Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label bazaar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bazaar. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Jun 2014

Penjelasan Tentang Kilang Nasi Arab Yang Terbakar

 Assalamualaikum,

Sebenarnya berita ini sudah lama iaitu pada 8hb lagi di mana dilaporkan tentang berta kebakaran kilang pembungkusan nasi arab (yang aku jual) di akhbar tempatan. Tapi masa itu aku sibuk dengan urusan petunangan dan kebetulan notebook pun rosak, jadi memang tak dapat nak kongsikan kisah yang sebenar di blog ini.

Jadi, hari ini aku kongsikan mesej yang di "screencapture" (tangkap??) iaitu Whats App antara aku dan Pn Waidah (tauke nasi arab Al-Bayt sendiri). Puan Waidah menjelaskan sendiri tentang berita yang dilaporkan oleh akhbar sama sekali tidak benar.



Biasalah berita di Malaysia ini kadang-kadang terlebih kuah dari nasi. Jadi memang jangan percaya bulat-bulat tentang isu yang ditulis itu. Sama juga kalau ada iklan minta derma kilat atau bantuan di Facebook. Salah satu kelemahan rakyat Malaysia adalah suka tekan butang "share" (kongsi) tanpa selidik kesahihan berita. Aku juga banyak kali pernah terkena. Bila nak pindahkan duit, akaun tak boleh terima atau ada masalah. Bila diselidik rupa-rupanya berita itu tidak sahih atau no akaun telah di "block" dari menerima sebarang transaksi lagi.

Jadi, kesimpulan yang boleh diambil adalah di akhir zaman ini akan ada fitnah yang berleluasa, kenalah jadi orang yang bijak dalam menilai berita. Kalau boleh jangan percaya bulat-bulat berita yang dikeluarkan dan sebolehnya selidik dahulu kesahihan berita tersebut.

Oklah, laluan iklan pula :



Jangan lupa meriahkan Eh Eh Bazaar di MAEPS Serdang minggu ini. Boleh dapatkan pes segera nasi arab Al-Bayt di gerai nombor RH12. Tapi minta maaf banyak-banyak aku memang tak ada di situ yaa

Jom datang bagi sokongan pada peniaga-peniaga online kita :)

Rabu, 28 September 2011

Empire Shopping Mall Meletup

Rata-rata mesti semua orang dah tahu pasal letupan di shopping mall "high class" orang Subang & Shah Alam ni..Menurut laporan, 4 orang cedera & 300 orang dipindahkan..Syukur Alhamdulillah kejadian ni berlaku masa semua orang dah tidur & bukannya di waktu bekerja..Kalaulah meletop masa time orang tengah memenuhi bangunan tu *nauzubillahiminzalik* tak naklah bayang!!

Aku rasa semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Mungkin lepas ni pihak keselamatan Empire akan lebih berhati-hati & alert tentang keselamatan bangunan & buat pemerhatian dengan teliti ke atas tempat-tempat yang boleh mendatangkan bahaya. Kalau tak silap, punca berlaku letupan ni adalah kebocoran gas di salah sebuah restoran dalam tu so benda-benda macam ni..huhuhu janganlah ambil mudah sebab ianya melibatkan ramai nyawa kalau benda ni berlaku semasa orang ramai tengah makan kat sini..

pic credit to here

Aku haritu teringin juga nak ajak en suami ke sini masa sambut birthday aku tempohari sebab teringin nak merasa keenakan Pavlova di Restoran Serai tu..Rata-rata dok cakap sedap..tapi en suami malas nak g ke tempat-tempat crowded & parking mahal macam tu so kami lepaklah kat tempat biasa kami iaitu di Jusco Aeon Bukit Tinggi..hehehe dekat ngan rumah & parking pun tak mahal:P

Aku dulu masa aktif join bazar selalu juga ke Subang Parade & lokasi Empire ni depan Subang Paradelah (lebih kurang) tapi tulah, tak pernah pula berkeinginan menjejakkan kaki ke sana..Herm, teringat pula kenangan berniaga di situ..sekarang ni sikit punya susah nak dapatkan tapak kat situ..kalau ada pun, sewa yang mahal & melampau..Takut nanti tak dapat cover modal T____T" so that's whylah aku rileks jap dari bisnes *memang dasar hangat-hangat tahik ayam*

Oklah..Lagi berita pasal letupan di sini, sini & sini..Kawan aku ada kerja sebagai safety officer kat hotel tu..agaknya mesti dia sibuk harini:P

Sabtu, 8 Januari 2011

Dapatkan Voucher RM3 Untuk Shopping di MKS

Buat kawan-kawan semua, dapatkan diskaun RM3 untuk setiap pembelian di booth Mari Kelih Store @i ilove bazaar Subang Parade. Hanya print & bawa voucher ini untuk mendapatkan diskaun bagi pembelian hanger tudung, make up holder, tempat letak aksesori seperti rantai & cincin, kerongsang, barangan baby & ada juga stock clearance untuk shawl pada harga serendah RM5 sahaja.

Buat teman-teman blogger, jomlah berkunjung ke booth Zaila. Tak nak beli apa-apa pon tak apa, boleh kita kenal-kenal & janganlah malu untuk menegur Zaila mak buyong yang paling xvogue. Bukan selalu boleh jumpa kan;D so jangan lepaskan peluang ini;)


sila cetak voucher ini & jangan lupa bawa bersama-sama ke Subang Parade 30hb ini

Jumpa kami di booth #3 (berhadapan dengan Parkson & lift)

Selasa, 4 Januari 2011

Mari Kelih Store di ILoveBazaar, Subang Parade

Ini dia entry pertama di tahun aru..Nak taip cepat-cepat pasal nak kejar masa..Sat lagi nak masuk beradu dah pasal bermula dari semalam, waktu bekerja office Zaila sudah start pukul 8 pagi & habi pada pukul 5.30..Alah, awal setengah jam dari biasa je pon tapi cukup membuatkan kami berdua gundah gulana pasai kalo "punch" lewat even seminit pon, nanti kena potong gaji!! Tang kita keje lebih masa toksah kiralah sebab diorang tak nampak..so nak tak nak, kenalah disiplinkan diri bangun seawal mungkin untuk bersiap ke tempat kerja..Alah, bukan jauh pon dari rumah ke office; dalam 15 minit je pon..tupon kecoh ka??

