Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 8 Disember 2009

Insiden KB Mall & Keinsafan

Malam Ahad lepas, sambil2 lipat kain tu Zaila ada menonton Buletin Utama..Terkejut juga bila tengok berita tentang insiden yang berlaku di KB Mall tu..Al fatihah buat mangsa2 yang terlibat..Betapa Allah lebih menyayangi mereka & Alhamdulillah perginya mereka dalam keadaan syahid kerana mereka masih lagi pelajar jurusan kejururawatan Master Skill..Semoga Allah tempatkan roh mereka bersama orang2 yang beriman..Amiinn..

Malam tu Zaila tak dapat nak lelapkan mata sangat..Mulalah terfikir betapa sementaranya kehidupan kita di dunia ini..Pasti suatu masa nanti kita akan dijemput pulang oleh Nya..tapi, saat itu adakah kita sudah bersedia?? Adakah sudah cukup amal di dada kita???Huhuhuhuhu..Kalau jawapan Zaila, sudah semestinya masih banyak lagi yang perlu Zaila cari & beramal lagi..Memang takut bila fikirkan tentang mati kan??

Sejak sebelum raya haji lagi Zaila dihujani dengan berita kematian ahli keluarga staff office Zaila, anak kepada kawan Zaila & terbaru insiden di KB Mall tersebut..Memang Zaila tidak kenal mereka secara personal tapi kejadian sebegini membuatkan sedikit sebanyak dapat memberi keinsafan kepada Zaila & kita semua kerana betapa kerdilnya diri kita..Ajal akan menjemput kita walau di mana juga kita berada..Pendek kata macam tengok movie "Final Destination" kan, cuma yang bezanya cerita itu mereka sudah tahu bila mereka akan mati (tanpa mengetahui macamana caranya)!!

Herm, panjang pula ceramah islamik Zaila ni ya..Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca sini..Perasan tak dalam video yang dimuatkan tu, ada ramai orang2 yang perasan berlagak seperti paparazzi luar negara..sibuk dok ambil gambar segala..Bagi Zaila, mereka ini agak menyibuk & tak sepatutnya perkara ini terjadi..Memanglah masing-masing berlumba2 untuk mengambil gambar & video untuk dimuatkan di dalam blog/website masing2 tapi tidakkah mereka fikir yang cara mereka ini agak tidak kena?? Zaila rasa macam mereka ni mengganggu tugas2 mereka yang bertanggungjawab seperti kakitangan kesihatan, polis & juga bomba..Kalau niat mereka (read:paparazi tak bertauliah) itu baik (ingin menolong) takpe tapi dikhuatiri kehadiran mereka boleh menyemakkan mengganggu tugas2 mereka yang bertanggung jawab..

Jikalau Zaila sekalipun yang berada di tempat kejadian, Zaila tidak akan berasak2 ke depan semata2 ingin mengambil gambar mangsa..Mak takut youuuuu..tengok berita malam tadi pun, Zaila dah lemah semangat..Nampak darah tuuu..Patutlah Zaila tak boleh jadi doktor..rupa2nya lomah semangat!! Bercerita lagi tentang mereka yang suka mengambil gambar mangsa2 kemalangan seperti kejadian di KB Mall tersebut dengan niat untuk dijual atau dipertonton kepada umum melalui cara email atau seangkatan dengannya, Zaila rasakan perbuatan ini adalah cukup tidak bermoral kerana ianya seperti kita menjaja aib si arwah dengan menayangkan rupa mereka yang terlinbat dalam kemalangan ituuu..Zaila cukup cukup tak suka jika menerima email gambar2 kemalangan yang berlaku dengan menunjukkan gambar mayat terputus dualah, mata terjojol keluar & sebagainya..Memang Zaila akan terus delete email tersebut tanpa melihatnya..Cuba kita bayangkan jika gambar tersebut merupakan ahli keluarga kita (atau kita sendiri:na'uzubillah), apa kita rasa?? Mseti kita sedih & kecewa kan??

Cukuplah sekadar kita ambil kejadian yang berlaku sebagai panduan agar kita lebih berhati2 & peka dengan keadaan sekeliling..Bukan mahu mengaku Zaila ni baik, cuma tak dinafikan Zaila betul2 insaf dengan kejadian ini dan mengambil iktibar dengan mensyukuri segala nikmat yang kita ada..Alhamdulillah, setakat ini Zaila masih mampu bernafas & hidup dengan aman di bumi Allah yang maha kuasa ini..Semoga kita semua senantiasa akan berada di bawah lindungan ALLAH SWT

Buat mereka yang baru sahaja kehilangan orang yang tersayang, semoga tabah dalam mengharungi segala dugaan & ayuh bangun teruskan perjuangan hidup ini..Buat kita semua, hargai apa yang kita ada & sentiasalah menginsafi setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini kerna pasti akan ada hikmah di sebaliknya..

5 ulasan:

honeylanz berkata...

ye.. bila baca berita mcm ni..insaf. kita xtau bila turn kita..

zarin berkata...

betul tu zaila...sedih dengar berita that 2 girls kat kb mall tu..
zarin pun sama...takut betul bila tengok darah..boleh pengsan la..

Lady of Leisure berkata...

alfatihah untuk mangsa dan takziah untuk keluarga mereka.. kesian sangat tgk gambar tu.. :(

*gorjesmum* berkata...

al fatihah...sedih kan..ajal maut di tangan tuhan kita tak tau bila tiba giliran kita

puan.farah. berkata...

tu la..gerun tengok dalam berita kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^