Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 14 Jun 2012

Akhirnya..


Assalamu'alaikum,

Akhirnya...aku mengalah juga..semuanya berlaku tanpa paksaan, memang kerelaan hati aku..Pagi Isnin lepas, macam biasa bersiap untuk kerja then sampai office terus google contoh resign letter. Gittew! Pastu call HR bincang pasal cuti segala & terus print surat letak bilik bos aku..

Mula-mula bos aku terkejut juga! Tapi tak taulah kot-kot dalam hati dia "bagusnya budak ni dah nak berenti" HAHAHA Tapi dia tanya juga alasan apa aku nak berenti, kalau dapat offer lain, dia minta berbincang..tapi since jawapan aku lebih kepada family matters, dia pon faham since dia pon penah mengalami situasi macam aku so dengan rela hatinya dia bagi aku berhenti! Ceh ayat tak nak kalah!! cakap jelah bos sign je surat resign letter ko tu:P

Tapi bos aku ada cakap nanti kalau nak bekerja dari rumah pon boleh..haaaaa takutlah tu..takut takde orang yang boleh ganti tempat akulah tu..HAHAHA gila punya stetmen ok! Apa-apa pon, terima kasihlah bos, dalam-dalam benci bekerja, sempat juga aku menabur bakti selama 5 tahun di situ. Serious sedih nak tinggalkan dunia keparat pekerjaan ni tapi...aku rasa at this moment, anak-anak aku lebih utama..Mana tahu lepas anak-anak dah besar boleh masuk keje balik:P *yolah tu, dah tua kerepot siapa yang nak ambil bekerja lagi*

So i'm officially announce that i'm soon to be stay at home mummy (SAHM)..Yerlah, bukan sekarang, kena bagi notis sebulan jugak..sudahlah annual leave ciput..so that's whylah aku last 13hb Julai nanti. Dah plan dah nak buat party buih farewell party haritu..Tapi...aku rasa better tak buat kot..sebabnya aku takut aku yang nangis tak habis! Ceh..macamlah tak jumpa lagi..sudahlah rumah sekangkang je dari office & en suami masih lagi bonding with this company, anytime boleh jumpa;)

So nanti bermulalah diari kehidupan aku sebagai bibik terlatih ops...house managerlah sedap sket bunyinya..Pasni semua bendalah aku kena buat; masak, basuh baju, sidai baju, lipat baju, gosok baju, jahit baju, hah! apa lagi?? Semoga diberikan kekuatan dariNYA supaya tidak bertukar menjadi mak ghimau selalu..HAHAHA

Tapi rasanya for this moment, Haziq ke sekolah naik van lagi cuma yang bestnya tak payah hari-hari nak gegas kejar van sekolah dia dah..Tahun depan kalau en suami belikan kereta kecil warna merah, haaaa mungkin masa ni kelam kelibut sket nak hantar anak-anak sekolah. Haisyyyy cepatnya masa berlalu, tahun depan Haziq dah masuk darjah satu, Husna dah masuk GA, tinggal Ashraf ngan baby baru jelah kat rumah..Macamanalah tu ya?? *garu kepala*

Apa-apa pon, aku lega sebab mak aku pon dah boleh terima keputusan aku. Thanks pada Kak Na yang banyak bagi nasihat / pandangan pada mak aku. Semoga mak aku akan terus memahami & doakan yang baik-baik saja buat anakmu ini:)

Korang pon, doa-doakan yang terbaik buat aku yaaaa..berhenti kerja tak semestinya bererti takde duit dah untuk dibelanja..Pandai-pandailah buat side bisnes untuk cari income sendiri..Owh yang tu tak mau cerita sebab aku pon masih dalam dua lagi ni samaada nak aktif berbiz or not, kena tengok keadaan perut dulu..HAHAHA kalau en suami tak bagi duit gaji, haaa baru fikir nak buat biz:P HAHAHA Nolah..gurau jek..

Apa-apa pon, malas nak fikir lagi..nak rehat-rehat layan sinetron eh! anak-anaklah dulu:)

Pssstttt : pasni jangan bosan kalu hari-hari masuk blog ni gambar masakan aku je..nasiblah korang! 

13 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

wah buke senen nk wat keputusan gini..mesti dh lamo fikir. tahnaih zaila, betsnyo duk umoh leh ngulit anok2

Ami berkata...

insyaAllah semoga dipermudahkan kak.rezeki dtg dlm byk bentuk kan,nanti habis lah haziq makin byk sms papa die kekeke

Ami berkata...

insyaAllah semoga dipermudahkan kak.rezeki dtg dlm byk bentuk kan,nanti habis lah haziq makin byk sms papa die kekeke

Unknown berkata...

Insyallah boleh kot. Actually for my point of view kalu wati berenti kerja bukan pk task kat rumah but pk mcm mana budget coz sblm nih income dr 2 org n skrg jd 1 org. But hang plan strategies la. Kena well plan la kan. But yg pasti even penat staying at home but end of the day mesti hang satisfied uruskan kids, husband n the house on ur own. Later , sekali sekali u shud have ur own ME time. Good luck babehhh

Mag berkata...

welcome to the club kak ila! hehe

Zaila Mohamad berkata...

Yatie,

lama dah husben duruh bereti nya..aku ni jah hok malas tapi akhirnyaaaa...bereti jugak:P

Ami,

itulah..selama akak keje pon bukan membantu sangat ekonomi keluarga..kalau gaji seploh ribu barulah sayang nak berenti:P

iswatie,

hehehe..ME time aku adalah duduk depan tv jelah:P

mrs spicy,

yaaaa mari kita raikannya!

Lynn Abd Latib berkata...

Zaila

uwaaaaaaa jeles!!!!!
aku tggu lohkong bg green light dulu.

mummY daniSha berkata...

gudluk kak...duk rumah buat bsns pun masyuk jugak..di samping dpt layan anak2....=)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

cabaran baru pulak jadi full house sepenuh masa lepas ni kan..=)..semoga sume urusan dipermudahkan k..pasni lehla zaila berkongsi pengalaman n perbezaan antara time bekerja n jadik surirumah..kot2 berapa tahun lagi smpai seru kite plak antar surat resign kan..hihihi

FaRah Baharom berkata...

wahahaha..bestnyaa!!! i jeles!

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

tahniah zaila! naik jawatan house manager tu....

Zaila Mohamad berkata...

Lynn,

janganlah jeles..huhuhu

mummy danisha,

kalau rajin buat biz..kalau malas..harapkan elaun dr laki jelah:P

Lily,

penat kalau duduk rumah pastu duit pon tak banyak..hahaha

Farah,

janganlah jeles u!

Has,

title harus gah kan:P

Unknown berkata...

dh resign?? mmg berat hati nk berenti tp ank2 lg penting. keje dr umah pun boleh...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^