Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 26 Oktober 2009

~~Wall Covering~~

Salam semua..Zaila nak tanya pendapat kawan2 tentang wall covering ni..atau orang panggil juga sebagai wall paper (kertas dinding)..Zaila terfikir untuk buat sedikit wall covering di ruang makan rumah baru Zaila nanti..Maklumlah budget ciput so just pilih ruang yang paling minimum untuk dibuat wall covering ini^_^

Zaila ada survey kat sini..There are many choices of wall covering that we can choose..and i'm personally fall into Prague..Tapi tak tahu nak pilih colour apa cause we still haven't decided yet "tema" untuk rumah kami tu..Agak2, warna apa ya?? Kawan2 ada idea tak?? Zaila ni bukan reti sangat pasal hias rumah ni..tambah lagi pasal Interior Design ni..just banyak survey kat internet, majalah & tengok rumah kawan2 aje..Alhamdulillah hubby letakkan semua tanggungjawab untuk menatarias rumah baru ke atas Zaila..happy tu sebab Zaila yang boleh decide semua;)

Tapi bukan semua benda Zaila boleh buat at one short kan?? Mana nak cekau duit nyah;p Zaila pon tengah pening ni pasal bank tak release payment lagi..tinggal beberapa hari je sebelum tempoh masa yang ditetapkan, kalau tak dah kena cas interest..aduhh..penat gituuuu..Ops, ini sudah lari tajuk ni..maybe Zaila cerita perihal rumah di entry yang lain;)

Sambung tentang wall covering tadi..kat bawah ni ada beberapa pattern yang Zaila suka..tapi tak tahu nak match ngan cat colour apa..Kawan2 silerlah bagi cadangan ya^_^




Yang bestnya semua kita boleh lakukan sendiri (Do It Yourself@DIY), cuma perlukan kesabaran & sedikit ketelitian..hihihihi..Zaila sudah pastinya akan mengarahkan meminta hubby yang tolong buatkan;) Tukang cat rumah pon sudah bersedia untuk beraksi (adik ipar Zaila)..cuma rumah jer tak ready2 lagi untuk di touch up kan;)

Tapi kalau kawan2 malas nak buat sendiri, haaa bolehlah suruh Nat tolong buatkan..Zaila suka singgah blog dia untuk cuci mata, tapi malangnya Zaila tinggal kat Shah Alam so kalau nak upah Nat, kenalah bayar kos yang lebih sket..tapi kalau nak suruh Nat ni tolong belikan wall paper yang kita berkenan pon boleh juga..Kawan2 silerlah pilih katalog yang terdapat disediakan..Semuanya lawa2..Naik rambang bijik mata Zaila ni;) Contoh yang terbaru adalah seperti di bawah ini;-

warna gold ni pon cantik juga kan??

suka design yang kat bawah belah kanan

naik rambang mata nak pilih yang mana satu

design yang bawah belah kiri ni macam logo kompeni tempat Zaila kerja je;p

Zaila ingat nak buat wall covering ni sebagai featured wall kat rumah Zaila..Ruang yang digunakan pon tak banyak mana so Zaila rasa dalam 10 meter dah cukup kot..tapi nak kena ukur betul2 then baru boleh beli segala peralatan yang diperlukan..Haiii..banyak sungguh benda nak kena fikir!!!

Pada kawan2 yang dah buat atau bercadang nak buat, bolehlah share ngan Zaila pendapat uols ya;) Warna & corak macamana yang jadi pilihan kawan2 semua??

16 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

kesemuanya cantik2 zaila.. rambang mata lady nengoknya,hehe..
lady suka rumah yang nampak cozy, lelebih lagi kalau bekerja balik rumah mesti nak tenangkan fikiran..
lady suka pakai lampu kuning untuk table lamp, kecuali lampu putih pada plaster ceiling..lampu putih ni jarang2 lady bukak hehe.. yg sntiasa bukak lampu kuning..

beru smlm lady jenjalan midvalley tgk barang2 rumah hehe..
kebetulan dinding rumah warna mcm cream, pasal dinding ni lady suka warm color.. sangat senang nak matchkan dengan perabot..lady rasa wall covering ni bergantung jugak pada konsep apa yg kita nak buat untuk rumah nanti.. kalau english concept, snagat sesuai amik wall covering yg corak daun/bunga/kerawang..
tapi kalau modern concept, coraknya nampak agak limited tak leh terlalu banyak corak..
kalau corak banyak, perabot kene kurangkan dan sebaliknya..
lady smlm masa jenjalan tu, bila masuk show room, dapat sangat banyak idea untuk konsep rumah ni.. sangat cantik..
wall covering yg zaila letak gambar ni kesemuanya cantik zaila..
:)

honeylanz berkata...

has rs featured wall sesuai yg BLB 287. oh ya.. ery dah koyakkan wallpaper yg tmpt fav dia tuh! last saturday :p

zailamohamad berkata...

