Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 20 Februari 2010

Ameera & Haziq

Salam semua, selamat berhujung minggu!!
Lama dah Zaila tak bercerita tentang anak dara & anak bujang Zaila ni kan? Al-maklumlah asyek busy bercerita pasal kedai Zaila aje;) sampaikan ada yang sudah naik bosan membacanya;D
so kali ni Zaila nak mengomel tentang anak dara Zaila yang sorang tu pula;)
Hari ni genaplah berumur setahun 7 bulan & 2 minggu. Perkembangan?? so far, budak kecik ini tersangatlah ganas & suka membuli abangnya. Paling petah mengajuk percakapan kita & perkataan paling jelas sekali keluar dari mulut dia adalah "Apa"..Sket, sket mesti nak cakap 'Ape??", jenuh jugaklah nak menjawabnya;)

macam muka mama tak??

By the way Amirul Haziq dah masuk 3 tahun 1 bulan & 4 minggu dah!! Dulu bukan main semangat kalau nak ke sekolah tapi lately dah macam kurang tapi masih excited to go because he do have lots of friend there;) His best friend is Aiman, Ain, Adam, Tasnim tapi yang paling dia suka sebut adalah Daim lah..heheheee..Agaknya best friend Haziq kot!!
Haziq ni ada penyakit "hantu pasaraya" sket, bayangkanlah tengok aje Tesco, mengamuk nak pergi Tesco, nampak aje Giant nak g Giant, nampak aje Jusco especially Jusco Bukit Tinggi, mesti mengamuk nak g sana, FYI dia dah hafal jalan kat situ so memang cari nahaslah kalau kami saja2 lalu depan pasaraya tu. Paling "best" pula bila Carrefour Bukit Rimau dah siap & dah dibuka pon, heheee..habislah kami memandangkan itu memang laluan kami kalau hendak ke mana-mana..Paling "best" lagi bila dah start pindah nanti pasai hari-hari nak kena lalu depan Econsave..Habislaaaaaaaaaaaaahhhhh mama!!!

Alhamdulillah, sekarang ni setiap kali habis kerja Zaila & hubby terus g ambil diorang & terus balik rumah!! Tak koser dah nak bawa diorang jalan-jalan pusing satu Kota Kemuning dah sebab tak tahan nak dengar rayuan Haziq nak g K4..heheehee..seb baik dia ok, pujuk dia masuk rumah tengok Ninja Warriors kat TV9 tuu;D
memang macam muka papa dia;)

Bila nak bagi diorang adik baru?? Huhuhuhuhu..tunggulah dulu ya!!

11 ulasan:

sisdee berkata...

zaila cute ur kids...

ur son perangai sijibik cam my doter...dia adalah sgt suke....gi mana2 pasar raya.....tesco..jusco dah mcm umah dia jek..suke2 nk pgi..
klu balik kg lak..pasaraya yang biasa2 tu punnn dia nk gi alasan nk beli yakult..bole?? :(

Tanpa Nama berkata...

salam zaila. memang budak2 cerdik suka tanya soalan kenapa n apa.kadanag susah juga nak cari lojik pada soalannya.cucu2 auntie macam tu juga kalau lalu shopping malls/kfc nak pergi .auntie jawab auntie tak ada pitih/kedai tutup. dia jawab pergi bank ambil duit.mereka ingat semua duit dlm bank kami punya...he..he..
kenapa haziq sedih sangat tu...

Mag berkata...

huhuhu..memang sebijik muka husband kak ila

Tie HT berkata...

owhh..semuga cepat2 dapat adik baru eks haziq..hehe

Zaila Mohamad berkata...

Sisdee, thanks!! anak2 you pon apa kurangnya, mesti sama cute macam mama diorang juga;)

Agaknya perangai bebudak memang macam ni kotlah kan..pantang nampak pasaraya mesti nak masuk

Zaila Mohamad berkata...

Untie Meriam, kalau ngan Haziq dia tak faham lagi kalau bagitahu pasaraya tutup, memang kena tahan telinga ah dengar dia melalak tapi selalunya kejap aje;)

Zaila Mohamad berkata...

Farah, tulah pasal..nya copy sebutir sebutir muka papa dia;)

Zaila Mohamad berkata...

Tihara, not for now..haahaaahaa..2 orang pon ai dah fenin nak handlenyaaa

maya amir berkata...

zaila, u know what.. i thot u belum ade anak.. nmpk muda gitu:) heheh..

Zaila Mohamad berkata...

Maya, ahaksss..kena tempias dari Maya kot;D

Lovely Emy berkata...

comel nya anak akak, suka nya tgk.. :))

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^