Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 17 April 2010

Tips Memilih Pasangan Khas Buat Si Dara

Entri ini Zaila dedikasikan kepada anak-anak dara di sana yang masih mencari-cari calon yang sesuai untuk dijadikan suami. Maklumlah, dalam dunia sekarang yang makin mencabar ni, bukan mudah untuk mencari pasangan yang betul-betul berkualiti dari segi akhlak, akidah & juga peribadinya. Tak dinafikan, nisbah kaum lelaki yang sedikit berbanding perempuan membuatkan kaum lelaki berasa begitu selesa kerana mereka ada peluang untuk memilih mana-mana wanita yang mereka nak. Namun, kaum Dara juga sepatutnya di beri pilihan untuk memilih bakal peneraju rumahtangga mereka agar kejadian seperti perceraian, pergaduhan & kena tipu oleh suami tidak berlaku di kemudian hari.

Berikut adalah beberapa tips dalam memilih pasangan khas untuk si dara;-

1. Kenali Pasangan : Of course yang ni paling penting!!! Untuk mengenali pasangan bukan mengambil masa yang singkat, ada orang sampai bertahun-tahun malahan puluhan tahun cuba untuk mengenali pasangan mereka sebelum mereka melangkah ke gerbang perkahwinan. Macamana pula ingin mengenali lelaki yang betul-betul ikhlas dengan kita?? Selalunya bila anda berpacaran serious skema ayat ni dengan mereka, anda boleh nampak masa depan yang bakal anda tempuhi bersama pasangan. Contohnya pasangan anda sanggup berjumpa dengan ibubapa anda dengan niat untuk menyatakan keikhlasan dia untuk berkawan dengan anda. Namun, dunia sekarang ni, anak dara masih belum habis sekolah pon sudah ramai pakwe yang datang ke rumah so adakah boleh dikira lelaki macam ini?? Yang itu tak boleh masuk bukulah sebab anda sendiri pon masih belum cukup umur untuk berkahwin!! Lelaki yang serious dalam sesuatu perhubungan selalunya akan berkorban apa sahaja demi anda seperti mula menabung untuk berkahwin atau sanggup bekerja lebih masa demi mencari duit lebih untuk anda. Tapi kalau ada lelaki yang belum apa-apa lagi sudah meminta yang bukan-bukan, yang tu haruslah reject awal-awal lagi ya!!!

2. Kenali Perwatakan : Sepanjang perkenalan juga, kita haruslah tahu yang pasangan kekasih ini seorang yang macamana. Adakah dia seorang yang manja, panas baran, penakut, pemalas atau anak ibu. Selidiki juga dari kenalan mereka, adik beradik mereka & kalau boleh selalulah menduga (bagi task) kepada pasangan untuk mengetahui sikap sebenar mereka. Orang kata masa bercinta semuanya manis belaka sampaikan kentut pon berbau wangi tapi bila dah kawin, mulalah perkara yang kecil pon akan diperbesarkan oleh suami;D Oleh itu, sekiranya anda sudah tahu yang pasangan anda seorang yang panas baran so anda seeloknya harus bersedia untuk menerima sebarang kesan hasil dari pilihan anda itu pergh ayat skema lagi Seeloknya, jangan pilih pasangan yang kurang didikan agama, pemalas & juga panas baran.

3. Kenali Keluarga : Anda juga seharusnya tahu / arif akan keluarga pasangan anda. Jangan malu untuk banyak bertanya kerana mereka (keluarga pasangan anda) lambat laun akan menjadi sebahagian dari pasangan anda juga. Seorang bakal suami yang baik seharusnya akan memberi layanan yang baik kepada ibunya & adik-adik perempuan atau dalam erti kata lain dia seorang yang begitu protective terhadap kaum Hawa di dalam keluarganya. Lagi satu, penting juga mengetahui asal usul keluarga pasangan sebab bukan apa, tak nak r nanti bapa mertua kita tu seorang lanun ataupon gangster kampung Pinang Sebatang!! So perlu juga anda risik-risik keluarga pasangan anda secara terang-terangan mahupon secara sembunyi;D

4. Kenali Rakan-rakan : Ni pon penting juga sebab kawan kadang-kadang memainkan peranan yang paling penting selain dari ibu bapa pasangan tersebut. Selalulah pantau dengan siapa pasangan anda berkawan & sejauh mana hubungan mereka (takut gay je) haahahaahaaa!!!

