Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 3 November 2009

Pengguna Yang Bijak

Salam semua..Hari ni Zaila nak mengarut berbicara tentang menjadi seorang pengguna yang bijak..Dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak berapa memberangsangkan menentu, Zaila rasa kita sebagai seorang rakyat yang tertindas haruslah menjadi seorang pengguna yang bijak lagi cantik!!!
Berikut adalah beberapa perkara yang Zaila selalu amalkan untuk menjadi seorang pengguna yang bijak;) yolah tu!!!
1. Membeli keperluan dapur pada setiap awal bulan - dapat je gaji, zappp terus ke pasaraya yang berdekatan untuk membeli barangan dapur bagi bekalan sebulan..Tapi selalunya Zaila akan dahulukan keperluan anak seperti membeli diapers & susu untuk keperluan di rumah & nursery mereka..Pastikan kita membuat list dahulu perkara yang ingin dibeli supaya tidaklah kita tertinggal nanti!!! Kang jadi dua tiga kali pula dok berulang alik ke pasaraya..bukankah itu satu pembaziran masa, minyak petrol & tenaga namanya tu???
2. Sentiasa membuat perbandingan harga - Yap, itulah yang Zaila selalu amalkan..Contohnya Zaila menggunakan jenama Dynamo untuk kegunaan seharian, selalunya Zaila akan ada satu harga piawai iaitu harga semasa promosi (lebih kurang antara RM19.90 ~ RM21.00), so jika Zaila dapati pasaraya yang Zaila kunjungi tu harganya mahal (normal price selalunya RM27.00 bagi 4.7kg Dynamo), Zaila tidak akan membelinya..So bila kami terserempak terjumpa ngan sale, kami terus membeli dalam kuantiti yang banyak..Contoh yang lain pula, katakanlah Zaila suka beli jenama A untuk lampin anak Zaila tetapi bila dibandingkan dengan jenama B (harga sama atau beza 1/2 sen) tapi jenama B menawarkan hadiah percuma bekas kedap udara untuk pembelian 2 barang jenama B..Owh sudah tentulah Zaila akan membeli jenama B!! Bagus apa, dapat bekas letak biskut secara percuma lagi;P Sebelum tu pastikan juga kualiti jenama B setaraf ngan jenama A juga^_^

3. Beli barang yang berkualiti - Yap, Zaila suka membeli barangan yang ada jenama, contohnya seperti untuk sabun pencuci pinggan Zaila gunakan Axion, sos cili Zaila gunakan jenama Kimballs, budu jenama ketereh (nak juga cakap) & banyak lagi..Bukan apa, Zaila pernah beli barangan tiruan seperti jenama pasaraya X, Y atau Z tapi selalunya barangan mereka kurang bermutu & menimbulkan kesan yang tidak memuaskan..Contohnya sabun pencuci pinggan, tak sampai seminggu pon sudah habis pasal struktur sabun tersebut yang terlampau cair hingga membuatkannya cepat habis!!! Tapi tak semua barangan mereka tidak bermutu ya..sebab tulah pentingnya konsep trial & error di sini;) Kalau rasa macam tak elok, bolehlah HARAMkan diri dari membeli barangan tersebut!!

4. Membeli di pasaraya yang berdekatan dengan rumah - Dulu, kami selalu ke pasaraya Tesco untuk membeli barangan dapur tapi sejak susu kat situ melambung naik, kami lebih senang berbelanja di Econsave sahaja..Kalau setakat berbeza harga sebanyak satu atau dua sen sahaja, Zaila rasa baik berbelanja dekat dengan rumah sahaja kerana kita sudah boleh jimatkan duit minyak & tol!! Tapi jika ingin berbelanja dengan kuantiti yang banyak dan perlukan banyak pilihan, haaaa bolehlah ke pasaraya Giant, Tesco ataupun Carrefour (tak sabar nak tunggu Carrefour Bukit Rimau siap!!)

5. Belilah barangan buatan Malaysia - Tak dinafikan ramai rakyat Malaysia yang suka membeli barangan import kerana kualiti barangan yang ditawarkan, tapi Zaila rasa barangan jenama tempatan juga tak kurang hebatnya..Jadi, sokonglah barangan buatan Malaysia!!!~~tak tahu nak goreng apa dah, otak blank, ngantuk~~

Hermm..rasanya banyak lagi cara untuk menjadi seorang pengguna yang bijak..Kawan2 semua macamana??

10 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

barangan malaysia pun ada yg berkualiti...
zaman dah berubah, dunia dah maju.. teknologi malaysia pun dah canggih..
so, meh kita reramai sokong barangan tempatan.. kempen skit..wakaka..

CT NORAMIZA berkata...

betul tu zaila, mmg dpt gaji je terus zasss beli brg umah masa weekend tu lah. termasuk keperluan rifqy sekali, senang kan camtu? akak selalu beli kat jusco je, sbb suka collect point. :)

Nurhayati berkata...

bagus la wat checklist kan..supaya kita beringat.. ai pun sama.. dapat gaji terus tolak siap2 nak bayar segala bil2 dan utang.. pastu lebih tu sendiri mau ingat hehe

zailamohamad berkata...

Lady, betol tu;)

Kak CT, Zaila pon suka juga shopping kat Jusco tapi selalunya bila beli baju untuk anak2 r beli kat situ, kalo barang runcit suka beli kat Econsave je;)

Ami berkata...

semestinya budu cam Ketereh ;p
buat grocery kalau tade list mmg,bkn takat ade bende tertinggal,barang tade dlm list pon byk angkut sekali hehe

chun berkata...

huhu..saye adelah org yg selalu beli brg yg xde dlm list..kesimpulannye, jgn gi mall!

honeylanz berkata...

has pun jenis suka wat list. pastu brg2 yg dibeli n dah masuk fridge pun has tempek list note kt luar fridge. sbb takut x igt!

zailamohamad berkata...

Ami, hihihihi..kak ila pon slalu gitu..barang ada list bila awal bulan jah, pahtu slalu singgah pasaraya bawa jalan Haziq & Ameera, kalu dop diorang taknak masuk rumah..faham2 jelah kalo dah namanya singgah, haruslah barang yg xder dalam list pon terangkat sekali;P

zailamohamad berkata...

Chun, hihihihi..kalo diri cukup berdisiplin boleh tak buat list..macam Zaila ni..hampeh ajo;P

zailamohamad berkata...

Has, bagusnya!!! Nanti zaila praktik jugalah macam tu, bila dah guna bolehlah kita zasss kat list tu ya;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^