Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 9 Ogos 2009

Korang Berapa Kilo???

Gempak jer tajuk entry kali ni yea..hihihihi..Saje je nak kasik uols tertanya2 aperlah yang berkilo2 tu..takder..ni Zaila nak cerita, Zaila asal jer weekend sohih kena buat laundry berkilo2..Mesin basuh kami lak boleh muat sebanyak 7kg jer masa Zaila beli ni kira dah besar dah tu, alih2 sekarang yang 12kg pon dah ade

Hari ni je dah 3 round Zaila mendobi
errr..betol x ayat ni?? Baju anak2 jer dah 2 mesin, baju bapak anak satu mesin baju2 kerje, baju mak anak pn satu mesin, tu belom campur cadar, sarung bantal, kain lap kaki segala..Pendek kate, kalo mesin tu boleh bercakap, sure dah di sound Zaila ni..Seb baiklah mesin tu jenis auto..senang..masuk jer kain2 dalam tu, tekan tekan..then tunggu siap..bile dah siap, bunyilah lagu dari mesin basuh ni..pastu g sidai..senang sangat..tapi bila dah kering, mulalah bertimbun2 atas sofa pasal xsempat nak lipat;p Zaila xsuka lipat kain, basuh kain ok tapi kalo kn lipat kain..aduih malasnyer

Kami pakai mesin ni sudah nak masuk 2 tahun dah..Jenama Samsung..

Memang puas hati ada mesin basuh automatik ni..Bagi Zaila, jenama adalah tidak penting..yang penting cara penggunaan kita..Kalau dah had muatan tu 7kg, janganlah disumbat lagi sampai penuh terus jadik 10kg..kesian kat dia nak putar & pusing (spin)..Selalunya Zaila akan asingkan baju2 anak & bra serta
sotong2 kecil, yang ni boleh basuh guna delicate mode sebab xnak rosakkan bra besi mak;p then baju kerja hubby & Zaila leh guna quick mode pasal baju2 ni xkotor sangat so cepat pon xpe, kalo seluar keje hubby Zaila guna fuzzy mode..biar lama sket..Kalo kotor sangat guna soak mode, rendam ngan Vanish Power, haaaa..kalo selimut & comforter lak pakai blanket mode..kan senang boleh pilih2 ikot kesesuaian fabrik kain & berat..Air pon kita boleh manage samada nak sikit, separuh ataupon penuh..very in the senang you;-)

Alamak, macam nak promote mesin basuh lak gayanya..ader tokoh x??hihihihihi..
Kalo Zaila dah ada anak ramai, Insya Allah nak tukar yang macam ni;-


Tapi xtahulah bila tu..ape2 pon, laundry korang berapa kilo???

9 ulasan:

honeylanz berkata...

8.5kg - Toshiba. leh sumbat comforter gitu..hehehe. antar dobi sehelai comforter rm15 kan?..

Cik Amy Sensei berkata...

salam..

haha..aku masih lom ada mesin basuh maa...tak sampai berkilo2 nak basuh..aku gune mesin tangan jekk...kehkeh

zailamohamad berkata...

Has, Kat area umah Zaila ni baru RM10 ntok satu comforter..tapi kn tgk kedai jugak;)

Cik Amy, dakpe..nanti jangan lupa beli yang auto ya;p

Mrs LVoe berkata...

dulu parents sha beli 10kg tp sha reject sbb umah sha comey cam sha.. so beli 7kg je.

comforter sha anto kat kedai baru cantik dia gosok & lipat ;-)

CT NORAMIZA berkata...

zaila, akak guna yg semi auto je, tu yg byk keja tu :) kalau kilo lak, rasanya 6 round gaklah, so agak2 berapa kilo tu, matila mesin tu ...

Diana@Mama Adam Mukhriz berkata...

kita py jenama samsung juga 6.5 kg ..hadiah wed kami .. smp skrg elok lagie ;-)

jane_doe3328 berkata...

6kg Samsung tapi dah serik nak guna brand nie

Insya Allah kalau ader rezki nak cari Electrolux Front Loading pulak :)

ME berkata...

Me pun pakai 8.5 kg Toshiba .. tapi maid mendobi daily, baju hubby & bra mmg basuh tangan sbb kalau masuk wm cepat luntur

zailamohamad berkata...

Sha, lagipon Sha ngan hubby je kan..xperlu yang besau2;-) kicik2 pon xpe..

Kak CT, dapat bonus tahun ni tukarlah ke auto..senang!!!

Kak Diana, wah..dah berapa tahun tu..kalo pandai jaga mesti tahan lama kan??

Jane, bakpo pulok..samelah, Zaila pon nak beli yang loading kat depan jugak

Me, bestnyer ader maid..kasik pinjam satu hari bole;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^