Kecohlah juga memandangkan Zaila ni ada 2 orang anak yang sangatlah aktif tak nak tidur malam & susah nak bangun pagi ni. Nak kejut diorang pon sudah berchentaaa, ditambah lagi dengan sang suami yang selalu tanya "yang, mana stokin abang?" & nak kejar beli breakfast pagi-pagi pasai kalo tak breakfast nanti si baby dalam perut menendang-nendang & kepala naik migrain rasa nak marah orang aje!! get it?? Tak faham?? Abaikan..kan Zaila kena taip laju-laju ni sebab nak kejar masa..*baru tahu masa itu emas*

Tahun ni juga Haziq sudah mula bersekolah di Genius Aulad (hari ni start orientasi) & insya Allah HUsna esok start her playgroup session dengan teacher Sham (cikgu lama Amirul yang sangatlah baik hati & penyayang itu) so of courselah sebagai ibu Zaila agak teruja juga. Rasa macam nak cuti je tapi sayang dengan Annual Leave yang baru penuh tu so biar en suami sahaja yang cuti sebab dia ada banyak cuti..So Zaila doakan moga HAziq tak menangis macam hari induction day dia hari tu *buat malu je, anak orang lain syok main, dia p bantai nanges*

Bercerita tentang azam baru, actually takderlah nak berazam sangat sebab hari-hari biasa pon boleh nak tanam azam kan..cuma bila dah masuk 2011, waktu bekerja dah berubah, bentuk fizikal pon dah berubah, anak pon kian bertambah..tetiba Zaila rasa macam nak berazam (boleh) so berikut adalah azam tahun baru Zaila yang masih panas ni..lama-lama nanti berubah suam-suam kuku;D

1) Nak menjadi seorang ibu yang terbaek..of courselah semua wanita yang bergelar ibu nak kan..Takderlah, in my case ni..anak pon sudahmahu masuk 3 so sudah tentulah tekanan untuk menjaga & mendidik anak-anak akan menjadi makin tinggi kan. Sudahlah takde pembantu rumah *bukan tak nak ambil, tapi diri sendiri yang tak suka* so Zaila harap Zaila akan lebih bijak untuk mengatur jadual harian agar Haziq, Husna & baby yang bakal hadir ni dapat kasih sayang yang sepatutnya & bukannya bebelan (ok, ok membebel ni takleh nak skip) atau "cubitan manja" aje;D Semoga dapat memantau kerja sekolah HAziq & membimbing Haziq agar cemerlang, gemilang & terbilang!! *ok, agak mengarut sket di situ*

2) Nak jadi multi tasking mummy - Ni sama macam yang kat atas kot..disebabkan rumah kami tiada pembantu rumah so Zaila harap Zaila boleh buat semua kerja rumah termasuk membasuh pakaian, menyidai, melipat, menggosok, memasak, menyapu, mengemas & menjaga anak-anak dengan jayanya & of courselah dengan sedikit bantuan dari sang suami..Semoga diberikan kekuatan dari ALLAH untuk melakukan semua ini..Aminn..

3) Menjadi seorang pekerja yang dedikasi - yang ni agak kelakar tapi akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan masa berjalan-jalan atau berehat di surau agar lebih dedikasi terhadap kerja agar setiap sen yang diterima hasil dari bekerja adalah berkat. Dulu Zaila selalu merungut dengan gaji yang tak seberapa jika nak dibandingkan dengan "ijazah" yang Zaila ada..api tu dululah, sekarang ni kalau kita sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH, insya ALLAH..yang sikit akan banyak, yang sempit akan luas so sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang ada & berhenti membandingkan diri dengan orang lain. Insya ALLAH diri akan merasa bahagia;)

4) Menjadi usahawan yang berjaya - yang ni dari tahun lepas lagi..tapi asyik tergendala aje!! Bila biz tengah top, kena tipulah, mengandunglah..Macam-macam halangan kan..Tapi takpelah, Zaila bersyukur dengan apa yang Zaila kecapi setakat ini. Semoga apa yang telah berlaku tidak melemahkan semangat niaga dalam diri Zaila. So cubaan untuk bangkit kembali adalah dengan join balik bazaar yang telah lama Zaila tinggal semenjak berbadan dua ni iaitu berniaga di Ilovebazaar di Subang PArade. So pada kawan-kawan, jangan lupa singgah untuk memberikan sokongan kepada Zaila nanti ya. Insya Allah, this 30th Januari 2011 (ahad) Zaila akan berada di sini bermula pada pukul 11 pagi sehingga 9 malam bersama-sama dengan biz partner Zaila. Kali ni Zaila nak habiskan stok-stok hanger tudung yang ada & mungkin akan ada sedikit clearance stock bagi tudung-tudung lama & kawan Zaila pula ada menjual baju baby & kerongsang pada harga yang murah!!

jangan lupa 30hb ni!!

booth #3 berhadapan dengan PArkson..see you there!!!

5) Blogger yang berjaya - berjaya dari segi apa tu?? hahaha..semoga tahun ni Zaila akan dapat menarik lebih ramai pembaca & kalau boleh nak keluarkan lebih banyak entry-entry yang ilmiah & bagus untuk dikongsi bersama tak kira golongan kaum mahupon usia. Pendek kata, tak naklah bercerita tentang anak je, tapi kalau boleh tentang semua benda yang baik & bagus untuk dikongsi *errr, ayat sama je dengan yang tadi*

Klah, kepala dah buntu..nak tidolah..esok nak bangun awal..tataaaaaaaaaaa

Jumaat, 30 Julai 2010

Jumpa Mari Kelih di Subang Parade Esok

Salam semua, sorry sebab lately ni sangat jarang untuk update blog. Nipon just a quick update from me. Esok, jangan lupa singgah ke Subang Parade untuk berjumpa dengan Zaila. Insya ALLAH i will be there in front of Celebrity Fitness with my biz partner joining the ilove Bazaar. Kalau mahu cari tudung raya, singgahlah ke booth Zaila ya..

I guess that's all from me..jumpa esok ya!!

