Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 4 Mac 2010

Perhatian Kepada Peserta Mari Kelih Store 2010

Salam semua, mesti ramai yang tertanya-tanya ke mana Zaila menghilang kan??
Terlalu banyak cerita & gambar yang ingin dikongsi bersama, cuma masa sahaja yang agak terhad. Alhamdulillah, haritu Mari Kelih Store telah berada selama 2 hari di ilovebazaar yang diadakan di Subang Parade. Jutaan terima kasih kepada bloggers yang datang & kawan-kawan Zaila yang cukup baik untuk memberikan moral support kepada Zaila. Insya Allah, 28hb Mac ini Zaila akan berada lagi sekali di bazaar tersebut demi untuk menghabiskan stok menjual barangan yang ada tu;D

Buat peserta MKS 2010 Contest, harap bersabar kerana sekarang Zaila agak busy mengendalikan rumahtangga Zaila dek kerana suami Zaila terpaksa berjauhan dengan kami buat semetara. Semoga hubby cepat balik sebab mama sudah tidak tahan dibuli ditinggalkan sendirian menjaga Haziq & Ameera yang makin hari makin nakal comel;D

Insya Allah, malam ini Zaila akan cuba untuk buat cabutan bertuah sempena malam Jumaat so cepat-cepat doakan moga anda yang bertuah!!! Pada mereka yang masih tidak menjadi follower blog Zaila & Mari Kelih Store, harap cepat2 bertindak sebab penyertaan akan ditolak sekiranya tidak menjadi follower 2 blog ini..hehehee sorrylah ya, Zaila kena bertindak adil bg mereka yang sanggup menjadi follower Zaila & MKS so semua kena follow meeeeee^_^

8 ulasan:

CT NORAMIZA berkata...

x pe zaila, take ur time, eee sapalah pemenangnya ni :) hehehe

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

hr tu appointment penuh la kat subang parade ms nak pergi, tak der peluang nak jumpa zaila.hrp buleh jumpa lenkali :)

Tihara berkata...

mesti bz layan keletah ank2 sorang2 kan..tak pe zaila..kitorg sentiasa sabar menanti keputusan contest tu :)

mohdandmeriam berkata...

salam zaila, wow busy betul ye hingga lama tak ada n3. baguslah semoga berjaya.

fabulous.farah berkata...

huhu..selamat kembali=)

N A N I E berkata...

zaila..bznyer skarang...:) hepi tgk ur bisnes kencang :))

eynda berkata...

Kita lihat sape yg kena hehe...seronok jumpa zaila :-)

ABH berkata...

ntah ler zaila, i pun tak tau mana pi link tuu...dah link kan rasanyer dulu...huhuhu...disqualified ke i nih?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^