Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 17 Mei 2010

Tips Bagi Mereka Yang Ingin DIY Wall Covering

Salam semua, as promised..hari ini Zaila nak berkongsi beberapa tips yang Zaila rasakan perlu dikongsi bersama mengenai wall covering ini;) Sebelum ini pun, Zaila ada membuat entry mengenai wall covering ini. Kalau sudah lupa, bolehlah baca balik di sini. Actually memang dari awal lagi Zaila sudah plan untuk membuat wall covering ni so bila rumah Zaila dah siap cat segala, terus Zaila ajak hubby ke L.A.M.E.X di Sunway Pyramid untuk membeli segala bahan yang diperlukan;)

Oleh kerana kedekut nak jimatkan kos + dah tanya kawan-kawan yang pasang sendiri wall paper ni, diorang kata senang je so kami pun ambil keputusan untuk DIY (do it yourself) wall covering yang kami beli ni. Owh, kan Zaila cakap Zaila sudah fall in love with Prague design & kebetulan ada satu design match really-really well with the color of  our dining room so tanpa berfikir panjang lagi terus kami beli yang itu (sila rujuk gambar di bawah ini).
Warna sebenar cat di ruang tamu & ruang makan (kami pakai satu warna je) Zaila dah lupa tapi sekali pandang macam kelabu, sekali pandang macam biru but then bila buka lampu nampak macam ala-ala purple so tak tahu nak kata warna apa * pasai dah rabun warna * tapi yang pasti match ngan wall paper yang kami pilih tu;))

Zaila pilih 2 ruang untuk diletakkan wall covering ni, satu di dining area & satu lagi dinding di belakang yang menghala ke dapur (macam dalam gambar di bawah ini). Konon-konon featured wall lah ni * pengaruh Deko bersama Eric lah ni * tapi yang kelakarnya seperti soalan kuiz bersama Zaila * apa yang pelik pada gambar tersebut * & tak sangka tajam sungguh mata korang yaaa..Haaaa betullah tu, satu bunga naik ke atas & satu turun ke bawah;D ~~lupa nak announce pemenang kuiz ni~~ tahniah Nad sebab jadi orang pertama yang meneka dengan betulnyaa *eh ke aku ada bagi jawapan bocor kat ko eks?? * Sila tuntut hadiah dari aku secepat mungkin ya;) Pesanan penaja : "ko pilihlah noks ko nak apa dari kedai aku tu;D"
Actually upah untuk pasang wall covering ni takderlah mahal sangat. Untuk 6 roll yang pertama dikenakan Lump Sump sebanyak RM200 (kalau tak silap Zaila r) pastu tambahan sebanyak RM30 untuk setiap roll seterusnya. Masa Zaila kunjungi L.A.M.E.X haritu, dah bersusun dah tempahan untuk pemasangan wall paper ni, sebab itulah kami pon dengan semangatnya bagitahu yang kami nak pasang sendiri aje wall paper ni;)

Staff di L.A.M.E.X memang sangat peramah so banyak tips yang Zaila dapat belajar dari mereka. So di antara tips-tips yang boleh Zaila kongsi adalah;-