Isnin, 21 Jun 2010

Hala Tujuan Hidup

Salam hari Isnin semua..Semoga kawan-kawan bahagia & berada di bawah lindungan ALLAH selalu. Pejam celik pejam celik, cuti sekolah sudah pon sampai ke penghujungnya kan?? Naseblah anak Zaila masih kecil lagi, kalau tak cuti hari minggu macam ni mesti sibuk menguruskan keperluan anak untuk kembali ke sekolah;D

Actually, Zaila nak berkongsi satu cerita. Lokasi & siapa yang terlibat adalah rahsia. Let say Si X (seorang graduan Universiti yang bekerja sebagai di salah sebuah syarikat bumiputera di Malaysia tetapi BUKAN dalam jurusan yang dia belajar di Universiti dulu) bersama dengan si Y (seorang anak muda yang masih mentah dalam kehidupan & sedang menunggu keputusan kemasukan ke Universiti). Sebenarnya si Y ni sudah mendapat tawaran ke salah satu Universiti tempatan di Malaysia ni tapi bukanlah di dalam bidang yang diingini. Berikut adalah perbualan di antara si X & si Y

X : Dah dapat tawaran ek?? Baguslah, dapat kat mana tu??
Y : Ala, dapat tawaran yang tak best, entah apa-apa je nama kursus tu..baik duduk kat sini (maksud dia terus bekerja di syarikat tersebut)
X : Ala, tak kisahlah..janji dapat sambung belajar kan..Degree pula tu!! Baik ambil dari tak dapat masuk ke Universiti langsung kan??
Y : Ambik buat apa, nak suruh jadi macam akak??

Si Y merujuk kepada si X yang nama je graduan Universiti lulusan tuuuut tapi in the end kerja betul-betul di luar bidang belajar si X.

Si Y betul-betul membuatkan X teringat kenangan lalu. Kalaulah semasa zaman matrikulasi lagi X berusaha untuk menukar bidang pengajian X. Kalaulah X berkeras mahu mengikuti pengajian yang X minati, sudah tentu X tidak berada di tempatnya sekarang ini kan??

Tapi Y harus juga ingat, semua yang berlaku ini semuanya telah ditentukan ALLAH swt, kita sebagai hamba ALLAH harus akur dengan qada & qadar & harus sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang ALLAH kurniakan. Sekurang-kurangnya X ada juga kerja & dapatlah juga membayar segala hutang piutang yang dibuat semasa X belajar di Universiti dulu kan??

Bagi Zaila, Y tidak sepatutnya melepaskan peluang tersebut. Memanglah kalau kira lepas je habis belajar peluang untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang pengajian tersebut adalah sangat sukar memandangkan persaingan yang tinggi. Namun, itu tidak sepatutnya bermakna yang Y harus melepaskan peluang untuk sambung belajar begitu aja. Bayangkan, zaman sekarang rata-rata semua orang sudah ada degree & walaupon susah untuk mendapat pekerjaan yang sesuai tapi at least Y ada juga degree yang boleh dibangga-banggakan. Bukan mudah untuk menghabiskan pengajian selama 4 tahun di Universiti so walau seteruk mana pon keputusan yang kita dapat, kita harus berbangga dengan pencapaian kita;)

Satu lagi, Y harus ingat yang Y juga adalah seorang perempuan. Selalunya harga diri senang cerita duit hantaran adalah berdasarkan tahap pengajian perempuan tersebut. Kalau di kampung Zaila, kalau pengantin perempuan adalah lepasan ijazah & nak-nak pula seorang penjawat jawatan kerajaan, harga hantaran mas kahwin boleh melonjak naik di antara RM8k ~ 10k. Lumayan bukan??Duit tu semua nanti pihak pengantin perempuan yang akan dapat so tidakkah berbaloi segala pengorbanan mengorat belajar di Universiti selama 4 tahun?? kalaulah si Y masih di takuk lama iaitu sebagai pekerja bawahan di syarikat tersebut, sudah tentu dia akan dipandang rendah oleh kawan-kawan Y yang berjaya menjejakkan kaki ke Universiti & lambat laun Y juga yang akan menyesal.

Zaila sendiri seorang graduan Universiti yang gagal di dalam kerjaya (serious Zaila tak tipu). Hampir 3 tahun Zaila bekerja di bahagian admin /procurement & bukannya engineering seperti yang Zaila belajar di UPM dulu. Memanglah pada mulanya terasa agak stress juga. Ditambah lagi bila teman seperjuangan ada yang dapat bekerja sebagai engineer, Pegawai kerajaan, malah ada yang sedang melanjutkan pelajaran ke bidang yang lagi tinggi lagi. Perasaan malu & rendah diri memang tak dapat dinafikan lagi. Kadang-kadang selalu menangis seorang diri. Bayangkan berapa kali Zaila bertukar kerja disebabkan perasaan "owh aku tak layak kerja macam ni, aku kan ada degree". Bila kita meletakkan diri kita di tahap yang tinggi so bila kita mendapat ganjaran yang tidak setimpal dengan kelulusan kita, kita akan merasa malas untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh & seterusnya akan cepat merasa bosan. Itulah yang Zaila rasa..

Alhamdulillah, ALLAH bukakan hati Zaila untuk cuba-cuba berniaga. Mula-mula tu ambil kain & tudung dari kakak ipar Zaila yang sememangnya memiliki kedai berniaga pakaian & tudung. Zaila jual kepada teman sepejabat, kawan-kawan & juga ahli keluarga & Alhamdulillah sambutan yang diberi juga amat menggalakkan. Lepas tu Zaila terfikir untuk menjual secara alam maya pula (online). Hampir setahun setengah berniaga secara alam maya, Zaila nekadkan diri menceburi alam bazaar pula & Alhamdulillah juga perniagaan Zaila makin berkembang. Kalau dulu modal sekadar mengharapkan ihsan emak & kakak ipar Zaila tapi kini Zaila sudah mampu membeli barangan dengan duit perniagaan Zaila. Pendek kata, kalau bertandang ke rumah Zaila, bolehlah menjenguk ke butik Mari Kelih yang beroperasi di rumah Zaila;)

Kalau dulu selalu sedih bila gagal temuduga mahupon exam untuk menjadi cikgu atau pegawai kerajaan, tapi sekarang ini Zaila bahagia dengan keadaan Zaila. Bebas untuk melakukan apa sahaja yang Zaila suka. Tidak terikat dengan apa-apa komitmen & yang penting Zaila sentiasa berada bersama-sama dengan anak-anak. Bila kita sentiasa bersyukur & redha dengan apa yang berlaku kepada kita, insya ALLAH semuanya akan berjalan dengan lancar. Setiap orang pasti akan mendapat ujian dari-NYA. Jangan ingat bila kerja sebagai engineer kita akan bahagia. Berapa orang dari kawan Zaila yang selalu mengeluh disebabkan tertekan dengan bebanan kerja & selalu terfikir untuk berhenti kerja & mulakan kehidupan sebagai seorang surirumah sepenuh masa. Pendek kata setiap dari kita pasti akan didatangkan dengan pelbagai dugaan mahupon cabaran dalam meneruskan kehidupan.

