Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 17 Mac 2010

Cuti Sekolah, ke mana kamu??

Waaah, bestnya sekarang ni cuti sekolah tapi Zaila tak dapat cuti pon;( Maklumlah kami ni kerja swasta & anak-anak pun masih tidak bersekolah lagi so tak ada gunanya kami nak sibuk-sibuk bercuti juga padahal takut duit habis!! tapi Zaila percaya ramai di antara kawan-kawan Zaila yang sedang bercuti atau menikmati percutian di mana-mana tempat yang menarik ayat macam karangan budak sekolah aje

Teringat kenangan masa muda dulu sekarang dah tualah ya, kalau cuti sekolah kakak Zaila akan bawa Zaila berjalan-jalan ke KL. Masa tu kakak Zaila menetap di Ampang so di antara tempat-tempat yang menarik pernah Zaila pergi adalah Zoo Negara, Taman Burung, Tugu Negara, Jalan Tunku Abdul Rahman & Menara Kuala Lumpur. Kira bestlah tu dapat pergi tempat-tempat macam tu..hehehehee

Tapi sekarang, dah lama Zaila tak pergi ke sana..Teringin juga nak bawa anak-anak Zaila tapi rasanya diorang masih muda tak layak lagi kot;) so apa kata Zaila just bawa mereka berjalan-jalan di shopping mall sahaja cakaplah mama nak window shopping sekali!!

Kawan-kawan ke mana pula sempena cuti sekolah ni??

12 ulasan:

mohdandmeriam berkata...

salam zaila. aunti pun tak kemana cuti sekolah ni.. hajat hati nak ke KL tapi tak dapat kerana kenduri banyak sangat...terpaksalah tunda cuti bulan 6 ni kot...

CT NORAMIZA berkata...

zaila, bestkan kalau dpt cuti lama2 dok umah :) akak kat umah jer, babysitter cuti

mrs adam berkata...

kalau anak2 kecik lagi lum sekolah tak rasa sangat cuti sek.yg betul2 terasa cuti sek kalo anak2 semua bersekolah.ala zaila bawa anak2 ke shopping mall pun kira berjalan la jugak.

N A N I E berkata...

dok umah je Zaila..my colleagues kat ofis neh meriah amik coti..bawak anak anak gi jalan :)

hehe teringat zaman dulu..rombongan coti sekolah suka narrr gi muzium..zoo negara..planetarium..pusat sains :)

yatie chomeyl berkata...

gi shopping mall tu sebenarnyo mama hok nok jale kui3x

zarin berkata...

we all pun tk ke mana, just balik kampung je sbb lama bangat tk balik :)

Ami berkata...

kelik KB la kak ila,tapi cuti-cuti nie nok gi pasar siti khadijah tue pon malas sebab susoh parking.

zailamohamad berkata...

Untie Meriam, biasolah kalu musim cuti sekolah ramai ore buat big work dop;)

Lady of Leisure berkata...

zaila, jalan di shopping mall adalah best.. terapi minda gitu... hehehe

fabulous.farah berkata...

hehehe..masa kecik suka bangat kalo bleh g zoo. kak ila bwk ank2 g aquaria sure budak2 suka..tengok fish~

honeylanz berkata...

weekend ni kami ke zoo kut...tp kn tgk ac tu bila balik KL, sbb skrg dia masih kt kg!hehhee. cuti sek aja..kg la tmpt dia..

mohdandmeriam berkata...

salam zaila, mula2 singgah rumah zaila terkejut juga sebab nampak lain, rupa2nya rumah dicat baru n berkensep baru..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^