Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 1 Januari 2010

Tag : Menggamit Kenangan 2009

Nak buat tag dari pemilik blog ini;-

1. Apakah peristiwa-peristiwa yang menarik berlaku pada bulan :

Januari - of course dapat bonus 2008
Februari - melahirkan blog ini;-)
Mac - purchase my first TR
April - hujung bulan g Phuket
May - Cuti hari buruh;p
Jun - Balik kampung??
Julai - Birthday my little gurl Ameera
Ogos - sign agreement jual beli rumah kami
September - raya kat kampung + Bonus Raya;-)
Oktober - piala Malaysia yang Kelantan kalah dengan N9
November - jumpa Kak Na
Disember - Bonus hujung tahun & birthday Haziq

Nampak sangat Zaila tak ingat segala peristiwa yang sudah berlaku sepanjang tahun ni kan;p tapi seb baik ada blog, so Zaila boleh recall balik apa kenangan2 penting yang telah berlaku tahun ini..so apa lagi, ayuh kita berblog sesama;-)

2. Peristiwa yang tidak mungkin dilupakan di tahun 2009?

Zaila rasa bercuti bersama hubby ke Phuket (tupon kompeni taja huhuhu)

3. Peristiwa yang amat memalukan di tahun 2009?

Rasenya tak de kot tapi kalau buat sesuatu yang memalukan tu biaser ah!!

4. Peristiwa yang menyedihkan di tahun 2009?

Sedih bila kena marah dengan bos, tapi dari situ Zaila dapat menilai balik kelemahan diri ini

5. Peristiwa paling menggembirakan anda?

Sudah tentu apabila sentiasa mendapat hadiah dari si dia (rantai emas, notebook, broadband yang ditaja, kamera digital, handbag & the list go on..thank you yang!!)

6. Wishlist untuk tahun 2010?
Of course mahu menjadi seorang berjaya kan..Actually Zaila nak ubah diri Zaila agar lebih pandai dalam menguruskan masa & badan sekali..hahahaa;-)

7. Azam tahun 2010?

Mahu berjayalah!!! dan kurus juga!!

8. Umur anda di tahun 2009?

27 ek??

9. Last sekali, sila tepekkan gambar anda di awal tahun & akhir tahun ini

rase2, makin tembam atau kurang tembam atau sama tembam??

10. Aku nak tag..

Semua pembaca blog ini yang rajin nak buat tag ni;-)

7 ulasan:

maya amir berkata...

aramak..kene buat ke? heheh...happy new year zaila:)

zarin berkata...

sama je rupanya dari awal tahun ke akhir tahun...
anyway, happy new year and may all ur wish come tru

Aida Narina berkata...

happy new year dear and wishing u a great 2010 :) insyaAllah, a for a better year of happiness and health

Lady of Leisure berkata...

wow zaila bestnya tag ni nanti lady nak buat ekeke...

kak ina kl berkata...

salam..insyallah kita jumper di sana ek..

Lovely Emy berkata...

akak.. :)

selamat tahun baru.. semoga kita semua sukses selalu.. :)

zailamohamad berkata...

Maya, happy new year!! kalo rajin buat ah!!

Zarin, same to youuu

Aida, thanks!!

Lady, cepat buat sebelum basi

Kak Ina, see you tomorrow

Aimi, selamat tahun baru buat Emy juga!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^