Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 2 Februari 2010

Shawl Cantik Murah


Tumpang lalu iklan kedai ambo jap deh, sila klik sini

Salam Monday blues semua, ke mana korang semua bercuti?? Zaila ada di Shah Alam je tapi setiap saat penuh dengan aktiviti yang memenatkan!!

Hari ni pun rase macam malas & tak semangat ntok kerja sebab rase macam nak qada tidur aje;p
Well, hari Sabtu lepas pagi2 lagi Zaila ke KL untuk cari stok kedai alam maya Zaila tu silerlah beli ya Sudahle tak biasa dengan jalan kat situ, sesat & jalan jauh dengan anak (ya terpaksa bawa 2 orang makhluk kecil tu sebab nursery tutup) dengan tak makan sarapan~~sugguh azab ok~~

Petang tu bergegas pula ke KLIA untuk jemput mak mertua..Pulang ke rumah duduk sekejap then kami ke Aeon Bukit Tinggi pula tapi MIL tak ikut sebab adik ipar Zaila ada kat rumah temankan (bertuah punya menantu kan??). Kat situ cerita sedih lagi, maklumlah pukul 10.30 kami masih berada di sana shopping barangan dapur then bila nak balik ke tempat parking (basement) tapi terkejut beruk sebab semua pintu dah tutup so takleh nak keluar, naik atas balik rata2 semua pintu dah tutup..Sudahle hari Sabtu hari tak ada plastik beg, nak angkut satu2 penat so splitlah ngan hubby (dia p cari kereta, while me ngan kids tunggu kat luar bersama barangan)..Kesian kat hubby 2,3 kali juga keluar masuk cari pintu yang dibuka sambil mulut menyumpah tak habis. Kat luar pun kesian juga sebab rata2 tempat bayar parking tak terima duit kertas, kalut ributlah diorang cari syiling..haaa masa ni baru tahu betapa bernilainya duit syiling ni kan?? Dalam pukul 11.30 kami sampai rumah, badan memang penat & terus tidur (kesian MIL & tetamu, tuan rumah takdan nak layan)

Kalau MIL ada kat sini, telefon MIL mesti tak berenti berbunyi..Maklumlah ramai anak yang bekerja di Selangor ni, Shah Alam ada, Kajang ada, Puchong ada, Gombak ada, Jalan Duta ada, Cheras pun ada, tu tak kira lagi yang di Kuala Selangor & Karak lagi;0 Masing2 berebut nak ambil MIL ke rumah mereka tapi of couselah kami yang dapat dulu sebab kami bermurah hati ambil MIL di KLIA. So semalam saje bawa MIL ke bandar Shah Alam, pusing2 habiskan duit..Sempatlah merembat baju sepasang dua;) Petang tu kami ke UIA pula hantar adik ipar then terus balik ke Shah Alam. Sepanjang highway NKVE hujan lebat giler sampai hubby tersalah ambik jalan ke Ipoh, seb baik cepat sedar & pulang ke pangkal jalan..hihihihi..

Malam tu abang ipar Zaila yang stay kat Kuala Selangor datang ambil MIL so mungkin seminggu MIL akan berada di sana..Pastu tak tahulah giliran siapa pula?? Tapi yang pasti hujung minggu kami yang akan datang mesti cukup busy dengan aktiviti kekeluargaan..Tu tak termasuk lagi bazaar yang Zaila join tu, banyak lagi barang yang Zaila kena cari..huhuhu

Aper2hal, selamat bekerja semula^___^

6 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

cantik selendang tu zaila.. lilit dua kali sure lawa kan mcm yuna gitu..
:)

Tihara berkata...

saye dah lame tk pakai tudung jns ni..pemaleh saye ni..

zarin berkata...

tkpe...bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian :)

zailamohamad berkata...

Lady, cantik kan;)

Tihara, sekarang femes tudung jenis awning, tak yah nak gosok2 dah

Zarin, moga masin mulut Zarin tuuu

N A N I E berkata...

sweet sangat tudung tuh..cantik!
Semua bermurah hati nak jaga MIL Zaila..

Alhamdulillah dapat anak anak yang baik..:) Sejuk hati dia :)

zailamohamad berkata...

Nanie, jangan lupa berkunjung ke booth zaila 27 & 28hb ni nanti ya;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^