Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 19 November 2009

~~Warehouse Sale~~

Haritu, Akak CT ada menyuruh bertanyakan tentang warehouse sale yang akan datang kan?? Haaa..ni ada beberapa jualan gudang yang sempat Zaila cari;-

1. Pureen Warehouse Sale (21~22/11/2009)

Nak tahu lebih lanjut, klik sini
Zaila pernah pergi tahun lepas & memang berbaloi beratur selama berjam2 untuk membayar sejumlah RM150 tapi untuk berbakul2 barangan anak2 seperti pakaian, pampers, mandian, wet tissues, botol2 susu & macam2 lagilah!!!
Tips Zaila nak kongsi;- make sure sampai di sana seawal mungkin (susah nak dapat parking) & kalau boleh tak payah bawa anak2 kecil..Bukan ape, kesian kat diorang pasal kat situ punyalah ramai umat manusia & tersangatlah panas..so kalau boleh, tinggalkan aje mereka di rumah atau nursery agar mereka dapat bermain dengan riang;)

2. Baby KIKO Warehouse Sale (19~22/11/2009)

Klik sini for more info..Yang ni Zaila tak pernah pergi tapi mengikut kata kawan Zaila, bagus juga baju2 yang dijual di sini cuma nak kena pandai pilih jugalah!! Tips : Ambil cuti (semata2??) dan pergi awal pagi lagi bagi memastikan kita dapat memilih pakaian yang terbaik..haahaahaa!!!

3. ZARA Warehouse Sale (26~29/11/2009)

Baca sini untuk tahu lebih lanjut;P Yang ni Zaila tak pernah pergi cuma dengar2 macam nak kena berebut je..Isy, tak sukalah kalau macam tuuu..

4. ISetan Year End SAle (20/11/2009~03/01/2010)

Baca sini..Herm, yang ni macam best je..Ade sape2 nak ajak Zaila g tak??^___^

5. Padini Group Fair Sale (10~21/11/2009)

Klik sini..Zaila ada kad Padini..hihihihi..ade sape2 nak guna tak???

ACtually ada banyak lagi..Kalau nak tahu lebih lanjut, masuk sini..Ermm..ada sesiapa pernah p warehouse sale selain yang di atas tak?? Apa pandangan kawan2 tentang jualan gudang ah?? Membantu atau membuatkan kita makin membazir??

7 ulasan:

CT NORAMIZA berkata...

zara tu mcm best je kan zaila, akak ingin nak beli tops ni, :( huhuuu dah x dak baju nak pakai, x cantek dah, kalau zaila pegi, blh kirim :)

btw thanks sbb buat n3 ni

CT NORAMIZA berkata...

zaila, nak bgtau 1 benda ni, zaila lg comel pakai tudung yg mcm kat fb profile tu, nampak sweet la, ikhlas ni tau

zarin berkata...

pernah pegi zara sale tp frust bangat sbb tk dapat masuk :(
ingat dah dtg p pompuan2 lain lg awal. penat sgt kena beratur lama gilos so last2 pi mkn :)
tk masuk pun

Lady of Leisure berkata...

hiihi..
wah shopping2 ni best ni zaila.. hujung tahun slalu ada slalu mcm ni kan..
to be jualan gudangni bagus gak sbb banyak diskaun.. apa salahnya grab the opportunity kan..

zailamohamad berkata...

CT, iya ke kak?? tapi TR tu mahal r..huhuhuhu..ni yg semangat nak shopping TR ni;)
Saya tak tahulah nak p ke tak..hujung2 bulan ni..ermm..nak kn pujuk sang suami ni;P

Zarin, iya??sampai macam tu sekali??

Lady, shopping memang best kan;)

AYUKIRANA berkata...

apa2pun kena wat list zai & then stick to da list...tp aku, even jualan gudangpun, pd aku abis gak duit aku, huhu..sbb slalu beli yg terlebih2, xde dlm list pn aku beli....asyikkk :) hehe...

zailamohamad berkata...

Ayu, of courselah..ingat masa dolu2 kan, bila g shopping kat Mines mesti masing2 sibuk nak tahu hasil rembatan kan..rindunya zaman dolu2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^