Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 4 Januari 2011

Mari Kelih Store di ILoveBazaar, Subang Parade

Ini dia entry pertama di tahun aru..Nak taip cepat-cepat pasal nak kejar masa..Sat lagi nak masuk beradu dah pasal bermula dari semalam, waktu bekerja office Zaila sudah start pukul 8 pagi & habi pada pukul 5.30..Alah, awal setengah jam dari biasa je pon tapi cukup membuatkan kami berdua gundah gulana pasai kalo "punch" lewat even seminit pon, nanti kena potong gaji!! Tang kita keje lebih masa toksah kiralah sebab diorang tak nampak..so nak tak nak, kenalah disiplinkan diri bangun seawal mungkin untuk bersiap ke tempat kerja..Alah, bukan jauh pon dari rumah ke office; dalam 15 minit je pon..tupon kecoh ka??

Kecohlah juga memandangkan Zaila ni ada 2 orang anak yang sangatlah aktif tak nak tidur malam & susah nak bangun pagi ni. Nak kejut diorang pon sudah berchentaaa, ditambah lagi dengan sang suami yang selalu tanya "yang, mana stokin abang?" & nak kejar beli breakfast pagi-pagi pasai kalo tak breakfast nanti si baby dalam perut menendang-nendang & kepala naik migrain rasa nak marah orang aje!! get it?? Tak faham?? Abaikan..kan Zaila kena taip laju-laju ni sebab nak kejar masa..*baru tahu masa itu emas*

Tahun ni juga Haziq sudah mula bersekolah di Genius Aulad (hari ni start orientasi) & insya Allah HUsna esok start her playgroup session dengan teacher Sham (cikgu lama Amirul yang sangatlah baik hati & penyayang itu) so of courselah sebagai ibu Zaila agak teruja juga. Rasa macam nak cuti je tapi sayang dengan Annual Leave yang baru penuh tu so biar en suami sahaja yang cuti sebab dia ada banyak cuti..So Zaila doakan moga HAziq tak menangis macam hari induction day dia hari tu *buat malu je, anak orang lain syok main, dia p bantai nanges*

Bercerita tentang azam baru, actually takderlah nak berazam sangat sebab hari-hari biasa pon boleh nak tanam azam kan..cuma bila dah masuk 2011, waktu bekerja dah berubah, bentuk fizikal pon dah berubah, anak pon kian bertambah..tetiba Zaila rasa macam nak berazam (boleh) so berikut adalah azam tahun baru Zaila yang masih panas ni..lama-lama nanti berubah suam-suam kuku;D

1) Nak menjadi seorang ibu yang terbaek..of courselah semua wanita yang bergelar ibu nak kan..Takderlah, in my case ni..anak pon sudahmahu masuk 3 so sudah tentulah tekanan untuk menjaga & mendidik anak-anak akan menjadi makin tinggi kan. Sudahlah takde pembantu rumah *bukan tak nak ambil, tapi diri sendiri yang tak suka* so Zaila harap Zaila akan lebih bijak untuk mengatur jadual harian agar Haziq, Husna & baby yang bakal hadir ni dapat kasih sayang yang sepatutnya & bukannya bebelan (ok, ok membebel ni takleh nak skip) atau "cubitan manja" aje;D Semoga dapat memantau kerja sekolah HAziq & membimbing Haziq agar cemerlang, gemilang & terbilang!! *ok, agak mengarut sket di situ*

2) Nak jadi multi tasking mummy - Ni sama macam yang kat atas kot..disebabkan rumah kami tiada pembantu rumah so Zaila harap Zaila boleh buat semua kerja rumah termasuk membasuh pakaian, menyidai, melipat, menggosok, memasak, menyapu, mengemas & menjaga anak-anak dengan jayanya & of courselah dengan sedikit bantuan dari sang suami..Semoga diberikan kekuatan dari ALLAH untuk melakukan semua ini..Aminn..

3) Menjadi seorang pekerja yang dedikasi - yang ni agak kelakar tapi akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan masa berjalan-jalan atau berehat di surau agar lebih dedikasi terhadap kerja agar setiap sen yang diterima hasil dari bekerja adalah berkat. Dulu Zaila selalu merungut dengan gaji yang tak seberapa jika nak dibandingkan dengan "ijazah" yang Zaila ada..api tu dululah, sekarang ni kalau kita sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH, insya ALLAH..yang sikit akan banyak, yang sempit akan luas so sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang ada & berhenti membandingkan diri dengan orang lain. Insya ALLAH diri akan merasa bahagia;)

4) Menjadi usahawan yang berjaya - yang ni dari tahun lepas lagi..tapi asyik tergendala aje!! Bila biz tengah top, kena tipulah, mengandunglah..Macam-macam halangan kan..Tapi takpelah, Zaila bersyukur dengan apa yang Zaila kecapi setakat ini. Semoga apa yang telah berlaku tidak melemahkan semangat niaga dalam diri Zaila. So cubaan untuk bangkit kembali adalah dengan join balik bazaar yang telah lama Zaila tinggal semenjak berbadan dua ni iaitu berniaga di Ilovebazaar di Subang PArade. So pada kawan-kawan, jangan lupa singgah untuk memberikan sokongan kepada Zaila nanti ya. Insya Allah, this 30th Januari 2011 (ahad) Zaila akan berada di sini bermula pada pukul 11 pagi sehingga 9 malam bersama-sama dengan biz partner Zaila. Kali ni Zaila nak habiskan stok-stok hanger tudung yang ada & mungkin akan ada sedikit clearance stock bagi tudung-tudung lama & kawan Zaila pula ada menjual baju baby & kerongsang pada harga yang murah!!

jangan lupa 30hb ni!!

booth #3 berhadapan dengan PArkson..see you there!!!

5) Blogger yang berjaya - berjaya dari segi apa tu?? hahaha..semoga tahun ni Zaila akan dapat menarik lebih ramai pembaca & kalau boleh nak keluarkan lebih banyak entry-entry yang ilmiah & bagus untuk dikongsi bersama tak kira golongan kaum mahupon usia. Pendek kata, tak naklah bercerita tentang anak je, tapi kalau boleh tentang semua benda yang baik & bagus untuk dikongsi *errr, ayat sama je dengan yang tadi*

Klah, kepala dah buntu..nak tidolah..esok nak bangun awal..tataaaaaaaaaaa

4 ulasan:

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran berkata...

zaila dah niaga semula kat i love bazar ekk...? dah lama la tak buka booth.. hehe

DaZzlingLilLy berkata...

tahun baru azam pun mesti la baru..i pun kalau boleh nak well manage my time..

N A N I E berkata...

Takpe Zailllaaaa this year nak bersalin nanti boleh rehat panjang panjanggggg hehe..

Semoga azam tahun baru Zaila tercapai :))..update la pasal haziq@school :))

littlehumblelynn berkata...

zaila

azam tahun baru ialah nak ada lebih banyak masa utk anak2..aduhai!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^