- First of all kawan-kawan kenalah beli gam & scrapper untuk digunakan semasa memasang wall paper ni. Kalau tak silap Zaila harga satu peket gam tersebut adalah RM30 (bila bancuh dengan air, boleh sebaldi tuuu) pastu scrapper pula harganya RM9 satu (tujuan untuk membuang bubble-bubble yang mungkin ada semasa proses pemasangan wall paper ni).
- Bila nak bancuh gam tu, agak-agaklah supaya gam tidak terlalu cair atau pekat. Kalau cair sangat, nanti gam mudah kering & kalau pekat sangat dia akan menjadi berketul-ketul pula. Kalau nak senang, gunakan berus cat yang jenis roll on tu masa sapu & berus cat yang kecil untuk digunakan pada permukaan yang agak sukar untuk dicapai (sorry, malas nak snap gambar, kalau tak dah gelemer berus-berus cat rumah Zaila tu)
- Seeloknya pilih wall paper yang tiada corak bunga macam rumah kami sebab masa nak pasang tu..ya ampuuunnn..punyalah susah nak samakan bunga-bunga tu;D Sebab itulah bunga di dinding area dining tak sama dengan bunga di dinding satu lagi tu..hehehe tersalah strategi pasang punya pasal..tapi syukur Alhamdulillah, ramai je yang puji hasil kerja keras tangan kami*__*
- Actually setiap roll tu dia ada batch no. so kenalah mulakan mengikot turutan yang betul. Kalau wall paper jenis berbunga pula kenalah tengok betul-betul bunganya menghala ke arah mana..Tapi kami ni gelojoh tak pastikan betul-betul corak bunga tu macamana, tahu nak pasang aje;D Tapi Zaila rasa ok juga sebab bila orang tanya, leh cakap sengaja buat macam tu sebab tak nak bagi sama dua dinding tu kan..hehehehee * ayat cover baaaaikkk punya *
- Mulakan dengan mengukur ketinggian dinding dulu, pastu bentangkan wall paper tu kat lantai & potong wall paper tersebut mengikut ketinggian yang telah diukur (tapi make sure ada lebih dalam satu kaki atas & bawah). Zaila buat satu-satu, maksudnya macam ni..potong dulu then tampal & then potong balik then tampal..hehehee..agak lambat sedikit ah..Tapi bagi corak yang tiada bunga, rasanya tak ada masalah kot kalau potong semua & baru tampal.
- Lumurkan gam ke seluruh permukaan. Make sure letak semua tempat sebab tak naklah bila dah letak wall paper ada tempat yang tidak kena gam so dah kena buka semula. Owh by the way, kita boleh adjustkan wall paper tu sebelum dia betul-betul melekat so make sure yang bunga wall paper betul-betul bertembung dengan wall paper yang telah siap dipasang *masa ni memang berpeluh ah jugak ketiak sebab nak bagi sama corak bunga tu * Tips supaya tak nak nampak kesan garisan putih di antara 2 wall paper adalah dengan mewarnakan kedua-dua hujung roll wall paper yang belum dibuka dengan marker hitam (agak-agak korang faham tak penerangan Zaila ni?). Kalau baca secara teori memang rasa macam susah je kan, tapi actually bila kita buat sendiri sebenarnya akan nampak lagi jelas & realize bukannya susah mana pon benda ni * berlagak dek non *
- Bila dah lekatkan wall paper ke dinding tu, bolehlah gunakan scrapper untuk membuang gelembung-gelembung udara yang mungkin terperangkap di bawahnya. Lurut dari atas ke bawah tau. Pastikan balut scrapper tu dengan kain supaya dianya tidak akan merosakkan wall paper kita nanti.
- Apabila dah siap pasang, bolehlah bersihkan kesan-kesan gam dengan menggunakan kain yang lembab. Pastu bolehlah disambung dengan proses pemasangan roll yang seterusnya sampailah dah siap..Senang kan??

Nasihat Zaila untuk mereka yang berminat untuk memasang wall covering di kediaman mereka adalah;-
- Bagi mereka yang tak nak bersusah-susah atau tak sanggup melihat kecacatan yang akan berlaku, seeloknya upah sahaja kami orang yang mahir..
- Bagi mereka yang kedekut macam kami ni inginkan kepuasan sendiri dalam menatarias rumah mereka, bolehlah mencuba untuk memasangnya sendiri. Owh lupa nak inform yang harga bagi setiap roll wall paper yang Zaila beli adalah RM150/10m & untuk 2 dinding tersebut, kami beli dalam 3 roll (itupon banyak yang tak habis). Tapi takpe, boleh buat macam-macam dengan lebihan tu..Nak tahu buat apa?? Kenalah tungguuuu ya;)

Tapi apa yang Zaila dapat selain dari kepuasan sendiri adalah pengalaman yang tidak bernilai bersama suami. Percaya atau tidak, kami lakukan semua tu tanpa bantuan orang lain pon (make sure buat masa anak tak ada) & hopefully it will remains as though as our love;) Nanti boleh habaq kat anak cucu yang semua ni Atok ngan Nenek lah yang membuatnya!!


Oklah..Nak tengok hasil keras kerja kami tak?? * pasni ada sesiapa yang berminat untuk upah kami tak *
ruang makan kami yang tak seberapa;D


6 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

kagummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm .. + cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ;-)

Tanpa Nama berkata...

Has suka DIY benda mcm ni. mmg nmpk mcm leceh..tp dah siap..lega n puas hati sgt :D

Tanpa Nama berkata...

salam zaila..rajinnya..cantik pula tu..tahniah siap buat sendiri..kalau auntie agaknya wall paper tu lusuh dulu baru siap..hehehe

danpokde berkata...

salam zaila. wall paper material dia kertas ke. kalis air tak?

danpokde berkata...

salam zaila. wall paper ni material dia kertas ke. kalis air tak? sesuai untuk bathroom tak?

Tanpa Nama berkata...

salam...i nk pasang wallpaper kat opis.dh beli dh pun ingat nk pasang sendirik...nk tau jugak gam jenis apa yer nk pakai???pastu scrapper tu nk cari kat mana........tq dfor de info

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^