Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 14 April 2010

Tips Mengeratkan Ikatan Rumahtangga

Salam semua, kali ni Zaila ingin berkongsi beberapa tips dalam mengeratkan kasih sayang di antara suami isteri. Pada yang belum kahwin tu, cepat-cepatlah kahwin ya sebab memang syok kahwin ni;D
Hahahaha..tapi pada mereka yang sudah lama berumahtangga, sudah pasti kadangkala akan berlaku perselisihan faham / pertengkaran juga kan?? Biasalah tu, asam garam dalam rumahtangga tapi yang pasti jangan biarkan ego menguasai diri kita. Sebagai seorang isteri, kita seharusnya mengalah (walaupon kita tahu itu bukan salah kita) & bila sang suami dah sejuk, mulalah pujuk & nyatakan sebab musabab punca kepada salah faham itu pandai jek Zaila nasihat

Zaila dulu masa awal-awal kahwin suka juga menjawab apa yang hubby tegur, masing-masing berdarah muda kan & sama-sama nak menang je. Tapi sekarang, kalau hubby marah tegur Zaila, apa yang Zaila buat adalah berdiam diri & jangan cuba untuk melawan. Bila agak-agak hubby dah sejuk & tak marah, Zaila akan hantar sms minta maaf & lepas tu kami akan terus lupakan segalanya & rasa macam kadang-kadang bergaduh ni boleh mengeratkan kasih sayang kami pula;8

Berikut adalah di antara cara-cara untuk menghangatkan perhubungan rumahtangga kita walaupon kadang-kadang Zaila sendiri pon jarang buat;D

1. Bercuti Bersama
Jadikan aktiviti ini sebagai salah satu cara untuk anda bermanja-manja dengan si dia. Pilihlah lokasi yang romantis yang kena dengan budget & masa anda. Tak naklah sampai bergaduh-gaduh kan, sorang nak ke Paris sorang nak ke Parit (sebab tak ada duit). Tidak semestinya kita bercuti lama untuk meluangkan masa bersama-sama pasangan. Cukuplah sekadar mencuri masa di hari minggu untuk bersama (contohnya bercuti ke hotel 5 bintang di tengah kota). Make sure anak-anak tidak ikut sama kerana kalau ada mereka kacau daun sudah pasti tumpuan hanya pada mereka sahaja;)

2. Keluar Bersama
Yang ni Zaila selalu buat juga dengan mengambil cuti pada hari bekerja so anak-anak sohih berada di nursery kan. Selalunya kami akan meluangkan masa dengan menonton movie (tengok juga cerita apa yang best), meluangkan masa di MPH (yang ni Zaila boring), makan-makan & shopping bersama. Tapi sekejapnya masa berlalu kalau bersama si dia..Tengok-tengok dah kena balik ambil anak dah;) Tapi at least anda dah meluangkan masa yang berkualiti dengan pasangan anda kan;)

3. Romantik Dinner
Yang ni Zaila belum pernah try buat lagi, maklumlah anak-anak masih kecil lagi kan. Kalau diorang dah besar sket, sohih mama eksport ke kampung & bolehlah mama keluar ops, tak semestinya keluar makan di kedai..masak kat rumah pon boleh!! Buatlah surprise pada hubby dengan memasak makanan kegemarannya & make sure ada lilin untuk dinyalakan & diiringi pula dengan lagu romantik. Owh bahagianya;) Zaila dulu selalu berangan nak buat macam ni tapi selalu tak berkesempatan..Herm, ada sesiapa nak tolong jaga Amirul & Ameera tak??hehehe Owh, nanti bolehlah anda menari bersama-sama pasangan tu..Owh, romantiknya!!

4. Buat Kejutan
Seperti kita kaum perempuan yang suka akan kejutan, lelaki juga begitu. Namun bagi mereka, hadiah bag, parfume atau alat penjagaan badan bukanlah merupakan hadiah yang terbaik untuk mereka. Selalunya mereka akan suka kiranya kita balik awal dari kerja & sediakan makan malam untuknya atau melakukan kejutan di dalam bilik tidur (faham-faham sajelah ya) kerana daya imaginasi lelaki adalah sangat tinggi. So ayuh kawan-kawan, walaupon badan anda akulah tu tidak secantik Angelina Jolie, jangan malu untuk bergaya dengan baju tidur yang sexy kerana sudah pasti suami anda akan tergoda;)

kalau macam ni gayanya, hari-hari hubby balik awal;D

5. Saling Memaafkan
Sebelum tidur eloklah kalau kita saling memaafkan kerana terasa perhubungan yang terjalin akan lebih suci & jujur sekiranya kita saling meminta maaf dengan pasangan kita. So pada sesiapa yang curi-curi shopping kat online tu, kenalah minta maaf dengan hubby masing-masing ya, nanti takderlah diorang tetiba terjumpa barang yang kita sorok kat dalam almari tu macam kisah benar je hahahahaha;)

6. Berpisah Buat sementara
Uwaaaaaaaaaaaa...macam yang berlaku kepada Zaila sekrang nilah..huhuhuhuhu..sedih tau bila berjauhan dengan pasangan ni. Tapi itulah, bila dapat berjumpa balik terasa macam pengantin barulah pula;D

Harap-harap ikatan yang terbina ini akan kekal hingga ke akhir hayat & ke syurga. Kawan-kawan pula macamana?? Ada tips tak dalam mengekalkan ikatan kasih sayang yang sudah terjalin ni??

13 ulasan:

honeylanz berkata...

zaila, cuba ber candle light dinner kt rmh..kalakar tau..bila 2 hero kecik has tu duk tepi meja tggu ms nk hembus lilin..hahahah. kacau daun betul..tp kelakar...

N A N I E berkata...

Zailaaaa ekekeke seksi meksi pic tu cilok mane?..hehe..terima kasih atas tips tips berguna ni..akan digunakan sebaiknya..:)

N A N I E berkata...

terbaca lak komen Has..comelnyer Ac ngan Aeiry men kaco kaco mama die hehe

Nurhayati berkata...

en suami pernah suh yati pakai baju camtu.. adake.. huhuhu

mohdandmeriam berkata...

salam zaila ..satu tips yg berguna kpd semua..yang baru kahwin n lama...hehe sanggupkah berpakain begitu w/p nak memikat suami..apalah anak akan kata kalau dilihatnya mamanya pakai begitu..dah buang tabiat kah..

zailamohamad berkata...

Has, kelakarlah!! boleh imagine nanti haziq & ameera dok bergaduh suruh pasang api lilin tu & bergaduh nak tiup..hahahahaaa

zailamohamad berkata...

Nanie, google kat internet..hehehee..good luck!!

zailamohamad berkata...

Yati, baguslah!! at least dia nak tengok wife dia pakai seksi macam tu..zaila xmuat kot baju tu..hahahaa

zailamohamad berkata...

salam untie, hahahaha tu nak kena tunggu anak2 tak ada, baru boleh pakai macam tu..hahahaa

sisdee berkata...

klu i pakai sexy camtu confirm asben kata...emmmm byk dah lemak u ek hahahaahahahhah terus mraung i kat situ :p

fabulous.farah berkata...

hahaha..meh farah jaga kejap budak2..=p

berpisah tu memang sangt berkesan..balik sure romantik habis..

hehe

zailamohamad berkata...

sisdee, jangan macam tu..cuba dulu, mesti hubby sisdee suka;)

zailamohamad berkata...

farah, nati kak ila hantar ke rumah farah ya..hahahaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^