Tujuan Zaila membuat entry ni bukanlah nak bermegah diri mengatakan yang Zaila sudah berjaya sebagai seorang peniagawati (macam janggal je nak sebut perkataan ni) tapi Zaila nak bagitahu yang kita seharusnya bersyukur dengan apa yang ALLAH kurniakan pada kita. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Yang penting kena pergandakan usaha & banyakkan bersabar. Hidup ini tidak semudah yang disangka. Even sekaya mana orang tu pon tetap dia kena berusaha juga untuk maintain duit dia so think positive, act positively;) Ayuh, tetapkan hala tuju hidup kita. Jangan terlalu merendah diri dengan apa yang telah berlaku ke atas kita.

Gambar kat bawah ni menceritakan tentang GT Bazaar yang Zaila join haritu. Tapi malangnya tak ada pon tertera nama Zaila mahupon kedai Zaila..hehehehe..Maklumlah haritu hanya insan-insan terpilih je yang telah ditemuramah oleh wartawan tersebut. Tak apa..Lagipon Zaila haritu pon asyik busy melayan customer membeli belah sahaja..hehehee..Sehingga bertemu lagi di GT Baazar 3 sempena dengan tilawah Al-Quran antarabangsa di PWTC hujung Julai nanti;)
sumber Harian Metro tarikh 15/06/2010. Baca berita selebihnya di sini

Fakta diri : Insya ALLAH hala tuju hidup Zaila untuk memiliki sebuah kedai pula. Bukan kedai kain tapi Zaila berazam untuk membuka sebuah restoran masakan kampung. Maklumlah, emak Zaila terkenal dengan masakan gulai kawahnya. Kalau Zaila yang tidak sambung masakan Mak Limah, siapa lagi yang akan sambung kan?? Doakan moga impian Zaila akan tercapai;)

Ahad, 6 Jun 2010

Tips Bagi Mereka Yang Ingin Berniaga di Bazaar / Flea Market

*warning dari tuan tanah : penulisan ini adalah untuk mereka yang sukakan bisnes & semoga tips ini dapat membantu anda mengembangkan lagi biz anda*

Salam hujung minggu semua & selamat pengantin baru buat pengantin-pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan semua. Mesti tak menang tangan mak andam kalau bila dah masuk musim cuti sekolah kan?? Bestnya cuti sekolah..Tapi apakan daya, mek bukan cikgu so bagi Zaila tak ada beza pon cuti sekolah mahupon tidak..Lainlah kalau Haziq dah start bersekolah, haaa masa ni mungkin Zaila orang pertama yang kalut nak rancang percutian kami;D

Oklah, sempena cuti sekolah ni, Zaila nak share beberapa tips berkaitan perniagaan. Zaila nak berkongsi sedikit macamana nak mulakan langkah untuk berniaga kecil-kecilan macam Zaila ni. Maklumlah, boleh buat sebagai part-time untuk menambahkan isi pendapatan rumah kan. Tapi setiap orang mesti ada cara / pandangan masing-masing kan, cuma Zaila just nak share lah sedikit pengalaman semenjak berkecimpung dalam bidang terjun ni;)

1. Minat

First of all, korang mestilah ada minat yang mendalam. Zaila ni oghe Kelate so memang lumrah kalau ada darah daging untuk menjadi seorang peniaga *betullah tu, macam syok sendiri je* tapi seriously Zaila memang suka berniaga. Seawal zaman study di UPM lagi dah start niaga. Tapi masa tu banyak main-main coz saja nak cari extra money *yerlah sangat, duit PTPTIPU kan berkepok-kepok* so tak adalah keluarkan modal sangat. Tapi bila dah berkecimpung ke dalam bidang bisnes online ni & nak pula dapat sokongan dari suami & keluarga, lagilah Zaila bersemangat untuk pergi lebih jauh ke depan.

2. Cari Bisnes Partner

Actually this is an option je, kalau tak nak pon tak apa. Macam Zaila yang modal kecik ni, bila kita nak join mana-mana bazaar, alangkah bestnya kalau ada biz partner (of courselah yang jual barang selain dari yang kita jual)..Bukan apa, banyak faedah yang kita boleh dapat especially dari segi sewa (boleh share-share), pastu boleh mempelbagaikan pilihan barangan di booth kita & lagi satu senang nak gilir-gilir jaga booth tu (in case nak g toilet ke, nak sembahyang ke)..Setengah orang suka berpakat dengan adik beradik, ada pula kawan sekuliah, sepejabat atau kawan atas kawan. But the most important key is chemistry between both of you. Masa ni kita tak bolehlah terlalu berkira sangat jangan terlalu kedekut untuk belanja mereka makan & kerjasama di antara biz partner adalah sangat penting!!

