Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 24 Mac 2010

Kalau dah namanya Udang, Masak apa pon sodap!!!

Actually nak cerita pasal udang ni. Kan haritu hubby Zaila beli lobster & udang galah dari Labuan kan?? So setelah hampir seminggu udang-udang tu dok bertapa dalam peti ais rumah Zaila, akhirnya Zaila gagahkan juga keluarkan mereka. Bayangkan, hubby balik last saturday & dalam perjalanan yang memakan masa hampir 4 jam dari Labuan ke Shah Alam, ais yang menyelimuti udang-udang tu tak terjejas pon!! Memang keras, sampailah Zaila cairkan ais tu..No wonderlah ramai yang suka beli makanan laut di sana ya!!

Kat bawah ni ada 2 ekor lobster yang Zaila rebus makan macam tu je. Seriously i have no idea how to cook it..hahahahaa..dasar pemalas punya pompuan;D Naseblah walaupun setakat direbus sahaja, tapi keenakannya memang tak dapat dihuraikan dengan kata-kata;) Rasa macam makan isi ketam pon ada!!

Pastu udang galah yang hubby beli tu Zaila buat buttered prawn macam kat bawah ni. Resepi Zaila tengok kat blog Verde (tapi sorry tak sempat nak copy link) tapi udang tu punyalah besar. Memang puas hati ah dapat makan udang galah dari Labuan ni. Cuba teka ada berapa ekor dalam gambar kat bawah ni??

ada 2 ekor semuanya!!!

Pastu semalam Zaila goreng sahaja lebihan udang-udang galah tu. Pastu masukkan bawang, cili merah & capcicum!! Pon sedap..

ada 3 ekor udang dalam kuali tu

yang ni pula sayur tak tahu nama tapi sedap masak dengan taufu telor & sos tiram

Memang dah lama jugaklah dapur rumha ni tak berasap..hermm...bilalah nak datang mood memasak ni ya??? Kawan-kawan, kalau ada udang selalu masak macamana??

23 ulasan:

Mag berkata...

udang galoh wak khutuk beh gop..

Sharinginfoz berkata...

memang sodap udang ni... hmmm nak2 lagi kalau yang besar masak merah..

Bayar Kad Kredit 5%

Keropok Terengganu

zarin berkata...

hmmm sedapnya udang:-)
paling suka masak butter prawn and buat udang goreng kunyit je..itu pun dah sungguh menyelerakan :-)

Lady of Leisure berkata...

udang lady suka masak sambal tumis, masak halia... sweet sour, goreng berempah, kari etc...
makanan laut ni masak macam mana pun sedap kan esp kalau yg fresh mcm ni..
:)

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhh teruja gk lobster tue .. kalau kita nak try msk butter .. sure bestttt ;-)

mrs shaifull berkata...

waaa terliurnya tgk lobster, selalu kalau akak udang galah tu, goreng je :) hehehe "rajin" kan?

Unknown berkata...

wah....sungguh terliur melihat udang2 itu.

KV berkata...

ha'a, rebus bodo pun sedap

Tanpa Nama berkata...

salam zaila..wow berkenduri udang galahlah ye..eh terliur auntie disini..susah nak dapat lobster n mahal pula tu..semua masakan yg zaila buat sedap...

Zaila Mohamad berkata...

Farah, teringat kerutup mok kak ila buat, sedap!!

Zaila Mohamad berkata...

sharinginfoz, a'a masak camne pon tetap sedap kan

Zaila Mohamad berkata...

Zarin, betul tu!!! Zaila goreng udang tu tak letak apa2 pon sedap juga
actually bila makin besar udang tu, rase dia macam makan ketam kan??

Zaila Mohamad berkata...

Lady, betul..setakat ni Zaila rase semua sedap!!!

Zaila Mohamad berkata...

Di pandai masak xpe, Zaila xreti sangat nak masak lobster tu

Zaila Mohamad berkata...

Kak CT, goreng pon sodap..hehehehee

Zaila Mohamad berkata...

Kak KV, rebus bodo tu..meme sedap

Zaila Mohamad berkata...

Comeybelako, nanti kalau jumpa kat pasar belilah, memang berbaloi

Zaila Mohamad berkata...

Untie, zaila rase kalau untie masak mesti lg sedap

Tie HT berkata...

sedap nye udang my peberet ..

eynda berkata...

Bestnyer menu...boleh tiru yg 2 menu kat bawah...lobster tu kalau terjumpa baru boleh buat :-D

Zaila Mohamad berkata...

Tihara, Zaila pun suka udang!!

Zaila Mohamad berkata...

Eynda, tiru jangan tak tiru!!

Tanpa Nama berkata...

has suk udang ni... grg garam kunyit pun bertambah nasik nye ;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^