Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 28 September 2009

Penat Beraya & Makan

Salam lebaran semua
hampir seminggu blog ni bercuti
tuan empunya blog pon masih terasa sakit2 badan lagi pasal terpaksa mengharungi jem
kami bertolak pulang ke kampung pagi jumaat 18/09/2009 (hari tua Zaila) kol 1 pagi
sampai karak jalan traffic dah start slow
so kami pon decide nak balik ikot jalan Jerangau-Jabor
ya Allah..perjalanan yang memenatkan
hampir 12 jam kami berada di jalanan sebelum selamat sampai kat kampung
tapi haritu walaupon penat tapi hati gembira
pasal sempat juga berbuka puasa dengan adik beradik ipar yang lain
cukup meriah rumah mertua Zaila
gambar nanti2 ya!!!
Tahun ni kami beraya di rumah Zaila tapi dalam tengahari kami beraya di rumah suami Zaila
pastu macam biasalah bergilir2
sekejap di Bachok sekejap di Tumpat
tapi mana2 tempat pon best
dikelilingi dengan makanan & suara anak2 buah
paling tak tahan kat rumah mertua Zaila
sampaikan kami tidur bergelimpangan macam askar kena tembak kat ruang tamu
pasal semua bilik sudah fully booked
maklumlah suami Zaila ramai adik beradik & semuanya balik beraya so faham2 ajerlah
memang best bila dapat berkumpul ramai2
sekali masak tu macam nak buat kenduri
nanti Zaila upload banyak resepi2 yang sempat diintai dari mak mertua Zaila
beraya kat rumah Zaila pon seronok juga
walaupon Zaila tak ramai adik beradik tapi dapat berada bersama kedua ibubapa Zaila pon sudah memadai
maklumlah mak Zaila seorang peniaga makanan so kebanyakan masa mak sentiasa di kedai
time raya macam nilah Zaila boleh bersama ngan dia
pendek kata memang best balik beraya di kampung
raya korang macamana???
mesti best juga kan??
P/s : tahun ni takder sapa nak buat open house ke?? sorry tahun ni kami tak buat..nak g beraya rumah kawan2 pula..so paa sape yang buat tu, jangan segan ntok jemput kami;p

9 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

hari tua zaila? hehe.. maknanya birthday zaila ke.. kalau birthday lady ucapkan happy belated birthday..
selesai sudah raya kita.. rasanya minggu ni dah ramai yg mula bekerja..

honeylanz berkata...

masih penat jugak nih.. tp byk keje di opis..mujur mood raya dah kurang..

zailamohamad berkata...

Lady, iya;) dah tua ya Zaila ni..btw, thanks..hari tua mengingatkan Zaila betapa cepatnya masa berlalu..huhuhuhu

has, samerlah has.badan ni rasa sengal2 lagi ni..huhuhuhu..Zaila takder mood lagi ni..huawaaaa!!!

Diana (Mama Adam Mukhriz) berkata...

wah santek bj raya ... dah keje hr nie zai .. kita pun mula keje hr nie .. busy sket ..

Nurhayati berkata...

dapat kumpul semua adik beradik sedara mara mmg seronokkan..meriah rasa. ;)

zailamohamad berkata...

Diana, a'a..hari ni start keje..kepala pon rase weng sket pasal dah lama sangat cutinya;)

Yati, of coz seronok kalo dapat berkumpul ramai2;)

jane_doe3328 berkata...

happy belated birthday!!!

zaila, ambo nok mitok resepi gulai aye nasi berlauk tuh pastu lagu mano nok buat sambal dio sekali deh. mekasih :)

Real Woman berkata...

walaupun tak ke mana,tetap penat jugak raya ni. anyway suka gambar black and white u...sungguh classic!

zailamohamad berkata...

Jane, nanti ambo tepek dalam blog ya!!

RW, thanks..yap, me too..rase macam raya dolu2 aje;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^