3. Pilih Lokasi Yang Betul

Sekarang ni terlalu banyak oganizer yang buat bazaar / flea market ni. Tapi korang kena hati-hati juga sebab ada yang "manis mulut" sahaja..Sebelum event janji macam-macam tapi bila dah start event macam-macam alasan!! Setakat ini Zaila dah join 2 bazaar iaitu di Subang Parade (under RYL Design untuk ilovebazaar) & PWTC (under Berrybunch untuk GT Bazaar) & of course dua-dua pon ada pro & kontranya. Bagi Zaila, apa yang penting tempat tersebut adalah merupakan salah satu tempat di mana target customer kita ramai. Dari pengalaman Zaila yang jual tudung ni, Subang Parade agak kurang sesuai untuk menjual tudung-tudung macam Zaila jual ni sebab kat sana kaum cina yang banyak mendominasi shopping complex tu, tapi kalau nak raya ni mungkin sesuai kot sebab ramai yang akan berkunjung ke sana mencari tudung raya kan;) Pengalaman Zaila di PWTC pula tersangat-sangatlah manis & pahit..Macam-macam yang telah Zaila alami & tempuhi sampai rasa macam malas nak kongsi. Apa yang pasti, crowd di PWTC memang sentiasa ramai & insya ALLAH kalau kena dengan big event, habuan yang ada sudah semestinya lumayan;)

pada sesiapa yang berminat untuk join GT Bazaar III, boleh isi borang ini

Kalau nak join di Subang Parade pula, bolehlah contact email di atas tu

4. Bersedia

Selalunya bila hampir dengan hari event tu, make sure kita sudah bersedia fizikal & mental. Di sini Zaila buat check list apa yang perlu dilakukan untuk menghadapi hari tersebut.

- Survey tempat dahulu : bagi mereka yang tinggal jauh dengan tempat jualan, harus survey dulu supaya korang sampai awal di tempat kejadian. Nanti boleh set-up booth awal & bila orang ramai dah berkunjung, korang dah bersedia untuk melayan pelanggan. Kalau boleh hantar barang lebih awal & keluar rumah awal untuk mengelakkan sebarang masalah seperti sesat, tak jumpa parking terdekat, tak ada lif, bla bla bla..see, di sinilah pentingnya supaya kita bersiap sedia dengan segala halangan yang mungkin ada.

- Barang : Kalau boleh, make sure barangan sudah di asingkan mengikut harga. Pastikan korang bawa hanger yang mencukupi, plastik bag, kalkulator in case tak reti congak, papan tanda harga, & segala benda yang berkaitan ada dibawa bersama. Owh, duit kecil (RM1, RM5 & RM10) juga penting untuk bagi baki kepada pelanggan. Jangan sampai pelanggan kena pergi tukar duit kecil sendiri ya (nanti elok-elok orang nak beli barang kita terus tak jadi)

- Name Card / fliers : ini penting supaya orang ramai dapat tahu address blog kita & bagi mereka yang dah beli produk kita, bagi diskaun kepada return customer in order to keep their loyalty to us. Lagi satu, kalau customer minta diskaun tu, janganlah kedekut sangat. Kalau tak dapat bagi diskaun pon, at least bagi free gift atau sesuatu yang akan membuatkan pelanggan tersenyum riang;)

- Pastikan booth menarik : Yang ni Zaila failed!! haa haa haa..Tapi bagi mereka yang kreatif, rasanya tak ada masalah kan..Bagi Zaila, booth kurang menarik takpe, tapi pastikan harga yang kita letak itu menarik hati pelanggan untuk datang ke booth kita;)

5. Promosi

Bila semua dah siap, apa yang kita perlu lakukan adalah tarik perhatian pelanggan dengan promosi. Macamana nak lakukan promosi?? Bergantung kepada kreativiti masing-masing. Pelanggan memang sukakan promosi so pastikan kita ada sesuatu yang dapat menarik mereka untuk membeli barangan kita.

6. Usaha, Doa & Tawakkal

Bila dah lakukan macam-macam tu, kita kenalah tawakkal kepada ALLAH. Adat berniagalah kalau sudah penat-penat tapi tetiba hasilnya tidak memberangsangkan. Zaila pernah satu hari berada di Subang Parade (I love Bazaar) then hanya dapat RM30 je haritu. Kos pergi & makan lebih mahal dari apa yang dapat. Belum kira penat lelah kita set up booth lagi. Tapi itu tidak pernah membuatkan Zaila patah semangat, sebaliknya kita belajar dari kesilapan & buat kajian sedikit tentang kegagalan kita..Heheheheee..sebab tulah Zaila dah tak join di Subang Parade tu. Apa-apa pon, kesimpulan yang harus diambil, bukan mudah untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya. Zaila sendiri pon masih banyak perkara yang Zaila belum buat & tercapai. Doakan moga suatu hari nanti impian Zaila untuk membuka sebuah butik pakaian muslimah tercapai. Buat masa sekarang, kena banyak bersabar & buat secara part time dulu, masih banyak lagi modal nak kena kumpul ni..hehehehee

Khamis, 3 Jun 2010

Rab.bani Di GT Bazaar 2, PWTC

Tajuk harus letak nama kumpulan RAB.BANI tu..

Actually, lama juga Zaila tak cerita pasal perniagaan Zaila kan. Maklumlah lepas pindah, busy dengan kemas rumah segala & Haziq yang admitted tu, membuatkan Zaila terlupa yang Zaila sebenarnya ada join bazaar dengan organizer yang pernah menganjurkan bazaar masa Pesta Buku Antarabangsa bulan Mac lepas. Mesti ada di antara korang yang pernah dengar tentang Karnival Youth10 di PWTC kan?? Haaa..Zaila buka booth di sinilah!! Tapi 2 hari je iaitu pada hari Sabtu & Ahad. Tapi kali ni, crowd takdelah seramai Pesta Buku yang lepas so jualan pun takdelah kow-kow sangat..Tapi syukur Alhamdulillah, adalah habuan sedikit..memang adat berniaga kan..Tak selalu kita akan dapat untung, apa yang penting sentiasa bersyukur pada NYA;)

Kali ni memang agak ramai vendors yang meniaga di sini. Macam-macam ada dari pakaian, tudung, baju renang muslimah, ubatan, sabun, biskut & macam-macam lagilah. Pendek kata, haritu Zaila dok perabis duit je kejenya niaga tak laku mana, tapi Zaila pula yang over shopping

