Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 1 November 2010

Product Review~Lipton Original Milk Tea

Semalam ke Tesco Shah Alam bawa anak-anak, then biasalah sambil2 dok melilau carik barang tu, kami disapa oleh pekerja Tesco yang tengah buat promosi untuk produk Lipton ni. Pekerja tu bagi kami rasa air teh instant Lipton ni. Biasalah kami, pantang dipromote mesti beli ops, mamposlah pasni mesti ramai yang akan promote barang kat aku ni tapi bukan beli sebarangan juga, sebab bila kami minum tu rasanya agak ok so why not beli kan..Dahle masa tu ada promosi!!

Biasanya harga bagi sepeket teh Lipton ni dalam RM15++ (lupa nak rujuk resit) tapi masa ni dapat RM13++ so oklah kan, lagipon senang bila nak buatnya. Maklumlah zaman sekarang ni semua benda nak segera so teh Lipton Original Milk Tea ni adalah penyelesaian yang terbaik. Rasanya lebih kurang teh tarik yang kita minum di kedai mamak juga *silap-silap mamak pon pakai yang ni sebab cepat & senang nak membikinnya*

So korang, jangan lupa untuk mencuba produk ini ya *gila ah ayat aku, seb baik Lipton tak bayar untuk iklan ni, kalau dibayar..mahu ayat lagi power*

nilah ghupa luarannya


ni ghupa sebelum dikacau, pas kacau..licin mak minum;D

Lepas ni nak rasa air apa pula ya??

3 ulasan:

Joy berkata...

sedapp..pernah try

Tihara berkata...

woo..siap ade iklan teh tarik..beli lah barangan bauatan msia kan :)

Lady of Leisure berkata...

wah teh tarik la ni kan hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^