Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 15 Mei 2011

Awas Cuaca Panas Sekarang Ini

Perasan tak sekarang ni cuaca panas sangat-sangat sampai rasa macam nak berbogel aje..Haritu ingatkan dekat Kelantan aje panasnya, rupa-rupanya bila balik Shah Alam pun sama. Apa yang best bila cuaca panas ialah pakaian yang dijemur di ampaian tersangatlah cepat keringnya. Kadang-kadang dalam sehari tu boleh melobi sampai 2,3 kali;)

Tapi part yang tak bestnya adalah setiap kali keluar rumah (walaupun sekejap) Zaila dah kena migrain..Lepas tu kalau malam sangat-sangatlah cepat melekit walaupun baru je mandi..Dah nak buat macamana, air yang keluar dari paip pun panas juga;D Sekarang ni tiap-tiap malam tidur dalam air-cond, kalau takde pakcik air cond tak tahulah macamana ya;D


Mengikut kenyataan akhbar dari Jabatan Meteorologi Malaysia (10 Mei 2011);-

Malaysia sedang mengalami musim monsun Barat Daya yang secara relatifnya adalah lebih kering dan panas berbanding bulan-bulan yang lain. Pada masa yang sama, kehadiran ribut tropika Aere di Timur Laut Filipina serta sistem tekanan rendah di Laut Andaman yang menyebabkan kelembapan udara tertumpu di kawasan tersebut dan menyebabkan keadaan cuaca menjadi lebih panas dan kering di kebanyakan tempat di seluruh negara. Bagi bulan Mei 2011, bacaan suhu tertinggi setakat ini ialah 36.2 darjah Celcius yang direkodkan pada 6 Mei 2011 oleh Stesen Meteorologi Subang.

Boleh baca sini dan sini untuk keterangan yang lebih lanjut.

Biaserlah kan, kalau cuaca panas macam ni..penyakit pun senanglah berjangkit. Semalam baca status dari Genius Aulad yang mengatakan penyakit HFMD pun sudah menular sekarang ini so diorang memang akan pantau keadaan suhu badan anak. Minta dijauhkan Allah & dilindungilah anak-anak kita kan..

Macam Zaila ni, anak-anak semua hantar nursery..Kalau kena sorang mulalah berjangkit-jangkit. Macam haritu Haziq demam tak sihat kan, bila duduk rumah dia dok cium-cium adik dia si Ashraf ni..Puas dah cakap jangan duduk dekat adik tapi tak nak dengar..Last-last malam tadi si Ashraf pula merengek-rengek tak sihat. Sabar jelah!! Dengan keadaan cuaca macam ni, agak mencabar juga menjaga anak kecil kerana mana-mana pun ianya akan berjangkit.


So dikala cuaca panas sedang melanda tempat kita ni, haruslah kita ambil beberapa langkah seperti di bawah untuk mengelakkan (at least) dari terkena penyakit berjangkit;-

1) Kalau boleh kurangkan aktiviti di luar & elakkan dari pergi ke tempat yang ramai orang. Huuhuhuhu..Yang ni agak susah sebab setiap kali hujung minggu adalah hari bersiar-siar kami. Tapi kalau ada anak kecil ni haruslah korbankan sikit sebab kesian kalau anak sakit, kita juga yang susah kan. Paling kurang pon kalau dah anak-anak nak sangat keluar rumah, bawalah mereka bersiar-siar di dalam kereta sahaja *boleh rasa aircond juga*


2) Banyakkan meminum air agak tubuh tidak dehidrasi. Alhamdulillah Haziq banyak diajar oleh teachernya di sekolah untuk meminum banyak air masak so setiapkali kat rumah pun asyik minta nak minum air sahaja. Cuma Zaila lupa nak bekalkan air untuk dia ke sekolah hari ni..Isy, kesian pula dekat dia, harap-harap di sekolah nanti adalah tu disediakan air masak. Bukan anak-anak aje kena minum air yang banyak, mak bapak pun kenalah paksa diri juga sebab kalau mak bapak jatuh sakit, kesian kat anak-anak juga yang terabai. Buat kaum lelaki yang hisap rokok tu lagilah..Kalau boleh berhentilah hisap rokok demi kesihatan diri & anak-anak *eh teriklan lebih pula*


3) Jauhkan dari pembakaran terbuka. Kalau kat KL ni memanglah susah nak jumpa kan tapi kalau kat kampung-kampung tu, suka sangatlah makcik-makcik bakar daun-daun yang gugur dekat halaman rumah tu. Kalau boleh, elakkan dulu ya..Alah, ambil je daun-daun tu bungkus dalam plastik simpan dulu..Hahahaha..relevan tak;D


4) Selalu cuci tangan 5 kali sehari (macam iklan Lifebuoylah pula) & kalau boleh pastikan anak-anak selalu diajar untuk mencuci tangan dengan hand sanitizer bagi mengelakkan dari dijangkiti kuman. Maklumlah zaman sekarang ini kuman boleh ada di mana-mana sahaja & demi melindungi anak-anak kita, Zaila akan pastikan yang di rumah, dalam kereta & handbag akan ada sekurang-kurangnya 1 hand sanitizer. Cuma kadang-kadang asyik lupa aje nak pakai..Hehehehe;D


gambar sekadar hiasan


5) Last sekali, kalau sakit tu cepat-cepatlah berjumpa doktor & ambil ubat yang sesuai. Jangan dikepam sahaja penyakit tu, takut nanti merebak membawa kepada penyakit yang lain pula. Bagi ibubapa yang hantar anak-anak ke nursery tu, kalau didapati anak-anak dijangkiti penyakit yang boleh merebak seperti sakit mata ke, chicken pox ke, HFMD ke..tolonglah ambil cuti & jaga sendiri anak-anak di rumah sampai mereka betul-betul sihat. Bukan apa, kesian dekat anak-anak yang lain bila merebaknya wabak tersebut sudah pastilah nursery akan tutup kan?? So jangan pentingkan diri sendiri aje, jangan fikir nak kerja sahaja yaaaa...


6) Banyakkan berdoa kepada Allah..Moga kita semua sentiasa dilindungi NYA..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^