Malas nak cerita banyak, jom layan gambar;-
ni booth Zaila yang sempoi..haaa Mari Kelih!! Mari Kelih!!
ada barangan Tupperware (kawan Zaila yang jual) & hanger tudung (yang ni Zaila jual)
Boleh pilih mana satu yang berkenan di hati;)
Bersama Jue aka owner kepada butik BabyandKids Collection. Zaila ada beli baju untuk Haziq;-

handsome tak anak mak?? harga baru RM25 (tapi ni harga sesama vendors)..Murah kan??
Teringat Nasi Ayam kat kedai dalam The Mall ni..silalah cuba Buttered Chicken Rice dia, sangatlah sedap!!!
Ni hari kedua dah..Tuan kedai posing sorang-sorang kat depan kedai;D
sepanjang laluan. Kami sebenarnya kat ruang legar PWTC kat bawah tu (area CIMB Bank)
ni kedai sebelah Zaila..baju-baju yang dijual semua cantik
ni booth jual pakain renang muslimah..Jangan terkejut kalau Zaila pon ada membeli di sini;D
bersama Matus, owner kepada House of Muslimah Swimsuit. Silalah jengah ke blog Matus untuk dapatkan baju renang muslimah yang cantik-cantik..Zaila dah ada satu, dapat harga vendor juga..seronoknyaaa;) nak tengok gambar baju renang Zaila?? Toksahlah..dah macam balut nangka dah gayanya;D

Hari kedua tak ramai sangat orang so sempatlah masuk ronda-ronda ke dalam exhibition Youth10 tu. Ingatkan dalam PWTC, rupa-rupanya kena berjalan jauh ntah ke mana-mana ntah. Pastu nak masuk sini kena bayar RM5 tapi kalau kita ada kad bank dari Maybank so dapat percuma..Seb baik Zaila ada kad bank tu walau tak ada duit kat dalam tu
mula-mula masuk jumpa booth Celcom ni. Memang bingit bila masuk dalam ni..seb baiklah Zaila punya booth bukan kat dalam ni..Kalo tak, mahu pokak telinga mak;D
pastu ada booth Libresse (tuala wanita) & Zaila ada dapat free sample, nanti nak buat produk review pasal tuala wanita ni..memang best sangat-sangat * good bye Whisper & Kotex *
ni booth Maybank..kat sini ada ular, kura-kura & macam binatang lagi..tak masuk sangat sebab geli dengan ular;D
ni pon tak tengok sangat sebab takut terbeli * padahal takde duit *
ni Hot FM, tapi sorang pon tak ada masa ni
kat dalam ni ada shopping festival juga. Vendor yang dok kat sini diorang menyewa direct dengan organizer Youth10 ni..Tapi syukur juga Zaila tak ambil yang kat sini pasal dahle panas, peniaga ramai pastu surau ngan tempat makan pun jauh. Tapi jualan diorang pon khabarnya tak berapa juga sebab yang datang tu student-student so faham-faham sendiriklah ya;D
dia buat ala-ala style flea market gitu

Haritu ada juga artis yang datang memeriahkan GT Bazaar tapi kumpulan RAB.BANI sahaja..Itupon sebab RAB.BANI ni adalah duta satu syarikat minyak wangi (Zaila lupa namanya) yang menyewa kat booth sini, itu pasallah diorang datang sebentar buat promosi.
sesi ambil otograf..Sian kooo, tak ramai pon orang yang datang minta otograf..Maklumler penyanyi nasyid kan..cuba kalo artis tuuuuut, sure berduyun berbaris macam reporter pula Zaila ni
Mereka ni datang nak promosi album terbaru diorang juga..So sape-sape yang datang kat situ mesti dapat poster free;)
ni gambar booth jual selipar bunga-bunga..
kat sini pula tempat budak-budak main playstation..memang bingit;D
masa ni pula RAB.BANI buat persembahan. Kalau arwah Ustaz Asri ada, sure sedap!! Al-fatihah buat arwah. Paling sedih bila ada salah seorang dari mereka suruh doakan moga RAB.BANI dapat teruskan perjuangan dakwah arwah ustaz Asri..

Nak tahu apa lagi yang Zaila beli di bazaar tu??

dress untuk budak pompuan comot ni..pon harga RM25

table runner untuk console table kami (baru RM10)

Insya ALLAH, penghujung bulan Julai ini ada lagi GT Bazaar 3 di ruang legar PWTC bersempena dengan Tilawah Al-Quran Antarabangsa, International Malaysia Franchise Expo 2010 & MIDE Expo 2010..Hopefully masa ni crowd ramai maklumlah, kan nak raya

Pada sesiapa yang ingin membeli hanger tudung pada harga borong, bolehlah ke Kedai Zaila ya;)

Isnin, 31 Mei 2010

How's Your Weekend??

Salam Semua..Best kan cuti 3 hari;)) Ke mana kamu semua?? Zaila macam biasa jadual mesti penuh dengan aktiviti..Alhamdulillah, walaupun 3 hari cuti bekerja tapi badan masih bersemangat untuk kembali ke pejabat hari ni;) tapi tak tahulah tahan sampai pukul berapa

Jumaat yang lepas Zaila ke IKEA..First time ke IKEA memang jadi rambang mata sebentar * sila jangan gelak di atas kejakunan mak ya * Maklumlah dulu mana nak fikir nak cari barang untuk cantikkan hias rumah segala kan, sekarang ni haruslah buat lawatan ke IKEA selalu sebab banyak produk-produk yang amat serasi dengan hati mak kelengkapan rumah Zaila ada kat situ;) Gambar nanti upload..hehehehe

Petang Jumaat tu, sesi bertandang dari kakak & abang ipar Zaila (husband Zaila ada abang & kakak kembar so everytime nak bertandang ke rumah diorang selalu datang bersama). Baru 2 keluarga datang tapi dah penuh rumah Zaila ni..tapi best bila dapat kumpul sama-sama. Zaila tak sempat nak sediakan apa-apa makanan yang sedap berat pon petang tu, just goreng mee & buat teh O je..Pada kak Yah & abang Yie sekeluarga, janganlah serik untuk bertandang lagi;)

Malam tu lepas Maghrib pula Zaila terus shoot ke PWTC hantar barang. Kali ni sekejap sahaja seba dah tahu kat mana lokasi bazaar..Cerita pasal bazaar ni esok..Malam ni baru nak upload gambar so tungguuuuuuUUUuuuuu..

Kawan-kawan pula ke mana sepanjang cuti3 hari ni??

Selasa, 23 Mac 2010

The Terbakar Draw (GT Bazaar)

Jom kita bercerita tentang bazaar yang akan Zaila join this weekend. Actually hari Sabtu yang lepas, Zaila telah diberi taklimat oleh organizer kami iaitu En. Azahar from Adlin Bakar Berrybunch. So far, semua booth telah pon disewa & Zaila difahamkan ada pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh organizer kami ni.

