Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 23 November 2011

Rambling Wednesday~Part 2

Eh kebetulan..asal hari rabu je aku meroyan membebel..huhuhu Dah nak wat macamana, penat sangat dah ni..tak tertanggung dah rasa nak luah-luahkan kat sini..Biasalah, once in a blue moon kita akan diuji..Alah, bukan teruk mana pon..hehehe..penat je lebih=P

Ok, senang buat dalam bentuk point agar korang faham point aku get it?? Hahaha..mesti korang cakap "ada aku kesah ko nak buat macamana pon"

1) Pagi tadi aku g lagi Klinik Adek untuk follow up Ashraf..Alhamdulillah, doktor cakap Ashraf dah pulih hampir 50% & dia bagi kami 2 option iaitu samaada nak teruskan ambil nebulizer setiap 6 jam atau stop ambil nebulizer & teruskan dengan bagi sirap ventolin sahaja..kami pilih untuk meneruskan bagi nebulizer pada Ashraf so maknanya esok pagi baru stop bagi nebu & kena pergi balik klinik untuk hantar alat..Herm, semalam habis RM360 & hari ni RM100..Rasa macam nak bengkok kepala lutut ni sekejap..tapi takpe, demi anak..apalah sangat nilai banyak tu..yang penting mereka sihat & ceria seperti selalu;) Pada CeqGu yang bertanya tentang Klinik Adek ni, nanti aku cerita di next entry..

2) Semalam, en suami suruh aku letak jawatan..Amboi yang..dan-dan tu nak suruh mama berenti ya..Bukan tak nak tapi aku rasa bukan masanya..Rugilah kalau berenti hujung tahun..maklumlah..setelah *batuk* setahun *batuk* penat-penat *penatlah sangat* bekerja, tiba masanya nak merasa kemanisan bekerja pula kan..apa lagi kalau bukan bonus..sikit-sikit pon duit juga..dapat duit pon bukan aku nak beli designer handbag pon berboros tak tentu hala..nak buat bayar hutang piutang juga kan..so dari tak merasa langsung, baiklah bersabar dulu..Jangan gelojoh bila membuat keputusan..hehehe

3) Haritu ingat nak balik kampung tapi terpaksa kensel disebabkan kesihatan anak-anak yang tak mengizinkan kami berjalan jauh. Lagipun minggu depan en suami nak pergi offshore katanya..Haisy, minta-minta semuanya selamatlah..maklumlah sekarang ni ombak bergelora..Harap-harap anak-anak aku pon sihat walafiatlah semuanya..Janganlah sakit time papa diorang takde, mahu meroyan lagi mama diorang ni..Hehehe..

4) Aku nak bagitahu kat sini yang aku sekarang ni tengah cari ejen-ejen untuk jual tudung aku..Bukan susah pon, takde modal diperlukan..Apa yang korang perlu buat hanyalah tolong jual di blog / facebook / apa jua laman sosial yang korang ada..Gambar tu nanti aku bagi atau korang boleh gunakan terus gambar yang ada di blog Mari Kelih aku yang dah ada watermark tu..Tapi sebelum tu, kenalah register dulu untuk jadi ejen dengan email kepada aku detail-detail korang seperti nama, IC, alamat, alamat blog/fb & nanti aku akan bagi kata password kepada korang..Kalau ada pelanggan yang membeli di Mari Kelih Store & gunakan kata password korang, aku akan bagi komisen terus ke dalam akaun Maybank korang..Kira macam konsep Nuffnang lah ni..korang tolong iklan, aku dapat pelanggan & aku bayar komisen..Nak tahu berapa RM?? emailkan detail pada aku sekarang!! my email zailamohamad@yahoo.com

5) Pada yang nak beli borong pon boleh juga..Min pembelian adalah 6 helai..Ada banyak lagi stok tudung baru yang aku tak sempat nak upload..Tunggu malam ni aku baru nak ambil gambar & publish esok jelah..Lepas tu ada juga telekung solat dari Indonesia (kain cotton Paris) harga serendah RM160 sahaja (kalau pasaran luar mahu cecah RM200 juga) pon aku tak dan nak upload lagi..Moga malam ni aku ada kerajinan untuk mengupload barang..Ingat nak renovate "kedai Mari Kelih" tu, banyak stok yang aku dah jual tapi gambar masih ada kat situ..Al maklumlah, haritu berkubur sekejap kedai aku tu..now, nak kena naikkan balik..Tupon kalau larat..al maklumlah, buat sambilan aje kan..

6) Ramai yang perasan aku dah pindah "rumah"..Hahaha gediks melebih nak pindah rumah, bosan dah ngan rumah lama..Herm, camne komen korang?? lembab tak masa nak loading tu?? kalau susah nak masuk blog aku, sila bagitahulah ya;) thanks in advance!!

7) Haritu aku ada terima komen dari cik Anom *first time dapat komen panjang berjela noks* tentang Genius Aulad..Malas aku nak copy paste komen kat sini tapi kalau korang nak baca, sila baca entri Ambil Report Card Haziq di Genius Aulad *eh silap, aku tak tahulah kat entry mana, puas aku cari xjumpa..aku main publish je bukan tengok pon entry mana satu..hehehe* UPDATED : dah jumpa dah..sila baca entri ini Kesian juga bila bayar mahal-mahal tapi katanya tak begitu berkesan pada anaknya..Herm, actually ramai juga di kalangan kawan aku yang tanya tentang Genius Aulad ni..aku memula nak pesan satu je, bagi aku..aku tak menaruh harapan yang tinggi sangat..sebab tu bila aku tengok perubahan pada Haziq aku rasa happy, sebab of courselah ianya melebihi apa yang aku harapkan..Tak kisahlah hantar Haziq ke GA ke, Little Caliph ke, CIC ke..aku tak nak menaruh harapan yang tinggi macam bila habis setahun je nak tengok Haziq pandai semua..bukan jenis aku macam tu..aku tahu aku bayar mahal tapi banyak kena consider juga, jangan harapkan tadika semata untuk asuh anak kita..banyak faktorlah nak kena konsider..Herm, malaslah nak komen panjang-panjang..kang ada yang terasa pula..Apa-apa pon, kalau kita rasakan sekolah tu tak sesuai untuk anak kita, cubalah survey tempat yang lain pula..mana tahu tempat baru lagi ok ke apa..

8) itu jelah..aku malas nak taip panjang-panjang..sakit tangan buat dukung Ashraf pagi tadi..terus mood malas..ok babai:P

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^