Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 27 Februari 2011

Movie Night : Julia & Julie

Malam tadi layan movie di HBO *hai, mentang-mentanglah Zaila complaint takde movie best every weekend, tetiba malam tadi citer bestlah pula..baru je ingat nak unsubscribe HBO this month;D*

Tetiba me & husband tersuka pula cerita ni *i think i fell in love again with Meryl Streep* Suka sangat dengan lakonannya yang bersahaja tu. Ok, cerita ni sebenarnya adalah sebuah kisah benar hasil tulisan Julie Powell & telah difilemkan & dilakonkan oleh Meryl Streep (Julie) & Amy Adams (Julia).

Al-Kisahnya macam ni, si Julia ni memang sangat sukakan Julie setelah membaca buku hasil tulisan Julie iaitu Mastering the Art of French Cooking yang diterbitkan pada tahun 1961 & Julia telah memulakan cabaran di dalam penulisan blognya iaitu 365 Days, 524 Recipes, 1 Tiny Apartment Kitchen. So si Julia ni selalulah imagine that bila aje dia memasak / mencuba masakan Julie, dia dapat merasakan Julie ada bersama dengannya & memberikan dia inspirasi untuk menjadi more like Julie. Apa sahaja resepi yang telah dicuba oleh Julia akan dikongsi bersama di dalam blognya yang pada mula-mula tu hanya mendapat sambutan dari emak Julia sahaja!!

Makin lama Julia makin mendapat perhatian pembaca & minatnya terhadap Julie juga semakin menjadi-jadi sampaikan dia menangis macam anak kecil setiapkali masakannya tak menjadi & selalu salahkan suaminya kerana mereka tinggal di atas sebuah apartmen di atas kedai pizza. Masa mula-mula tengok ni cerita ni memang pening sebab ianya menceritakan kisah Julie & Julia secara bergilir-gilir iaitu imbasan balik zaman Julie di mana dia mengikut suaminya ke Perancis & belajar kelas masakan Perancis di sana. Mula-mula tu, hanya Julie seorang warga Amerika perempuan yang belajar memasak & gemarkan shopping groceries tapi lama kelamaan makin ramai kaum wanita Perancis yang lain yang ingin belajar kelas masakan dengannya.

Makin lama makin ramai yang mengikuti blog Julia & sampailah satu masa tu ada seorang wartawan dari suratkhabar New York Times yang datang ke apartmentnya untuk menemubual Julia mengenai kegilaannya terhadap Julie & dia berharap yang satu hari nanti akan bertemu dengan idolanya Julie. Bila je temuramahnya keluar paper, tak semena-mena Julia ni femes & nak tahu apa kesudahannya??Haaa, kenalah tengok sendiri ya!! lagipon Zaila tak pandailah nak review full story movie ni, macam caca marba jadiknya


Pendek kata, memang seronok menonton cerita ini & bagi sesiapa yang suka membaca, bolehlah cari hasil tulisan Julie Powell tu untuk lebih mendekati & menghayati watak si Julie & Julia ni. By the way, kat bawah ni adalah wajah sebenar penulis buku Julie & Julia ni;-

source from here

Apa yang Zaila suka tengok dalam cerita ni adalah apartmen si Julia ni. Tersangatlah chumel-chumel belaka segala susun atur perabutnya. Walaupon mempunyai ruang yang agak terhad, tetapi Julia bijak menggunakan setiap ruang di dalamnya agar setiap ruang adalah berguna & mudah dicapai. Lihat sahaja meja makan yang berada di tengah-tengah ruang rumah mereka, walaupun kecil tapi boleh memuatkan beberapa orang dalam satu masa tertentu *korang kena tengok cerita ni*

masa ni Julia tengah menonton rancangan masakan yang Julie hasilkan

Kalau tengok dapur si Julie ni lagilah jeles sebab walaupun kecil tapi semua benda tersusun & berada di tempat yang sepatutnya. Lihat aje susunan periuk & bekas di atas rak tu;-

rasa macam nak praktikkan kat dapur sendiri aje *maklumlah dapur rumah Zaila kan kecik*

yang ni pula dapur rumah Julia. kecil tapi praktikal

Masa ni bila Julia meraikan kejayaannya masuk paper *suka susunatur meja tu*

Oklah, tu aje kot review pasal movie ni. Selamat menonton!!






8 ulasan:

Lovely Emy berkata...

kita pun tgk cerita ni mlm td, sebenarnya xpaham tau, tapi mmg sampai ngs ngs kan julia tu bila dia rasa julie xminat dia, heh, ni kisah benar ni :b

Lady of Leisure berkata...

salah satu cerita fav lady ni, tengok ulang2 tak jemu hehehe.. gigih betul julia nak blajar masak kan.. hehe

maya amir berkata...

wahhh..bagus ade review camni..teruja nak nengok..:)

littlehumblelynn berkata...

x pernah tgk..harusler tgk nanti!!

zailamohamad berkata...

Lovely Emi, sekarang dah faham ke??hehehe..akak pon masa mula2 tengok pon tak faham juga

Lady, Zaila pon dah start minat akan cerita2 macam ni..kalo tengok lagi & lagi pon rasanya takkan jemu;)

Maya, silalah cari DVD nya ya;)

Wan berkata...

dah lama tingin nak tgk, tapi tak tertengok2 jugak. cam best gak jalan citer dia..
pssstt.. ending dia camne? :)

zailamohamad berkata...

Wan, ending dia last2 si Julie tu marah kat Julia sebab dia kata Julia xbersungguh2 belajar masakan dia tp at last Julia sedar & cuba untuk habiskan belajar semua resepi yang Julie ajar dlm buku tu..best cerita ni..silalah tengok ya!!

Tanpa Nama berkata...

mcm tertukar saja namanye. meryl streep itu yang julia (julia child). Yang si muda itu (amy adams) adalah julie. julie powell kan writer novel itu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^