Di antara aktiviti yang Zaila rasa agak menarik untuk dikongsi bersama adalah "The Terbakar Draw (GT Bazaar)". Kalau nak masuk lucky draw ni senang sahaja, kawan-kawan hanya beli satu barang di booth Zaila atau booth lain & Zaila akan berikan satu draw form, kemudian isi maklumat & Zaila akan stamped form tu sebagai bukti pembelian. Kemudian bolehlah hantar borang tersebut kepada organizer. Mudah saaaajaaaaaa (nyanyi macam lagu Digi tu)

Nak tahu hadiah-hadiah yang bakal dimenangi?? Antaranya adalah:-

1. 10 x RM100 Grocery Coupon by Berrybunch Grocer
2. 3 x Samsung Handphone by Berrybunch Gadget
3. 1 x 3D2N Port Dickson Family (4 pax) by Berrybunch Getaway
4. 1 x 3D2N Langkawi Premier (2 pax) by Berrybunch Grocer

Syok kan?? So apalagi, kawan-kawan hanya perlu membeli minimum satu item sahaja then dah boleh sertai lucky draw ni. Cubalah, mana tahu kan..tuah ayam nampak di kaki, tuah kawan-kawan dapat menang hadiah;)

Thanks to our lovely organizer yang sanggup menyediakan hadiah yang cukup best!! Selain itu, ada juga penampilan badut (sebanyak 3 kali sehari) & juga belon serta kiddipack. So Zaila rasa teramatlah berbaloi-baloi untuk datang ke GT Bazaar ni!! Kalau dah penat shopping buku, kita cuci-cuci mata pula ke GT Bazaar ni, mana tahu kot-kot ada yang berkenan ke;) Ingat tau, booth Zaila #18 di dalam Bilik Sarawak & booth Zaila ada jual pelbagai pilihan tudung & kerongsang pada harga yang berpatutan. Kenapa?? Tak percaya?? Kalau tak percaya, kenalah datang kat sini & tengok sendiri, lepas ni mesti percaya..hehehehehee


klik gambar untuk paparan lebih jelas

Actually dalam perancangan awal Zaila, Zaila akan berada di Subang Parade sepanjang hari Sabtu (Insya ALLAH dari pukul 11 pagi sampai 9 malam) so kepada Nanie, Haidah & blogger lain yang ingin berjumpa dengan Zaila, amatlah dialu-alukan. Jom datang ke Subang Parade meriahkan suasana. Booth di PWTC pula akan dijaga oleh rakan bisnes (suka perkataan ni, nampak korporat aje) Zaila so jangan malu untuk minta diskaun sebab Zaila dah pesan kalau cakap je kawan Zaila, automatik dia akan bagi diskaun di atas setiap pembelian tu;)

Insya ALLAH hari Ahad nanti Zaila akan berada sepenuhnya di PWTC so pada sape-sape yang nak jumpa in person dengan Zaila pada haritu, amatlah di alu-alukan (cewah, ferasan artislah pula) & booth di Subang Parade akan dijaga sepenuhnya oleh pekerja Zaila..Moga ALLAH permudahkan segalanya. Zaila hanya merancang, ALLAH yang akan menentukannya nanti.

Jangan lupa ya kawan-kawan..Details seperti dibawah:-

Mari Kelih di Pesta Buku Antarabangsa 2010
No. booth : #18 Bilik Sarawak
Masa operasi : 9 pagi - 9 malam
Tarikh : 27 & 28hb Mac 2010

Mari Kelih di Subang Parade (depan Celebrity Fitness)
No. booth : #23 (Sabtu) & #24 (Ahad)
Masa operasi : 11 pagi - 9 malam
Tarikh : 27 & 28hb Mac 2010

See you there!!


Khamis, 18 Mac 2010

Mari Kelih Store di Pesta Buku Antarabangsa 2010

Alhamdulillah, akhirnya ALLAH ketemukan juga Zaila dengan seseorang yang sudi berkongsi booth dengan Zaila di GT Bazaar bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa 2010 pada 27 & 28hb ni nanti. Zaila memang cukup teruja untuk berada di sini memandangkan crowd yang dijangka akan menghadiri Pesta Buku ini adalah seramai lebih kurang 300 ribu orang & harap-harap dalam 300 ribu orang tu adalah seribu dua pelanggan singgah ke booth kami...ahaksss..

Lagipun sebagai seorang peniaga fleamarket / bazaar, Zaila harus mengambil peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman berniaga di setiap lokasi yang berlainan. Yang paling penting, jangan takut untuk mengambil risiko, adat berniaga mesti akan ada persaingan kan, tapi kalau sudah rezeki kita, insya ALLAH tak akan ke mana juga kan!!

Pada kawan-kawan blogger especially Nanie & Haidah, jangan risau sebab booth Zaila di Subang Parade pun masih ada cuma mungkin Zaila akan berada di Subang Parade pada hari Sabtu & akan ke PWTC pada hari Ahad (bergantung pada keadaan) tapi apa-apa hal pon Zaila akan inform kemudian ya..Kalau nak datang dua-dua booth pon, lagi Zaila suka;)

So kawan-kawan, jangan lupa untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC 2010 pada 27 & 28hb ini, sambil-sambil itu sila cuci mata di booth Zaila yang akan menyediakan pelbagai pilihan tudung Muslimah, kain ela & kerongsang yang pastinya dijual pada harga yang berpatutan. Kalau tak silap Zaila, ada cabutan bertuah juga bagi mereka yang membeli di booth-booth GT Bazaar ni seperti percutian 3D2N di Port Dickson, menarik bukan?? Apa tunggu lagi, mari pakat beli di booth Mari Kelih Store, mana tahu rezeki anda boleh menang hadiah kan;)

iklan Pesta Buku Antarabangsa 2010

jangan lupa singgah GT Bazaar ya

layout lokasi MKS, jangan lupa berkunjung ke bilik Sarawak booth #18. Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik sini

Kalau nak tahu, booth #19 tu disewa oleh Jue atau Babyandkidscollection, haaa pada sesape yang nak beli baju baby yang chomel-chomel, bolehlah singgah sini ya;)

Jangan lupa untuk singgah ke booth Mari Kelih Store ya..diskaun hebat menanti anda!!!

