Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 1 Jun 2010

Baguslah Kalau Dah Tak Boleh Merokok Di Sektor Swasta

KUALA LUMPUR - Selaras dengan pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, semua tempat kerja yang mempunyai sistem pendingin hawa berpusat di sektor swasta digazetkan sebagai kawasan larangan merokok berkuat kuasa hari ini.

Ketika mengumumkannya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu merupakan matlamat utama kerajaan untuk melindungi rakyat daripada asap rokok basi (second hand smoke) dan mengekang peningkatan bilangan perokok terutama di kalangan wanita.

Untuk rekod, sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan sebanyak 20 kawasan larangan merokok seperti hospital, klinik, kompleks membeli-belah dan perpustakaan.

"Kita mahu memelihara tahap kesihatan pekerja agar mereka sentiasa sihat dan produktif serta tidak menanggung kos rawatan penyakit-penyakit akibat daripada pendedahan kepada asap rokok basi seperti penyakit jantung, kanser dan masalah pernafasan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 Peringkat Kebangsaan dengan tema Wanita dan Tembakau-Waspada! di sini semalam.


Sumber di sini

Baguslah kalau betul-betul terlaksana..Aman sket persekitaran Zaila ni dari asap-asap rokok manusia jenis tak reti bahasa ni..Tapi kalau yang merokok itu owner kepada syarikat macamana pula?? * harus aku kena buang kerja kalau aku report * paling susah bila orang dari department kesihatan & keselamatan sendiri adalah perokok tegar..Herm, nampak gaya macam susah je nak terlaksana..

Fakta diri : Tak suka perokok!!!!

3 ulasan:

honeylanz berkata...

mujur opis Has mmg dilarang sama sekali merokok..selamat!!

fabulous.farah berkata...

hahah..jadi alasan pekerja isap rokok g mengular la lepas ni..kat ofis taleh isap okok

mrs shaifull berkata...

paling x tahan kat warung2 tu, kadang2 sian budak kecik, hidu asap rokok, benciii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^