Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 3 Mac 2011

Lagi Resepi Mudah Bagi Ibu Bekerja

Assalamualaikum semua,

Sebagai seorang ibu yang bekerja hari-hari balik lambat selalunya Zaila suka menyediakan menu-menu yang simple sahaja. Stok bahan mentah seperti ikan, ayam & sayuran pun kadang-kadang tak banyak sebab dah banyak kali membazir disebabkan ada masa-masa tertentu Zaila tak larat & selalunya makan di luar adalah penyelesaian yang terbaik. So di antara bahan-bahan yang Zaila akan pastikan ada di dapur adalah bahan-bahan kering & segera seperti makaroni, sosej / daging cincang, telur, udang, sayur campur, ikan bilis & sayur pula yang jenis susah mati layu seperti kobis, terung, cendawan shitake & kadang-kadang sawi hijau.

Cara penyediaan menu pun sangat senang sampaikan waktu memasak tu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja *ok tipu, mungkin sampai setengah jam* tapi bergantung kepada keadaan juga, kalau ada pembantu (of courselah en suami) haruslah lagi cepat kan. Apa yang penting?? Kerjaaaaasaaaamaaa ~bak kata Wonderpet;) & yang paling penting juga, jangan nilai masakan tersebut pada rupa tapi nilailah bergantung kepada rasa;D

Jom lihat beberapa resepi mudah yang boleh disediakan tak sampai setengah jam pun;-

fettucini digoreng bersama sos spaghetti segera Kimballs & udang

Cara-cara;-

Rebuskan fettucini (boleh juga pakai spaghetti / makaroni ya) sampai lembut

Dalam kuali berlainan, tumiskan bawang putih, bawang besar, masukkan udang yang telah dibuang kulit & bila udang masak, masukkan kuah spaghetti segera jenama Kimballs & masukkan garam & gula. Masukkan fettucini & wallah!! Hidangkan bersama parutan keju & dimakan bersama sos cili..Sedap!!

Menu kedua adalah sayur campur;-

Cara-cara;-
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah sampai kekuningan & masukkan udang. Bila udang dah kemerahan, masukkan air sedikit (jangan banyak sangat, nanti tak sedap). Kemudian masukkan sayuran seperti kobis, sawi, cili hijau, garam, gula & serbuk perasa. Bila kuah dah mendidih, pecahkan sebiji telur di dalamnya. Biarkan sekejap & tutup api & hidangkan!!
Sayur campur macam ni sedap dimakan bersama ikan goreng atau ikan masin. Perghh, memang bertambah-tambahlah makan nasi nanti.

ikan bawal emas goreng kunyit (RM14 seekor tu)


Cara-cara;-

Lumurkan ikan dengan garam & kunyit serbuk. Kalau sempat, tumbuk beberapa inci halia & ulas bawang putih. Goreng api sederhana. Siap!! Kalau goreng ikan masin pula, bolehlah ditambahkan hirisan cili & bawang bagi menyedapkan lagi rasa ikan masin tu!!

Menu seterusnya adalah menu ibu mengandung yang teringin nak makan nasi kerabu;-

Cara-cara;-

Goreng kelapa sampai jadi perang (kerisik), sambil tu rebus beberapa ekor ikan sardin (selayang) & diasingkan isinya. Kemudian tumbuk beberapa ulas bawang merah, halia, lada hitam, serai, garam, gula & kerisik tadi. Gaulkan bersama ikan yang telah direbus tadi. Hiriskan ulaman seperti kacang botol, kobis, timun & apa sahaja ulaman yang ada dalam peti ais tu. Untuk air lada pula, tumbuk cili bersama garam & gula & dicampurkan dengan cuka. Kuah tumis Zaila tak buat sebab kami memang tak gemarkannya & kata nak cepat kan..Sambil masak nasi tu, masukkan telur masin yang telah dicuci bersih bersama nasi yang ingin dimasak tadi. Kira buat kerja 2 dalam 1 lah ni;D Goreng keropok & wallah, bolehlah makan bersama budu!!

inilah rupa nasi kerabu serba kekurangan itu;)

Oklah, sampai bertemu lagi di dalam ruangan resepi mudah bagi ibu bekerja yang kedekut nak makan kat luar bersama Zaila..Hehehe..Poyo je kan?? Selamat mencuba!! Ingat,

"don't judge a book by it's cover"

4 ulasan:

Cikgu berkata...

uish rajinnya masak...kita yang cikgu ni pun kerap makan kat kedai jek...udah tak larat nak masak...nak tunduk dan duduk menumbuk sambal belacan pun dah tak kuasa...kesian en suamiku...hari hari layan lauk kedai je la huhu

norh berkata...

yang penting rajin kan.. :)

littlehumblelynn berkata...

zaila

rajin betul kan..kita nih smpt masak on weekend aje..hehhee

zailamohamad berkata...

cikgu, kadang2 dah bosan asyik makan kat luar je, makan kat rumah boleh save & masakan simple2 pon selera aje;)

Norh, a'a..kalo dah kena penyakit mim lam alif sin tu susah r sket;)

Lynn, rajin sket je, lagipon leh sae duit belanja rumah;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^