Isnin, 15 Mac 2010

Melepas Pula

Hari Sabtu lepas Zaila ada terima email dari Berrybunch Webportal, mana diorang dapat email address Zaila pon tak tahulah tapi Zaila tak heran sebab email Zaila ni kan terdedah pada umum & nak-nak Zaila gunakan untuk business pula, sohihlah ramai yang akan noticed kan;)

So just nak share intipati email tersebut;-

Dear internet fashionistas of Malaysia,
We would like to invite you to participate as bazaar seller at :-

GT Bazaar PWTC @ Showcase Berrybunch
Putra World Trade Centre (PWTC), KL
27th & 28th March, 2010 | 10AM - 8PM

This event will be held during the KL International Bookfair weekend. An
estimated 250,000 - 300,000 people will be there during these two days.
The promotional fee at the moment is RM330.00 for both days, payable in
full on application.

The payment provides you with :-
1) bazaar space approx 5ft X 6.5ft + 3.5ft gap between sellers
2) 1 x table and 1 x chair (if needed)
3) carpeted & air-conditioned bazaar environment
4) generic signage on site

Should you be interested to join us please complete our online form at
http://gwb.berrybunchbox.com/terbakar .. for further information please
contact 016-6060380 (Mr. Azahar)

Best wishes & thanks

Sherry Anis
Senior Business Development
The Berrybunch Webportal Project
c/o Adlin Bakar Berrybunch (001933336-W)

Herm, Zaila memang berminat untuk join event ni tapi masalahnya Zaila dah booking untuk berada di Subang Parade pada 2 hari tersebut so rase macam aisey...melepaslah pulak!!!

Ada tak kawan-kawan blogger yang berminat untuk sewa tapak di PWTC ni?? Bolehlah contact organizer tu, kalau nak share booth dengan Zaila pun boleh juga!!! Just email me at zailamohamad@yahoo.com ok;)

Isnin, 8 Mac 2010

Mari Kelih Store at I Love Bazaar Again!!!

Atas permintaan ramai, gerai MKS akan berada lagi sekali di I love Bazaar di Subang Parade pada 27 & 28hb Mac ini. Jemput datang ramai-ramai meriahkan bazaar ini;)

Hari Sabtu booth Zaila akan ada di #23 manakala hari Ahad di #24 (seperti dulu)..Pada mereka yang ingin membeli tudung pada harga murah-murah, silalah datang, bawa emak, adik, kakak, sepupu sepapat belaka;)

See you there!!!

Sabtu, 6 Mac 2010

Cerita di I Love Bazaar Part I

Salam semua!! Waaah, hampir seminggu Zaila menyepi, especially selepas penyertaan MKS di i lovebazaar di Subang Parade pada 27 & 28hb Februari yang lepas. Satu pengalaman yang cukup baru & sudah tentu memenatkan buat Zaila!! Sepanjang minggu lepas Zaila berkampung di Subang Parade kerana kami tiba di sana seawal pukul 9 pagi & pulang ke rumah dalam pukul 11 malam. Naseb baiklah hubby sanggup menjaga anak-anak;)

Sejak hari Jumaat lagi Zaila sibuk menyenyediakan persiapan yang terakhir. Mujurlah Jumaat yang lepas cuti Maulidur Rasul, sempat jugalah Zaila keluar membeli stok tudung & petang tu kaum keluarga ipar datang ke rumah memandangkan MIL ada di rumah Zaila. Malam tu Zaila memang set untuk tidur awal supaya esoknya Zaila dapat berniaga dengan cergas (cewah!!) tapi last2 terbabas juga sampai pukul 12 malam..hehehehe..excited sangat sampai tak boleh lelap mata ni;D

Zaila ke Subang Parade ditemani oleh business partner Zaila merangkap sales assisstant tak bergaji Zaila iaitu Kak Khaty..hahahahaa..pada mereka yang baca entri ini, mesti macam pernah lihat kan;) Kak Khaty ni orang Kelantan juga, sebab tulah dia suka berniaga!! At first Zaila hanya main-main je ajak Kak Khaty tapi tak sangka dia berminat juga untuk berniaga haritu;D
Adik ipar Zaila juga ada pada hari pertama kami di Subang Parade ni..Terharu Zaila pada mereka yang banyak berkorban untuk Zaila..Thanks guys, jasamu ku kenang sampai mati-___-

Kami merupakan peserta booth yang pertama sampai di tapak bazaar tu. Best juga bila datang awal2 ni sebab tak ramai orang (vendors yang lain), bila tak ramai orang tu agak senang sikitlah kalau kita nak pasang-pasang peralatan & susun apa-apa yang patut. Naseb baik ramai asisstant, kalau tak..berpeluh ketiak juga mak nak buat sorang2;D

Nilah ghupa booth Zaila yang tak seberapa ni;-

rak hang tudung-tudung

vendors masing-masing busy mengemas barangan mereka

banyak pakaian yang best2 ka sini, handbag pon sama;)

alahai rupa booth Zaila yang memang sempoi

rupa sales assistant yang tidak dibayar gaji;D

first customer Zaila merangkap best friend Zaila masa di UPM
thanks Najwa for your support, baru balik dari Jom Heboh terus ke booth Zaila, penat2 je..

another customer, masa ni selepas Zaila solat Zohor, Alhamdulillah murah rezeki;)

Model dah pakai pon tudung dari MKS

Thanks Eila yang sanggup datang dari Kajang!!! really2 appreciate it

Thanks to Eynda juga..Memang cantik ah Eynda ni, tengok gambar ni macam langit & bumi bezanya (gemoknya ai)..huhuhuhuhu

proof of purchase, for testimoni, read here

cuba teka siapa kat sebelah Zaila tu?? heheheheee

Ada beberapa lagi pelanggan Zaila yang Zaila lupa nak snap gambar dek kerana adalah satu kes tu, bila Zaila dok excited nak amik gambar then lupa nak ambil duit jualan..heheheee seb baik sempat kejar orang tu, kalo tak..huhuhuhuhu;(

Malam tu Zaila balik rumah pukul 11 malam & sampai je terus fengsan kepenatan (lagi penat dari jaga Haziq & Ameera tau)..

Oklah sambung cerita hari Ahad di I Love Bazaar Part II pula!!!


Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^