Rugi sungguh sebab sepanjang 4 bulan bersekolah, Haziq dah banyak tak datang ke sekolah. Masa kena chicken pox haritu sampai seminggu tak pergi, bila tak sihat pun tak boleh pergi juga & ada sehari tu kami memontengkan dia sebab nak balik kampung..Huhuhuuu..Yuran setiap bulan bayar penuh..Huhuhuhu..Nak buat macamana kan..Redhokan ajelah..Kira nasib baik juga yang dia enjoy pergi ke sekolah. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja aktiviti yang dilakukan. Kalau dulu Zaila selalu juga bertanya & memantau buku aktiviti harian Haziq, cuma sekarang aje agak kesibukan
Jumaat lepas Haziq bawa balik penanda buku hasil kerja dia sendiri..Siap tulis "Happy Mother's Day" lagi..Tak sempat nak ambil gambar..Sebelum pulang ke kampung haritu dia bawa balik hasil tanaman dia di sekolah;-
sekarang semua tanaman Haziq dah mati sebab mama tak pandai jaga
Kalau bab bacaan pula, Alhamdulillah..nampak peningkatan dalam bacaan Iqra'..Sekarang dah baca sampai huruf mim dah. Zaila tengok Haziq ni lebih cepat dalam bahasa Arab berbanding rumi. Kadang-kadang dia confuse sebab bila baca Arab start dari kanan ke kiri tapi bila baca rumi start dari kanan ke kiri..Hehehe..
Bacaan surah al fatihah & ayat-ayat pendek pun dah ok cuma kadang-kadang datang time dia nak mengarut tu adalah juga..Tapi selalunya mama akan betulkan tapi biaserlah Haziq, kalau mama nak ajar, semuanya tak kena..tak betul..teacher dia aje yang betul..padahal dia yang tersalah dengar sebab itulah selalu salah baca;D
Kalau bab menulis pun sudah mahir. Sudah boleh tulis namanya sendiri, nama Husna, mama & papa & few of his friend's name..Terkejut juga Zaila bila haritu masa tengah mencari nama untuk Ashraf, dia tunjukkan nama "Akif"..Rupa-rupanya ada membernya yang bernama Akif di dalam kelasnya..Agaknya mereka saling menghafal nama masing-masing kot..hehehe
Tentang pergaulan pula, nampak macam ok sket bila dia selalu aje balik bercerita tentang kawan-kawan dia di sekolah..Cuma Zaila masih tidak pasti siapa best friend dia di dalam kelas. Kalau dulu Aiman, tapi rasanya haritu teacher dah asingkan dia dari Aiman sebab nampak sangat dia terlalu bergantung dengan Aiman. Tapi dia selalu sebut nama Danish Irfan..Hehehe..nak juga mama kenal yang mana satu Danish Irfan ni
Haziq ni susah sket nak makan nasi. Benda yang paling dia sukalah yang gula-gula, ais krim ngan air batu. Agaknya sebab Zaila memang tak pernah bagi dia makan benda-benda ni semua memandangkan dia kan ada lelah. So setiapkali lalu depan bahagian ais krim di pasaraya tu kami buat-buat tak nampak je walaupon dia merayu/menangis nak makan..Sebab selalu sangat lepas makan benda-benda ni, malam tu terus batuk-batuk..Kalau lambat bagi ubat, haruslah semput terus macam hari ni..
So far, Zaila berpuas hati dengan perkembangan dia di Genius Aulad memandangkan banyak aktiviti yang dia belajar. Takdelah asyik belajar aje, kadang-kadang ada juga nyanyian & selawat juga. Lepas tu, banyak juga aktiviti untuk parents especially kaum ibu untuk disertai cuma mama Haziq je yang masih belum ada masa untuk bersosial..hehehe..Insya Allah hujung minggu ni nak bawa Haziq ke MPH Subang Parade sebab Genius Aulad ada buat program kat situ & sambil tu boleh juga dia berjumpa dengan teacher Haziq. Insya Allah..Kalau tak ada apa-apa program lainlah kan..
Zaila pun dah daftarkan Haziq di sekolah yang berhampiran dengan rumah. Walaupun anak nak bersekolah pada tahun 2013 tapi seawal tahun ini dah start kena daftar online..Huhuhuhuu..Cuak juga bila memikirkan macamana nanti keadaan dia di sekolah memandangkan dekat sekolah nanti lagi ramai kawan-kawan yang dia akan jumpa..Harapnya Haziq dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru itu nanti!! *lambat lagi so malas nak fikir*
ini gambar masa Haziq potong rambut haritu, masa first time potong..meraung macam kena dera aje, second time potong dah ok..tak nangis dah;)
Haziq ni kalau kat rumah sangatlah tak berdisiplin. Kalau belikan mainan tu, sekejap sahaja dia akan main elok-elok..Lepas tu, mulalah buang merata-rata & sepahkan rumah. Memang naik berbuihlah mulut mama nanti membebel sebab setiap kali lepas mama kemas, pasti bila dia balik akan bersepah balik..Sabar jelah!! Sudahlah malas bila disuruh kemas..Time angin rajin datang je baru nak tolong mama..Tapi entah berapa kalilah tu..Sukalah bergandingan dengan Husna sambil main-main "mama & papa" & sambil tu sepahkan rumah..Hisy, sabor jelah!!
5 ulasan:
haziq tanam ape tu taugeh ke? teringat dulu masa skolah pun kene tanam taugeh bawak balik rumah bila dah tumbuh skit hehe
haziq GA mane?
my son bdr kinrara.
btw, salam kenal :)
Lady. a'a..pokok taugeh..dulu-dulu kita tanam masa sekolah kan, bebudak sekrang umur 5 tahun dah pandai tanam..hehehe
Gee, salam kenal juga;)
Haziq GA Kota Kemuning;)
Salam all Genius Aulad fans..
have been sending my kid to GA @ putra heights for almost 4 months.. the progress very slow..but the most frustrating is she developed to be very scared person instead..and less confidence !
Today, I saw her report book... end year evaluation, and the teacher seems to grade her very well, but unfortunately, when i assess her.. the progress totally doen"t reflec the grading! Does the teacher grade just to make parents feel better and register again next year- big Q there ???
Because of too frustrated, I called the GA principle and ask about the matter- the response was - I'm the principle I don't teach. So, I said, fine, how do you explain when I always get backdated remak of stars on my child book, but when I assess she can't even read??. The princile then, put me to to class teacher and insist its not teachers fault. Speaking to subject teacher class now, I ask - how come within 4 months only 2 pages of BM book, the teacher reply - your kid dreaming in class and don't want to read. So i ask - how come you wait until end of year then only told me this? The BM teacher shout - I don't like to take the blame, and put down the phone ! SO VERY RUDE!!
Lesson learned - never believe in the good image of website or place set-up. Check on the quality of the teachers too!!! Not always as what they claimed!
Anom,
a'a..kena tengok juga macamana keadaan sekolah tu kan sebab bukan semua cawangan tu sama management dia..Macam kelas anak aku, teacher dia memang garang & very strict..even teacher lain pon cakap yang teacher Lili tu garang..aku rasa that's why anak aku kosentrate kot..apa2 pon, aku puas hati je dengan GA even ada certain things yang kadang2 kami xpuas hati juga tapi kami just abaikan..xreti nak komplein lebih2
Catat Ulasan