Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 7 Jun 2011

Hati-Hati Bila Shopping di Jusco

Sekarang ni musim cuti sekolah & macam biasalah Jusco pun ada buat sale..Zaila suka ke Jusco Bukit Tinggi sebab kat situ confirm tak ramai orang & nak dapat parking pun senang. Hari Sabtu yang lepas sempatlah bawa budak-budak ni melepas gian di sana & macam biasalah seperti yang dijangka, Jusco agak crowded sedikit dengan ibu-ibu bapak-bapak yang bawa anak-anak shopping. Eh tengok movie & makan-makan pun ada jugak. Best kan Jusco ni, semua ada!!

So macam biasalah, yours truly ni kalau ke sana time SALE, jadik rambang mata melihat tag diskaun yang ada!! Bak kata en suami kepada anak-anak;- "mama mung ni suko beli" Hahahaa..Memanglah yang oi..Macamana pun kena beli juga sebab saiz badan isteri mu ini dah makin melebar, baju-baju lama sudah tak muat dah;D *bukannya nak ikhtiar kasi kurus*
Sempat jugalah merembat 2 helai seluar kerja. Tapi kan, kalau nak shopping di Jusco time SALE ni kena berhati-hati sedikit bagi mereka yang terbolah (tergesa-gesa) sebab kalau main ambil je mahu tersalah pilih yang normal price.

Tipsnya, kena tilik betul-betul di price tag tu. Kalau ada sticker bulat berwarna, haaaa yang tu memang ada SALE, setiap warna mewakili diskaun yang berlainan. Kalau tak silap Zaila warna hijau 10%, purple 50% & banyak warna lagi cuma tak ingat je *sila pergi ke Jusco sendiri ya*. Kalau tak ada sticker tu, silalah tanya SA yang ada kat situ. Jangan main ambil je, karang bila time membayar tetiba dapat tahu yang item tu takde diskaun, naye karang..Nak-nak bila kita ni bawa duit cukup-cukup makan aje..Mahu ada yang pinjam duit orang sebelah karang *haha gurau aje*


ni price tag yang wajib ada bagi setiap barangan kat Jusco


ni sticker diskaun yang diletakkan di belakang tag harga tu

Tapi kan, selalunya barangan yang ada diskaun ni semuanya yang dah out season & takde saiz. Nak tak nak, kena beli juga yang normal price sebab berkenan punya pasal..



Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^