Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 18 Mac 2010

Mari Kelih Store di Pesta Buku Antarabangsa 2010

Alhamdulillah, akhirnya ALLAH ketemukan juga Zaila dengan seseorang yang sudi berkongsi booth dengan Zaila di GT Bazaar bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa 2010 pada 27 & 28hb ni nanti. Zaila memang cukup teruja untuk berada di sini memandangkan crowd yang dijangka akan menghadiri Pesta Buku ini adalah seramai lebih kurang 300 ribu orang & harap-harap dalam 300 ribu orang tu adalah seribu dua pelanggan singgah ke booth kami...ahaksss..

Lagipun sebagai seorang peniaga fleamarket / bazaar, Zaila harus mengambil peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman berniaga di setiap lokasi yang berlainan. Yang paling penting, jangan takut untuk mengambil risiko, adat berniaga mesti akan ada persaingan kan, tapi kalau sudah rezeki kita, insya ALLAH tak akan ke mana juga kan!!

Pada kawan-kawan blogger especially Nanie & Haidah, jangan risau sebab booth Zaila di Subang Parade pun masih ada cuma mungkin Zaila akan berada di Subang Parade pada hari Sabtu & akan ke PWTC pada hari Ahad (bergantung pada keadaan) tapi apa-apa hal pon Zaila akan inform kemudian ya..Kalau nak datang dua-dua booth pon, lagi Zaila suka;)

So kawan-kawan, jangan lupa untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC 2010 pada 27 & 28hb ini, sambil-sambil itu sila cuci mata di booth Zaila yang akan menyediakan pelbagai pilihan tudung Muslimah, kain ela & kerongsang yang pastinya dijual pada harga yang berpatutan. Kalau tak silap Zaila, ada cabutan bertuah juga bagi mereka yang membeli di booth-booth GT Bazaar ni seperti percutian 3D2N di Port Dickson, menarik bukan?? Apa tunggu lagi, mari pakat beli di booth Mari Kelih Store, mana tahu rezeki anda boleh menang hadiah kan;)

iklan Pesta Buku Antarabangsa 2010

jangan lupa singgah GT Bazaar ya

layout lokasi MKS, jangan lupa berkunjung ke bilik Sarawak booth #18. Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik sini

Kalau nak tahu, booth #19 tu disewa oleh Jue atau Babyandkidscollection, haaa pada sesape yang nak beli baju baby yang chomel-chomel, bolehlah singgah sini ya;)

Jangan lupa untuk singgah ke booth Mari Kelih Store ya..diskaun hebat menanti anda!!!

9 ulasan:

N A N I E berkata...

Alhamdulillah dah rezeki Zaila kan..takpe..no worries dear..nanti ai reschedule balik ngan Haida :)
Mesti ramai kunjungan ke booth Zaila nanti..bertambah rezeki :)

Lady of Leisure berkata...

alhamdulillah lady doakan semoga murah rezeki zaila sekeluarga... lobster dah masak? mesti sedap kan hehe

honeylanz berkata...

wah..tabik spring has kt zaila...

kak ina kl berkata...

salam zaila....insyallah akak gi ke sana esok..insyallah ada rezeki leh jumpa kamu.sms booth no dan bilik apa yer..sebab akak selalu terlupa.

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

wahhhhhhhhhhhhhhh selamat berbizz di pesta buku nantie ;-)

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

alahai ... semoga cpt sembuh hana .. mkn ubt elok2 yer ;-)

CT NORAMIZA berkata...

zaila, kalau kat pwtc tu, insya-allah, bolehlah akak dtg jenguk zaila kat sana nnt ye :)

abrahyn berkata...

kitorg nk pi subang parade on sabtu tu...emmmm sabtu tu 27 ke 28 ek?

fabulous.farah berkata...

huuu..xdop kat kl..gudluck kak ila

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^