Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 9 Disember 2009

J-Card Sale, Ikan Patin & Banjir Kilat!!!

Macam rojak je tajuk entri Zaila kali ni kan? Hihihihi..Zaila rasa banyak hari jugalah Zaila tak update tentang kegiatan menghabiskan duit aktiviti Zaila semasa hujung minggu yang lepas kan?? Sorry for the long silence, being bug with tons of work & some mental damage this whole week..hahahaha..yolah tu!!

Kita start dari hari Jumaat yang lepaslah ya..Seperti tajuk di atas, J-Card day di Jusco Bukit Tinggi, Klang..Maaf ya pasal Zaila tidak mengwar2kan di dalam blog sebab tak nak ramai orang tahuHahahaha, keji tak??Actually, hubby ajak Zaila ke sana untuk survey basikal untuk Haziq padahal dah tahu Jusco tak jual basikal, sebagai isteri solehah..haruslah ikutkan aje kan;P
Habis kerja, kami terus ke sana..punyalah semangat tu, anak2 pakai baju tidur je pasai mak pak depa tak sabar nak p shopping..Sampai Jusco, terus naik ke bahagian kanak2 cari basikal, sohihlah takde kan;P so kami terus turun solat Maghrib, makan jap & Zaila pujuk rayu hubby agar membeli baju kerja masa time sale ni pasal kami golongan tak punya uwang yg banyak so kena shopping masa sale yang tipu pengguna supaya swipe cc mereka
Huh!! dahle ramai orang+panas+anak2 meragam, pendek kata cukup lengkaplah!! tapi mama kami cukup bersemangat waja tuuuu;p
Malam tu balik rumah tidur kehappian^___________^

Hari Sabtu pula, kami ke Giant meneruskan hajat untuk membeli basikal buat anak lelaki kesayangan Haziq, Alhamdulillah, pencarian berakhir dengan terbelinya sebuah basikal 4 tayar kaler biru kuning..Bukan main suka lagi mamat tu..Memula agak kaku juga tapi lame2 oklah tuuu..Then kami terus ke rumah BIL Zaila di Kajang, macam biasalah kalau acara pertemuan anak beranak, mestilah ada acara makan2 menggemukkan yang sedap kan?? Antara menunya adalah ikan patin masak tempoyak yang sehingga ke hari ini masih terasa lagi lemak kesedapan ikan tersebut yang masih segar dari kolam..Ikan patin ni actually SIL Zaila bawa ikan tu all the way from Kelantan..Memang berselera kami makan!!! Kaum lelaki pula biaserlah, malam minggu tu layan tengok bola, pukul 12 baru kami balik ke Shah Alam..

Ahad pula, kami takde buat apa2 aktiviti except petang tu g Ampang rumah bff Zaila yang bertunang..Sorry pasal takde gambar sebab masa tu majlis dah tamat & Najwa pun dah tukar baju mesti Nani marah ni..Sorry ya semua!!

Ameera nangis guling2 nak naik basikal abang Amirul

foods are really yummeh!!

Hari Isnin, macam biaserlah keje dengan mood yang tak happy;p

Selasa, macam biasa juga kerja cuma hari ni kawasan depan office Zaila dilanda banjir kilat yang ke entah berapa kalinya..Syukur kali ni tiada kereta yang terkorban pasal Safety Dept. dah warning awal2 pada sape2 yang nak ke site & tinggalkan kereta kat luar haruslah meninggalkan kunci kereta mereka pada pondok guard supaya kereta mereka tidaklah tenggelam jikalau berlakunya hujan lebat..

Tak tahulah apa puncanya..agaknya sistem perparitan yang tak betul kot..geram juga tiap kali hujan lebat mesti naik air..Naseb baik, sekejap je air tu surut..kalo tak..haruslah kami bermalam di office malam ni..huhuhuhuhu;(

Gambar dari tingkat 2 bangunan office Zaila

Btw, boss Zaila baru balik dari Amsterdam & Denmark..Mereka ke sana atas urusan kerja & one of them belikan Zaila FM, kasut comel dr Holland, chocolates (Ferrero Roche, Toblerone & Tulips Choc), & small bag ada tulisan Amsterdam..Cool isn't it?? Makin bertambahlah koleksi FM Zaila..Paling best bila haritu juga Zaila dapat FM Bali yang diberi oleh member blogger Zaila yang baik hati iaitu Eila..Thanks ya Eila, moga murah rezeki Eila & family;) Siap bagi kopi dari Bali lagi..Zaila rasa sungguh bertuah!!


Oklah, tu je laporan aktiviti kami yang tak berapa nak berfaedah tu..Esok macam biaserlah kerja macam biasa & lusa juga hari bekerja..Tak sabar mahu tunggu hari Jumaat!!

11 ulasan:

zarin berkata...

sedapnya ikan patin..sebenarnya zarin baru 1st time mkn ikan patin masa pi kuantan hari tu..
eh eh, fm bali tu pun zarin ada..beli masa pi sana last yr tp dah byk patah riuk dah di buat hasya...btw, best dpt fm free espc dari boss kan!

honeylanz berkata...

makin bertambahla koleksi fm zaila... has minat gak..tp limited sbb blh tempek side tepi aja..dpn glass.. :(

CT NORAMIZA berkata...

waaa menakutkan je tpt parking kena banjir

zailamohamad berkata...

Zarin, sedap kan ikan patin tu..owh, FM Zaila pun banyak yang dijahanamkan oleh anak2 Zaila juga..huhuhuhu

Has, Zailapun tepek kat tepi pasal tak nak Ameera main..setakat ni Alhamdulillah she doesn't notice yet..hihihi

CT, a'a..ngeri kan..

Lady of Leisure berkata...

zaila.. lady suka makan tapi tatau knp tak leh makan ikan patin agaknya sbb lady tak suka ikan air tawar kot..tapi org kata ikan patin ni sedap wat masak tempoyak gitu kan... lady tgk org makan best jer nampak sedap sangat tapi bila makan sdiri tak leh telan la pulak..

:: vErde+hAzizi :: berkata...

aaaaa..cantik nye yg ship holland tueeeeee!!!
i belom ade yg itu...hmmm kene target sape2 nk g holland nt...hehehhe

zailamohamad berkata...

Lady, mungkin Lady rase loya kot..kadang2 ikan patin ni berbau hanyir kan?? cuba goreng pula, pasti sedap!!

Verde, haaahaahaaa..carik jangan tak carik!!

che'puan Idot berkata...

haaa amboi, ni nak marah!
lenkali apa sahaja sale bagitau la!
boleh laga-laga montot sekali!

thezaila berkata...

Hi Zaila.. Me too.. got the invitation as well.. and Probably will be there.. See you.. OMG.. i am sooo excited....

N A N I E berkata...

Suka gak kalau ikan patin goreng..tetambah yang panas panas hehe sedap..sukanya FM Zaila..comel!

zailamohamad berkata...

che'puan Idot, hahahahaha..saje je tak nak you habis duit;p

thezaila, yap..see you there..jangan malu untuk tegur2 Zaila ya..

Nanie, sedap kan..Zaila baru ada sket je FM, tupon banyak hancus dek kerna budak2 ni;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^