Lady, wah banyak sungguh tips berguna dari Lady..suke!! kalau ada apa2 yang menarik, kongsilah ngan Zaila ya..jangan malu untuk email Zaila..Zaila pon suka ID ni tapi xtahulah dapat praktikkan ke tak kat rumah baru nanti..huhuhuhu...faham2 jerlah anak Zaila ni tangan mereka sungguh berseni;P

zailamohamad berkata...

Has, pahtu buat macamana???

KV berkata...

lawa lah..teringin gak nak buat kat rumah ni.

CT NORAMIZA berkata...

cantek kan, kalau zaila nak, kawan akak pun ada yg buat business ni, kalau nak akak bg contact no, x beli pun x pe, tgk2 dulu catalognya. dia boleh dtg umah/ofis/tempat yg zaila prefer. :)

zailamohamad berkata...

Kak KV, cubalah..benda ni DIY je..

:: || Mrs. Izwan || :: berkata...

hi zaila, im new here. TERmasuk sini sebab nampak the 1st pic on top tu sama mcm i punya. tp mine is red and black. i letak kat dining jugak as the featured wall. then dekat my living pun i letak the same wallpaper tp i combine kan dgn almost the same pattern but in white color.

i buat di lamex, untuk 2 keping dinding tu, (i duk kat apartment, so kecik je la dinding tu), guna 3 roll wallpaper, tak abis pun 3 roll tu. total cost rm650 je. 1roll=rm150. upah=rm200.

bg i pulak, mmg susah giler masa nak pilih which wallpaper yg sesuai. tp 1st kitorang tentukan konsep umah tu. and theme color. pastu amik kira kaler perabot dan curtain.

good luck! :)

zailamohamad berkata...

Kak CT, boleh aje..nanti bagitau contact no. dia, nanti boleh zaila p survey;) langsir dia buat tak??

N A N I E berkata...

Hi Zaila..ur first pic tuh memang macam my house nyer wallpaper..hehe it's Prague..:)
I tak buat whole house..cuma as feature wall je..

Salesgirl tuh ade ckp, normally kaler yang lembut nih tak cepat boring..Kalau u plan nak pasang sendiri, diorang akan ajarkan..or else bole tgk kat youtube :)
Setengah org ckp, part nak gunting/potong tuh ok..cuma complicated time nak gam tuh..wallahualam :)

Lagik satu, my advice,kalau u berkenan wallpaper, pegi terus ke Branch..jangan ke participating outlet cam Baagus or SSF for Lamex sebab diorang charge tinggi sangat :)..Hopefully dpt membantu..

zailamohamad berkata...

Mrs Izwan, oh thanks for sharing..rumah u mesti cantik kan?? Zaila pon tgh pening ni..maklumlah beli perabot dulu mana ada fikir nak matchingkan ngan tema rumah..huhuhuhu..harus beli perabot baru ni;P

Nurhayati berkata...

bab2 wallpaper ni yati tak arif.. sbb tak pernah pakai kat umah.. tapi ape pun yati rasa kaler sesuai perabot la kot kan. ;)

zailamohamad berkata...

Nanie, thanks for that useful tip tu..Zaila pon ingat nak pasang as feature wall je, kalau nak pasang satu rumah..harus kopaks;p
btw Nanie, Zaila pon berkenan juga yang tu..Nanie match ngan cat warna apa ya??

zailamohamad berkata...

Hayati, betol tu..semua nak kena match kan..itulah yang Zaila xberapa nak arif sangat tu..seb baik ada kawan2 yang ramai tolong bg nasihat..thanks ya..uols memang rock!!

honeylanz berkata...

has blom tambah yg baru. sbb ada simpan yg lebih dulu. ery bgn je tido ckp: ama ye oyak! muka x bersalah. has jwb jgn oyak..cian ama..heheheh

zailamohamad berkata...

has, ada anak kecil macam nilah..Zaila pon dah imagine macamana nak educate anak2 zaila supaya tak koyak / conteng nanti

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^