5. Sekufu : Zaman sekarang juga masih ramai yang mementingkan status & pangkat dalam sesebuah perhubungan. Islam juga ada menyentuh tentang ini kerana ianya boleh menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina. Namun, tak dinafikan ramai juga di antara muda mudi kita yang boleh survive dengan perkahwinan "Antara 2 Darjat" ini. Yang paling penting adalah keikhlasan kan so apa-apa pon kita perlu tahu juga kan status bakal pasangan kita tu. Kalau dia anak Datuk sekalipon, jangan gunakan itu sebagai alasan untuk kita mengambil kesempatan di atas kekayaan mak bapak diorang. Duit yang dicari dengan hasil keringat sendiri adalah lebih berkat jika dibandingkan dengan duit yang diberi bantuan oleh mama;D Lagi satu, katakanlah bakal pasangan kita datang dari keluarga yang miskin, janganlah terus menolak dia kerana sekiranya si dia bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal, insya ALLAH rezeki akan datang bergolek-golek;)

6. Doa & Tawakkal : Andai kata anda telah buat semua yang di atas, maka berdoalah kepada ALLAH agar diketemukan dengan calon yang sesuai. Jangan fobia sekiranya percubaan kali pertama kita tidak menjadi sebaliknya jadikan itu sebagai pengajaran agar kita dapat mencari calon yang betul-betul berkualiti. Rajinkan diri untuk membuat solat sunat hajat, taubat & tahajjud agar ALLAH permudahkan segalanya. Bila ada ramai pilihan, jangan lupa membuat solat sunat istikharah agar ALLAH dapat memberi petunjuk kepada kita kerana suami yang baik amat penting untuk menghasilkan anak-anak yang baik!!!

Semoga tips yang Zaila berikan di atas berguna kepada anak-anak dara di luar sana dalam mencari jejaka idaman;) Semua tips yang di atas tu adalah berdasarkan pengalaman Zaila sendiri & juga sedikit pembacaan Zaila yang tak berapa gemar nak membaca ni

Alhamdulillah, Zaila sudah temui pilihan yang paling tepat dalam hidup Zaila;-


i love you b!!!

23 ulasan:

zarin berkata...

hah! apalagi anak anak daras sekelian..sila baca tips ni..bagus tau! tima kasih zaila :D

~masalifah~ berkata...

amboi amboi amboi!!!!!

N A N I E berkata...

kekadang keluarga lelaki pun memainkan peranan penting..tengok latar belakang dulu..(hehe orang kata kalau bapak die kawen dua..die pon ad etendency buat gitu..hehe wallahualam..org kata laa)keturunan tuh penting :)

fabulous.farah berkata...

rindu hubby kak ila?=p

mohdandmeriam berkata...

salam zaila..adalah menjadi impian setiap gadis mendapat suami idaman yg mempunyai ciri2 tersebut..tetapi lelaki ni pandai..masa bercinta mereka menggambarkan diri mereka terbaik,penuh dgn sifat kelakian n kegentleman tapi belangnya pecah setelah berumah tangga..kaki pukul n segala kaki..macam mana tu..

Lady of Leisure berkata...

hehe tips yg bagus untuk semua dara2 sekalian dari puan zaila... memang betul semua tips ni zaila... nak cari pasangan banyak perlu difikirkan.. :)

maya amir berkata...

wahh bagus tips tu..tadek plak anak pompuan..kalau tak dah suh baca dah..heheh

KV berkata...

phewwwitttt!!!

AYUKIRANA berkata...

kalo ank dara saya caner pulak??? ;p

Mummy ranger berkata...

wahh macam2 ado kat sini eh zaila...bagus2...

zailamohamad berkata...

Zarin, ahakss..alah tips2 biase2 je;D

zailamohamad berkata...

cik masalifah, apa yang amboi, amboinya??

zailamohamad berkata...

Nanie, zaila pon rasa macam tu juga..that's a good point too, pendek kata memang nak kena selidik betul2 kan before kahwin ni..hehehe

zailamohamad berkata...

farah, mestilah rindu;D

zailamohamad berkata...

Salam untie, kalau yang macam tu, kitalah pula kena bersabar..nak wat macamana, kenalah anggap itu sebagai dugaan dari Yang Maha Esa kan, kita dah berusaha mencari yang terbaik tapi tak dapat..kena banyakkan bersabarlah kan

zailamohamad berkata...

Lady, hehehee..tips yang basic2 sahaja tuuu

zailamohamad berkata...

Maya, dakpe..nanti2 dapatlah tuuuu..hehehe

zailamohamad berkata...

Kak KV, hahahahaaa..phewit kat sapo tu??

zailamohamad berkata...

Ayu, didiklah dengan ilmu agama..insya Allah lelaki yang baik buat isteri yang baik juga;D

zailamohamad berkata...

MR, hehehehe..thanks!!!

honeylanz berkata...

ciri² lelaki idaman has dulu, jejaka senegeri. mujur tercapai..biarla dah border pun.. ;)

kak ina kl berkata...

bagus tips kamu ni..sesuai untuk anak dara..

zailamohamad berkata...

Has, hehehehee senang nak balik time raya kan;)

Kak ina, ntok mak janda pon ok juga;))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^