM190k dengan owner bagitahu dia akan tinggalkan aircond tapi akan cabut lampu & kipas..kami betul2 berminat dengan rumah ini..tapi setelah kami proceed dengan lawyer semua..owner bagitahu xnak juallah plak..alangkah frustnyer raser hati..

Rumah Keempat:
akan dilihat pada ahad ini..itupon kalo xder orang yang dah beli rumah itu..

Persoaalannya;-
1. Adakah salah kami meminta sedikit diskaun terhadap harga rumah tersebut??saya cukup xfaham ngan sikap owner yang sedikit pon xnak bagi diskaun, terus kata rumah tu sudah dijual tanpa ader peluang ntok kami berbincang lagi;(
2. Kami akui kawasan ini amat jarang rumah 2 storey yang berharga RM190k..so kami juga maat bimbang jikalau kami membayar deposit 2% sebelum perjanjian dibuat, andai kata loan bank xlulus kami akan kehilangan duit deposit itu..kawan2 ada pengalaman x??maklumlah kami ni keje swasta so mungkin agak susah ntok dapatkan pinjaman rumah walaupon sudah digabung gaji kami berdua
3. Apa pendapat uols, korang rase ejen ader kaitan x kalo rumah tu xjadi dijual kepada kami..maksud Zaila, ejen tu ader mark up lebih x ntok diorang???
4. Zaila banyak berurusan dengan warga C88*, adakah mereka memang berperangai macam tu dengan buyer melayu??sorry to say, Zaila just nak tanya..bukannya Zaila nak tuduh sebarangan..ejen rumah Zaila tinggal ni pon teramat baik orangnya;) tapi dia sudah xdapat dihubungi lagi..sape2 ada pengalaman x???

Zaila berharap moga2 tahun ni kami dapat merealisasikan impian kami untuk mendapatkan rumah idaman kami..xsemestinya rumah tu baru, cukuplah sekadar rumah yang selesa untuk anak2 kami yang sedang aktif membesar ini..so kawan2..bantu Zaila!!!

6 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

alahai sian nyer zaila .. mmg byk dugaan masa nk beli rumh nieh kena sabar byk2

KV berkata...

alahai..sian lak kt zaila. Akak takde pengalaman beli rumah. Nak2 kalo kat kl(lembah kelang). Kalo kt kelate boleh lah tanya kat member2. Huhu..sungguh tak membantu.

Zaila Mohamad berkata...

Kak Diana, KV..huhuhuh..memang sedih sebab bila dah berkenan ngan rumah tu, tetiba xnak jual..nak pegang hargalah tu..huhuhuhu
biler nak dapat rumah idaman ni:(

mrs shaifull berkata...

zaila, beli rumah jgn gopoh2 ok, tgk biar puas hati, dan tanya kengkawan yg sama2 keja ngan awak, maybe diaorang ada xperience beli guna bank loan. ok?

Zaila Mohamad berkata...

ok CT..tulah..nak kn survey betol2 kan??

Jane_doe3328 berkata...

tadok pengalaman laa zaila. my hubby toksey beli umoh lagi. huhuhu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^